Nur Nilam Sari ~ Lirik, Cord Lagu, Maksud & Asal-Usul

Nur Nilam Sari lirik lagu nyanyian Awie mempunyai maksud yang tersirat. “Pinjam seratus Nur Nilam Sari, pinjam dulu bayar nanti…” pula merupakan lirik lagu parodi yang telah digubah dan menjadi ikutan di media sosial ketika ini sehingga penyanyi asal Dato Awie juga secara sporting turut terjebak menanyikan lagu tersebut.

Asal usul parodi lirik pinjam seratus nur nilam sari, pinjam dulu bayar nanti..bermula dari seorang TikToker yang memuat naik konten di akaun TikToknya…

@misterilukisanhati93 #pinjamseratus #pinjamseratusnurnilamsari #nurniilamsari #awie #awiewings ♬ original sound – M L H

Lirik pinjam seratus terus menjadi semakin trending bila ianya turut menjadi ikutan ramai influencer, malah di ungkapkan dalam siri komedi popular Astro Sepatuh Runion

Nur Nilam Sari yang membawa maksud Nur “Cahaya” Nilam “sejenis permata berwarna biru” dan sari bermaksud “pati murni, bunga-bungaan”.

Tapi tahukah anda disebalik lirik lagu tersebut, tersimpan maksud dan peristiwa kisah disebaliknya?

nur nilam sari cord lirik

Pinjam Sinarmu nur nilam sari
Buatku Merempuhi Malam
Kabus Berlabuh Bagaikan awan
Mengaburi Penglihatan

Menyekat maksud di sempadan
Redup yang kupasangkan angan

Sekadar berhasrat
Berlindung dalam lena
Pejamkan mata untuk
Kulupakan sengsara

Berapa kerdipan
Melaraskan jiwa
Menyusuk ke arah asalku

Senyumanmu satu azimat
Buat diriku yang hina
Manusia terpinggir melara
Tak pernah kenal erti bahagia
Namun kumasih gembira
Bagiku rahmat semuanya

Oh mungkin kalau nasib ku berbeza
Aku ‘tak mampu
Menilaikan dikau

Hoo, aku berani
Berani aku
Katakan dirimu itu
Dewi kayangan

Senyumanmu satu azimat
Buat diriku yang hina
Manusia terpinggir melara
Tak pernah kenal erti bahagia
Namun ku gembira
Bagiku rahmat semuanya

Peperangan yang melanda
Diriku ini sudah berakhir
Oh berakhir
Kepahitan dulu bertukar menjadi
Sebuah sejarah dan kenangan, manis

Senyumanmu satu azimat
Buat diriku yang hina
Manusia terpinggir melara
Tak pernah kenal erti bahagia
Namun kumasih gembira
Bagiku rahmat semuanya

Senyumanmu satu azimat
Buat diriku yang hina
Manusia terpinggir melara
Tak pernah kenal erti bahagia

Info & Asal Usul Lagu

Lagu Nur Nilam Sari merupakan salah satu lagu hits dalam album Bikin Wilayah (1996) yang dinyanyikan oleh Awie bersama dengan kumpulan Search.

Lagu tersebut merupakan lagu ciptaan oleh Dato’M.Nasir sendiri, manakala liriknya pula telah ditulis oleh allahyarham Rosli Khamis @Loloq.

Pada tahun 1999, Dato M.Nasir menyanyikan semula lagu tersebut yang turut dimuatkan dalam album beliau yang berjudul Srikandi Cintaku (1999).

Seperti yang kita sedia maklum, lagu-lagu ciptaan M. Nasir mempunyai kisah disebaliknya. Begitu jugalah lagu Nur Nilam Sari yang mana lagu ini dicipta sebenarnya berkait dengan peristiwa kisah sedih yang pernah menimpa kehidupan M. Nasir sendiri.

nur nilam sari anak m nasir

Nur Nilam sari ialah nama anak perempuan kepada Dato M. Nasir

Pada 8 Ogos 1998, kita dikejutkan dengan pemergian seorang biduanita dari kumpulan Ideal Sisters iaitu Junainah Johari yang merupakan isteri kepada M. Nasir akibat penyakit lelah.

Allahyarhamah Junainah atau nama panggilannya Nana, diserang penyakit lelah pada pukul 10 pagi lalu dikejarkan ke Hospital Sungai Buloh. Namun, beliau menghembuskan nafas terakhir dalam keadaan tidak sedarkan diri selepas dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur.

Allahyarhamah Nana telah menghembuskan nafas terakhir selepas melahirkan anak bongsunya iaitu Nur Nilam Sari yang berusia dua bulan.

Selain itu, Dato M. Nasir juga mempunyai 4 orang anak lelaki bersama isteri pertamanya iaitu Shafi’i, Hidayat, Ilham, dan Yasin. Bagi M. Nasir, kelahiran anak bongsunya itu merupakan pelengkap kepada keluarganya kerana beliau bersama arwah isterinya sebelum ini, yang ingin mempunyai cahaya mata perempuan.

Selepas pemergian isteri beliau,ianya telah meninggalkan kesan yang mendalam kepada hidup M. Nasir.

Beliau yang dahulunya penuh dengan irama lagu dan kegembiraan tetapi selepas peristiwa tersebut, ianya bertukar dengan irama muzik hujan dan kesedihan. Oleh itu, M. Nasir menciptakan lagu ini khas untuk kisah sedih ini dan Loloq sebagai penulis lirik.

Cerita mengenai anak bongsu Dato M.Nasir, Nur Nilam Sari, sangat jarang di ketahui umum. Ini kerana anak bongsu M.Nasir itu merupakan seorang yang pemalu dan tidak begitu gemar untuk menonjolkan diri.

Bagaimanapun menerusi perkongsian daripada media bebasnews, Nilam sangat disayangi oleh abang-abangnya dan tidak dibiarkan sendirian.

Walaupun lahir dari keluarga seni, Nilam tidak meminati bidang muzik seperti mana abang-abangnya Ilham, Yasin dan Hidayat (ahli kumpulan Pitahati) dan Syafi’e penyanyi Ramayan.

Nilam lebih gemar kepada bidang psikologi dan sangat sayangkan kanak-kanak

Chord Lagu Nur Nilam Sari Ukulele & Gitar

Chord Ukulele

Intro
F	Am	A#	C
A#	Dm	D#	F	Dm
 
 
Dm			Am
Pinjam sinarmu Nur Nilam Sari
A#		       C	
Buatku merempuhi malam
Dm			Am
Kabus berlabuh bagaikan awan
A#		   C	
Mengaburi penglihatan
Gm			C
Menyekat maksud di sempadan
Gm			    C
Redup yang ku pasangkan angan
 
F		
Sekadar berhasrat 
Dm
Berlindung dalam lena
Am
Pejamkan mata untuk ku lupakan sengsara
 
                A#
Berapa kerdipan  melaraskan jiwa
	C
Menyusun ke arah asalku
 
F		Gm
Senyuman satu azimat 
C		
Buat diriku yang hina manusia terpinggir
         F
Hidup melara
 
		Gm
Tak pernah kenal erti bahagia
	C
Namunku masih gembira bagiku rahmat 
         F	
Semuanya
 
     Am
Oh mungkin kalau nasibku berbeza
A#			C		
Aku tak mampu menilaikan dikau
 
Solo
 
F	C	F	C
F	C	A#	C
Dm	Am	A# 	C			
 
Gm
Aku berani berani aku
		C
Katakan dirimu itu…dewi kayangan
 
Repeat chorus
 
A#			D#		
Peperangan yang melanda diriku 
C
Kini sudah berakhir ooh… berakhir
A#			D#
Kepahitan dulu bertukar menjadi sejarah
	C
Dan kenangan manis…
 

Chord Gitar

[Intro]
G Am  G Am
G Am  F Em
G Am  G Am
 
[Verse 1]
Am                 Em
Pinjam sinarmu Nur Nilam Sari
F                 G
Buat ku merempuhi malam
Am                      Em
Kabus berlabuh bagaikan awan
F               G
Mengaburi penglihatan
Dm                    G
Menyekat maksud di sempadan
Dm                   G
Redup yang pasangkan angan
C           G/B
Sekadar berhasrat
Am
Berlindung dalam lena
Em
Pejamkan mata
Em
Untuk kulupakan sengsara
  F
Berapa kerdipan
  F
Melaraskan jiwa
  F
Menyusur ke arah
G
Asalku
 
 
[Chorus 1]
C                Dm
 Senyumanmu satu azimat
     G
 Buat diriku yang hina
     G                 C
 Manusia terpinggir melara
C                     Dm
 Tak pernah kenal erti bahagia
      G
 Namun ku masih gembira
    G               C
 Bagiku rahmat semuanya Ooo Ooo
Em
 Mungkin kalau nasibku berbeza
F                 G           C
  Aku tak mampu menilaikan dikau
 
 
[Solo]
C  F  C  F
Am G Am Em
F  F  G  G
 
 
[Verse 2]
   Dm
Ooo.. Aku berani
Dm
  Berani aku
Dm
  Katakan dirimu itu
G
  Dewi kayangan
 
 
[Chorus 2]
C                  Dm
  Senyumanmu satu azimat
     G
Buat diriku yang hina
     G                 C
Manusia terpinggir melara
                      Dm
Tak pernah kenal erti bahagia
      G
Namun ku masih gembira
    G
Bagiku rahmat semuanya
 
 
[Bridge]
F                       Bb
Peperangan yang melanda diriku kini
        G               G
Sudah berakhir Oohh berakhir
F
Kepahitan dulu bertukar
     Bb
Menjadi sebuah sejarah
      G
Dan kenangan
G
Manis..
 
 
[Final Chorus]
      C               Dm
Seee..nyuman mu satu azimat
     G
Buat diriku yang hina
    G                  C
Manusia terpinggir melara
C                       Dm
Tak pernah kenal erti bahagia
      G
Namun ku masih gembira
      G             C
Bagiku rahmat semuanya
C                Dm
Senyumanmu satu azimat
     G
Buat diriku yang hina
     G                 C
Manusia terpinggir melara
C                       Dm
Tak pernah kenal erti bahagia
      G
Namun ku masih gembira
      G             C
Bagiku rahmat semuanya
C             Dm
Ohhh... Satu azimat
     G
Buat diriku yang hina
     G                  C
Manusia terpinggier melara
 
 
[Outro]
C  Dm
G  G
C  Dm
G  G

Tentu ramai yang mempunyai kenangan dan nostalgia tersendiri dengan lagu tersebut. Terutamanya mereka yang meninati lagu-lagu rock dan peminat kepada lagenda Dato M. Nasir, Awie dan Kumpulan Search

Untuk download mp3 lagu nur nilam sari, anda boleh dapatkan menerusi pautan berikut ; http://kkbox.fm/GU0vfP

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!