Geran PKS Makmur Johor 2022 (GOL 4.0) RM5,000 Bantuan Khas Usahawan Mikro

Permohonan Geran PKS Makmur Johor (GOL 4.0) kini telah di buka. Kepada usahwan mikro negeri Johor yang layak, di pelawa memohon segera sebelum tarikh tutup permohonan pada 14 Feb 2022.

Geran PKS Makmur (GOL 4.0) merupakan kesinambungan program Geran Orang Local (GOL 3.0) yang merupakan insiaitif kerajaan negeri Johor menerusi Perbadanan Usahwan Johor Sdn Bhd.

Geran PKS Makmur Johor (GOL 4.0) merupakan bantuan berbentuk mesin atau peralatan yang bernilai sehingga RM 5,000.00. Bantuan khas ini, dijangka memberi manfaat kepada 560 usahawan di negeri Johor. Geran bantuan ini, boleh dimohon oleh usahawan bertaraf mikro sahaja.

Baca juga : Geran Pembangunan Ekonomi Setempat (PPES)

Usahawan Mikro

Kategori usahwan mikro yang layak, iaitu perniagaan yang mempunyai nilai jualan tahunan kurang daripada RM 300,000.00 atau bilangan pekerja sepenuh masa kurang daripada 5 orang

Program ini diuruskan oleh Perbadanan Usahawan Johor Sdn. Bhd, (PUJB) selaku sekretariat program.

Jumlah Geran PKS Makmur Johor 2022

Bantuan ini bernilai sehingga RM5,000.00 sahaja. Akan diberikan adalah dalam bentuk mesin atau peralatan yang diperlukan. 

Kluster Perniagaan Yang Layak Memohon

Kluster yang LAYAK memohon adalah seperti berikut :

  1. Gunting Rambut
    •  Merangkumi bidang perkhidmatan berkaitan dandanan rambut.
  2. Pemprosesan Makanan & Minuman
    • Merangkumi bidang pembuatan atau pemprosesan produk makanan dan minuman seperti makanan ringan, produk sejuk beku dan lain-lain.
  3. Percetakan
    • Kluster ini merangkumi bidang berkaitan percetakan dan lain-lain.
  4. Kimpalan
    • Merangkumi bidang dan proses pencantuman bahan yang melibatkan logam.
  5. Pertukangan Kayu
    • Merangkumi bidang dan proses pertukangan berorentasikan kayu kraftangan, perabot dan lain-lain. 

Syarat Dan Kriteria Permohonan 

  1. Penduduk Tetap Negeri Johor atau mereka yang telah bermastautin di negeri Johor sekurang – kurangnya 5 tahun dan berumur 18 – 65 tahun semasa permohonan dibuat.
  2. Memilik premis perniagaan atau perniagaan yang dijalankan mestilah berasingan dengan rumah.
  3. Telah menjalankan perniagaan sekurang-kurangnya 3 bulan dan ke atas mengikut tarikh pendaftaran Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).
  4. Perniagaan yang di jalankan adalah secara sepenuh masa dan bukan hanya secara sambilan.
  5. Semasa membuat permohonan, pemohon di kehendaki untuk mengemukakan salinan kad pengenalan (depan dan belakang dalam satu muka surat), salinan sijil pendaftaran perniagaan atau sijil Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). Ianya mestilah merangkumi Maklumat Pemilik Perniagaan dan Maklumat Perniagaan, gambar premis perniagaan, gambar produk yang dihasilkan, mengemukakan salinan penyata akaun syarikat atau penyata akaun simpanan peribadi yang aktif untuk 1 bulan terkini dan gambar mesin atau peralatan yang diperlukan.
  6. Hanya permohonan yang lengkap dan memenuhi kriteria sahaja akan diproses dan disaring ke fasa seterusnya.
  7. Keutamaan permohonan kepada yang belum pernah menerima mana-mana bantuan dari Kerajaan Negeri Johor atau Persekutuan dalam tempoh 2 tahun sebelum permohonan ini dibuat. 

Cara Memohon

  1. Borang permohonan hendaklah diisi secara online di website Perbadanan Usahawan Johor Sdn. Bhd (PUJB) di https://www.pujb.my/  menerusi menu “Daftar Sistem PADU” yang merupakan Pusat Data Usahawan (PADU) dan berperanan sebagai pusat pengumpulan maklumat usahawan di Johor.
  2. PUJB akan menghubungi permohonan yang layak sahaja.
  3. Permohonan yang tidak menerima sebarang maklumbalas dalam tempoh 3 bulan dari tarikh tutup permohonan DIANGGAP tidak berjaya. Tiada sebarang pemakluman bagi permohonan yang TIDAK BERJAYA.
  4. Pemohonan dibuka bermula 31 Januari 2022 (Isnin), jam 8.00 malam hingga 14 Februari 2022 (Isnin) jam 5.00 petang.
  5. Satu syarikat hanya layak untuk membuat satu permohonan sahaja.
  6. Untuk mengelakkan sebarang masalah komunikasi dan masalah tidak dapat dihubungi sekiranya permohonan berjaya. Sila pastikan, ejaan dan nombor telefon yang diberikan semasa permohonan dibuat adalah tepat dan aktif
  7. Pihak PUJB tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kesilapan ejaan perkataan atau nombor telefon serta maklumat yang diberikan yang mengakibatkan permohonan tidak berjaya. 

Tarikh Permohonan

Pemohonan boleh dibuat bermula 31 Januari 2022 (Isnin), jam 8.00 malam sehingga 14 Februari 2022 (Isnin) jam 5.00

Pertanyaan dan Maklumat Lanjut

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan dan permasalahan mengenai permohonan Geran PKS Makmur Johor atau pertanyaan bagi permohonan menerusi Sistem PADU di laman web www.pujb.my .

Permohonan juga boleh dibuat menerusi kaedah berikut; 

  1. WhatsApp di  011-2075 5135; atau 
  2. Emel di  [email protected]

Hubungi :

Tel : 07-510 2542

Facebook : https://www.facebook.com/PUJB.official

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!