Bantuan Dermasiswa Pengajian Tinggi Zakat Selangor 2022

Berita baik, satu kemudahan Permohonan Online bagi Bantuan Dermasiswa Pengajian Tinggi Lembaga Zakat Selangor telah pun di buka dikenali sebagai Portal Pendidikan Zakat Selangor.

Permohonan dibuka untuk kemasukan sesi 2022 bagi pelajar lepasan SPM 2021 sahaja.

Pelajar asnaf fakir,miskin dan mualaf berdaftar dengan LZS Majlis Agama Islam Selangor yang berminat menyambung pengajian ke ipta/ipts mahupun intitut latihan kemahiran awam dan swasta di pelawa untuk membuat permohonan.

Dengan kemudahan akses permohonan secara online ini, di harap akan memudahkan sedikit-sebanyak urusan pelajar-pelajar daripada membuat permohonan melalui borang secara serahan pos melalui kaunter Lembaga Zakat Selangor sejak bantuan ini mula diperkenalkan.

Portal Pendidikan Bantuan Dermasiswa Pengajian Tinggi Zakat Selangor

dermasiswa pengajian tinggi zakat selangor 2022

Portal Pendidikan ini diwujudkan bagi memberi kemudahan kepada pelajar asnaf Fakir, Miskin dan Muallaf yang berdaftar di Lembaga Zakat Selangor (MAIS) untuk membuat permohonan Bantuan Dermasiswa Pengajian Tinggi dan Bantuan Persediaan Masuk IPT secara atas talian. Ia sebagai kesinambungan kepada tajaan pengajian yang dibuat secara manual sebelum ini iaitu melalui kaunter LZS sejak bantuan ini mula diperkenalkan.

Melalui Portal Pendidikan ini, pelajar asnaf LZS dapat membuat permohonan dimana-mana sahaja dengan hanya menggunakan komputer atau telefon pintar. Ia sejajar dengan perkembangan agihan zakat di LZS yang kini menuju ke era digitalisasi. Semoga usaha ini dapat memberikan manfaat kepada pelajar asnaf LZS dalam mendapatkan pendidikan peringkat pengajian tinggi seterusnya mengeluarkan diri dan keluarga daripada belenggu kemiskinan melalui kecemerlangan pendidikan.

Bantuan Dermasiswa Pengajian Tinggi Zakat Selangor Yang Ditawarkan

Pemohon yang layak akan menerima bantuan dermasiswa seperti berikut:

  • Surat Bantuan Dermasiswa Pengajian Tinggi (Bantuan Yuran Pengajian)
  • Bantuan Persediaan Masuk IPT
  • Bantuan Keperluan Pendidikan (BKP) merangkumi:
    – Wang saku
    – Penginapan
    – Elaun buku

Senarai IPT Layak Memohon Bantuan Dermasiswa Pengajian Tinggi Zakat Selangor

Pelajar yang menyambung pengajian di IPT berikut layak untuk memohon:

  • Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA)
  • Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS)
  • Institut Latihan Kemahiran Awam (ILKA)
  • Institut Latihan Kemahiran Swasta (ILKS)
  • Projek Khas Kemahiran Kerjaya
  • Institusi Khas Muallaf

Bagi ILKA, hanya pelajar ILKA dalam senarai berikut layak untuk memohon:

  • ADTEC-Pusat Latihan Teknologi Tinggi
  • CIAST-Pusat Latihan Pengajar & Kemahiran Lanjutan
  • IKBN-Institut Kemahiran Belia Negara
  • ILP-Institut Latihan Perindustrian
  • Institut Kemahiran Baitulmal MAWIP
  • GIAT-Giatmara/Pusat Giatmara
  • KKTM-Kolej Kemahiran Tinggi Mara
  • IKM-Institut Kemahiran Mara
  • Kolej Komuniti
  • Kolej Vokasional

Syarat Permohonan

Pelajar yang ingin memohon Bantuan Dermasiswa Pengajian Tinggi perlu memenuhi syarat permohonan iaitu:

  1. Berdaftar sebagai asnaf Fakir, Miskin dan Muallaf di Lembaga Zakat Selangor (MAIS).
  2. Mendapat tawaran pengajian di Panel Pusat Pengajian Lembaga Zakat Selangor (MAIS).
  3. Memenuhi syarat dan kriteria bantuan yang ditetapkan oleh Lembaga Zakat Selangor bagi Bantuan Dermasiswa Pengajian Tinggi.

Cara Memohon

Cara-cara permohonan boleh dirujuk melalui langkah-langkah berikut iaitu:

  • Layari laman web https://www.zakatselangor.com.my/pendidikan/.
  • Klik butang ‘Mohon Bantuan Pendidikan Di Sini.’
  • Bagi pemohon yang telah mendaftar, sila log masuk dengan memasukkan no kad pengenalan, kata laluan, dan captcha.
  • Bagi yang berlum mendaftar, klik bahagian ‘Daftar Kali Pertama.’
  • Masukkan no kad pendaftaran dan kata laluan diikuti dengan klik butang ‘Masuk.’
  • Log masuk dengan memasukkan no kad pengenalan, kata laluan, dan captcha.
  • Setelah masuk, isi borang online yang dipaparkan.
  • Klik bahagian permohonan dan isi maklumat yang diperlukan.
  • Muat naik dokumen yang diperlukan.
  • Hantar permohonan setelah semuanya selesai.
  • Semak status permohonan selepas 6 hari bekerja.
  • Jika berjaya, cetak surat bantuan dermasiswa tersebut dan boleh mendaftar di Pusat Pengajian sebagai pelajar tajaan Lembaga Zakat Selangor.

Dokumen Yang Diperlukan

Dokumen yang diperlukan untuk dimuat naik semasa membuat permohonan adalah seperti berikut:

  • Surat Tawaran
  • Penyata Akaun Bank
  • Struktur Yuran Pengajian

Maklumat Lanjut

Sekiranaya anda mempunyai sebarang pertanyaan lanjut mengenai Bantuan Dermasiswa Pengajian Tinggi Zakat Selangor ini, anda boleh layari website https://www.zakatselangor.com.my/ atau hubungi talian 1-300-88-4343

Soalan Lazim (FAQ)

Bagaimanakah caranya untuk membuat permohonan Bantuan Dermasiswa Pengajian Tinggi Zakat Selangor

Pemohon boleh membuat permohonan dengan melayari https://www.zakatselangor.com.my/pendidikan/ 

Pada bahagian Bantuan > Permohonan dan Rekod Bantuan > Permohonan Baru dan langkah seterusnya boleh dirujuk di Manual Pengguna Pemohon di Portal Pendidikan. Pemohon hendaklah melengkapkan semua maklumat dan lampiran dokumen yang diperlukan dengan betul setiap bahagian berikut sebelum menghantar permohonan:

  • Maklumat Pendidikan
  • Maklumat Bantuan
  • Lampiran Dokumen

Berapa lamakah permohonan saya akan diproses?

Tempoh kelulusan permohonan ini adalah bedasarkan kepada jumlah yuran sepanjang pengajian yang dipohon merujuk kepada kategori berikut:

  • Jumlah yuran sepanjang pengajian < RM10,000 – 6 hari bekerja
  • Jumlah yuran sepanjang pengajian < RM50,000 – 8 hari bekerja
  • Jumlah yuran sepanjang pengajian < RM100,000 – 10 hari bekerja
  • Jumlah yuran sepanjang pengajian >RM100,000 – 16 hari bekerja

Setelah permohonan diluluskan, pemohon boleh mencetak surat tajaan BDPT dan pelajar boleh mendaftar ke IPT sebagai pelajar tajaan LZS

Berapa lamakah Bantuan Persediaan Masuk IPT saya akan dikreditkan ke dalam akaun saya setelah permohonan diluluskan?

Bantuan ini akan dikreditkan ke akaun pemohon dalam masa tiga (3) hari bekerja selepas pemohon bersetuju meneriwa tawaran penajaan BDPT LZS di Portal Pendidikan

Berapa lamakah tempoh yang diberikan untuk saya menerima/menolak tawaran BDPT di dalam Portal Pendidikan setelah bantuan ini diluluskan?

Pemohon diberikan tempoh masa lima (5) hari bekerja untuk menerima/menolak tawaran. Permohonan akan automatik digagalkan jika tiada sebarang jawapan ke atas tawaran BDPT yang melebihi tempoh tersebut.

 Adakah LZS akan memberi pemakluman bagi status permohonan bantuan BDPT kepada saya?

Ya. Pemohon akan diberikan notifikasi melalui emel bagi setiap jenis aktiviti seperti berikut:

  • Notifikasi pendaftaran kali pertama berjaya
  • Notifikasi permohonan Lupa Kata Laluan
  • Notifikasi permohonan diluluskan
  • Notifikasi permohonan dipulangkan (Return)
  • Notifikasi permohonan digagalkan
SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!