PRN Johor 2022 | Penamaan Calon & Tarikh Penting Mengundi
PRN Johor 2022 | Penamaan Calon & Tarikh Penting Mengundi ~ Pada 23 Januari 2022 yang lalu, SPR secara rasmi menerima notis daripada Speaker DUN Johor, Suhaizan Kaiat berhubung pembubaran DUN Johor penggal yang ke-14 selepas Sultan Ibrahim Iskandar, Sultan Johor, dilaporkan berkenan menandatangani watikah pembubaran DUN Johor bagi memberi laluan kepada PRN pada 22 Januari lalu.
PRN Johor 2022
PRN Johor perlu diadakan selepas SPR menerima pemakluman rasmi berhubung pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor penggal ke-14. Menurut data SPR, 2.576 juta pengundi biasa daripada keseluruhan 2.599 juta pengundi berdaftar layak mengundi pada PRN Johor nanti.
Untuk makluman, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah menetapkan 12 Mac 2022 sebagai hari pengundian bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.
Berikut ialah senarai tarikh-tarikh penting untuk PRN Johor 2022:
TARIKH PENAMAAN CALON PRN JOHOR:
- Hari penamaan calon ditetapkan pada 26 Februari 2022.
TARIKH MENGUNDI PRN JOHOR:
- Tarikh mengundi awal – 8 Mac 2022
- Tarikh mengundi SPR – 12 Mac 2022
Semakan SPR
Manakala, bagi semakan secara dalam talian, semakan boleh dibuat dalam:-
(a) Daftar Pemilih Induk
(bagi pemilih-pemilih yang telah disahkan pendaftaran / pertukaran alamat mereka pada tahun-tahun yang lepas. Semakan Sepanjang Tahun (Pemilih yang telah sah dalam DPI)
(b) Daftar-daftar Pemilih Tambahan
(bagi pemilih-pemilih yang baru memohon pendaftaran / tukar alamat dalam tahun berkenaan) Semakan Rang DPT (Pemilih yang baru memohon / baru tukar alamat)
(c) Daftar Pemilih Pilihan Raya
(disediakan khas untuk pilihan raya umum/kecil sahaja dan dengan itu hanya terdapat semasa pilihan raya sahaja)
- Untuk membuat semakan, sila layari pautan berikut: https://mysprsemak.spr.gov.my/
Pindaan umur kelayakan pengundi 18 tahun dan pendaftaran pemilih secara automatik telah diwartakan semalam dan berkuat kuasa 15 Disember lalu.
Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Ikmalrudin Ishak berkata, pewartaan Seksyen 3(a) dan (b) Akta Perlembagaan (Pindaan) 2019 telah mendapat perkenan daripada Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Pemilih baharu yang layak boleh menyemak maklumat pengundiaan selepas 16 Januari 2022 melalui portal semakan daftar pemilih dipautan berikut: https://pengundispr.gov.my
Maklumat Lanjut & Pertanyaan
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau ingin mengetahui maklumat lanjut, sila rujuk laman web Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di pautan berikut:
- https://mysprsemak.spr.gov.my/
- https://www.spr.gov.my/