Malbatt Misi Bakara : Barisan Pelakon, Sinopsis & Trailer

Sambutan kemerdekaan pada tahun ini nyata lebih istimewa dengan tayangan filem bertemakan patriotik terbaharu arahan Adrian Teh yang berjudul Malbatt Misi Bakara.

MALBATT: Misi Bakara dipersembahkan oleh Tentera Darat Malaysia bersama enam syarikat penerbitan gergasi iaitu Berjaya Pictures, Act 2 Pictures, Fast Bikes, Aurum Investments Limited, Golden Screen Cinemas dan Astro Shaw.

Menelan belanja sebanyak RM 20 juta, filem ini bukan sahaja menjadi antara filem tempatan termahal yang pernah dihasilkan, malah ia juga merupakan filem pertama di Malaysia yang ditayangkan di layar IMAX dan juga dalam format 4D.

Malbatt Misi Bakara

Sinopsis Ringkas Filem Malbatt Misi Bakara

Diinspirasikan daripada kisah benar, filem Malbatt Misi Bakara mengisahkan tentang perjuangan Batalion Malaysia (Malbatt) ketika terlibat dalam operasi membantu menyelamatkan tentera Amerika Syarikat yang terperangkap di dalam perang saudara yang berlaku di Pasar Bakara di Mogadishu, Somalia setelah diserang pengganas.

Insiden yang berlaku pada tahun 1993 ini juga pernah diketengahkan di dalam filem Hollywood, Black Hawk Down namun filem tersebut tidak menonjolkan keberanian serta pengorbanan tentera Malaysia.

Dalam peristiwa tersebut, Malaysia adalah satu-satunya negara yang berani menawarkan diri dalam usaha menyelamatkan tentera Amerika Syarikat di Somalia apabila helikopter Black Hawk milik mereka ditembak jatuh.

Ketika itu, tentera Amerika Syarikat telah dikepung oleh ribuan pengikut Farrah Aidid.

Menurut pengarah filem iaitu Adrian Teh, untuk merealisasikan filem ini, beliau telah mengambil inisiatif sendiri untuk mengkaji dan menemubual askar anggota 19 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) Mekanis dari Batalion Malaysia (MALBATT) yang terbabit dalam misi tersebut.

Lebih menarik lagi tentang filem ini adalah 90 peratus daripadanya adalah benar namun terdapat beberapa bahagian diletakkan sedikit hiburan bagi memastikan ia lebih dekat dengan penonton.

Barisan Pelakon MALBATT : Misi Bakara

Antara pelakon terkenal yang membintangi filem bergenre patriotik ini adalah Bront Palarae, Shaheizy Sam, Hairul Azreen, Zahiril Adzim, Iedil Dzuhrie, Adlin Aman Ramlie, Fauzi Nawawi, Tony Eusoff, Syazwan Zulkifly, Dafi Ismail Sabri, Taufiq Hanafi, Nafiez Zaidi, Dini Schatzmann, Gambit Saifullah, Safwan Nazri, Ikhram Juhari dan Theebaan G.

Malbatt Misi Bakara

Trailer Rasmi

Anda boleh tonton trailer rasmi bagi filem ini di bawah.

Bagi menyemarakkan lagi semangat patriotisme sempena sambutan kemerdekaan pada tahun ini, jom bersama-sama kita nantikan tayangan Malbatt Misi Bakara di pawagam bermula pada 24 Ogos 2023.

Anda boleh tempah tiket wayang secara online menerusi cawangan pawagam terdekat anda. Semak pautan untuk ketahui waktu tayangan :

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!