SSDM KPM 2023 : Sistem Sahsiah Diri Murid

SSDM KPM iaitu Sistem Sahsiah Disiplin Murid telah ditambah baik oleh Kementerian Pendidikan Malaysia bagi tujuan merekod Kes Salah Laku Murid dan Merekodkan Amalan Baik Murid yang sebelum ini dikenali sebgai Sistem Salahlaku Disiplin Murid.

Dengan wujudnya Sistem Sahsiah Disiplin Murid (SSDM) ini, ianya sekaligus dapat memberikan laporan kelakuan murid-murid ketika waktu sekolah. Ianya sudah pasti menjadi medium yang lebih mudah bagi para guru dan ibu bapa khususnya untuk mengetahui sasiah murid-murid ketika di sekolah.

Selain itu KPM juga telah mewujudkan Portal Aduan Buli KPM di Sekolah

Apakah SSDM KPM ?

ssdm kpm

Sistem Salahlaku Disiplin Murid (SSDM) ini merupakan pelaporan dalam web bagi tujuan merekodkan maklumat salahlaku disiplin murid di seluruh Malaysia dengan capaian yang mudah dan berkesan.

Untuk pengetahuan semua ibu bapa, SSDM (Sistem Sahsiah Diri Murid) ini, merupakan satu sistem yang dibangunkan oleh pihak KPM dimana tujuannya adalah:

  1. Merekodkan Kes Salah Laku Murid
  2. Merekodkan Amalan Baik Murid

Dengan adanya SSDM ini, ianya dapat membantu dalam penyediaan maklumat yang efektif dan terkini di mana ianya secara langsung akan dapat membantu pengurusan di semua peringkat membuat perancangan bagi mengatasi dan mengawal masalah disiplin murid dengan lebih teratur, baik dan berkesan.

Murid-murid yang mendapat rekod tinggi dalam pengisian amalan baik oleh guru dan AKP, akan diberikan anugerah oleh pihak sekolah.

Sebelum ini merit dinilai dari segi akademik dan PAJSK tetapi murid tingkatan 4 (2022 dan seterusnya), selain akademik (keputusan SPM) dan PAJSK, SSDM turut dikira.

UPU= SPM+PAJSK+SSDM

Cara Login SSDM KPM

  • Untuk log masuk sistem SSDM KPM, pengguna perlu layari wweb https://ssdm.moe.gov.my/.
  • Seterusnya masukkan no id dan kad pengenalan

Lupa Kata Laluan

Bagi kes lupa kata laluan SSDM, sila berhubung dengan JPN (Senarai Pegawai Disiplin Negeri)

Berikut pula ringkasan perkongsian yang di buat oleh Cikgu Ilyana Aman Nor Yana mengenai SSDM

Mengapa Sistem Sahsiah Diri Murid (SSDM) digunakan semua sekolah melalui surat pekeliling?

  • merupakan pengkalan data utama untuk mengukur sahsiah kemenjadian murid.
  • Mengawal disiplin murid dengan lebih berkesan
  • Membuat intervensi berfokus untuk murid-murid

Siapa yang boleh mengisi data SSDM

  1. Pengetua
  2. GPK HEM
  3. Guru ( SEMUA GURU ADALAH GURU DISIPLIN)
  4. AKP
  5. Kaunselor

Siapa yang boleh akses maklumat SSDM SECARA TERPERINCI DAN TINDAKAN DALAM SSDM

  1. PENGETUA
  2. GPK HEM
  3. KGD

Kenapa Maklumat SSDM Tidak Dapat Diakses Secara Terbuka

  • Maklumat murid adalah rahsia kerana memberi kesan kepada psikologi murid di sepanjang hidupnya
  • Tidak mahu guru /murid lain memandang negatif pada murid
  • Sekolah tempat bimbingan untuk membentuk sahsiah bukan tempat hukuman

Siapa yang Perlu Ambil Perhatian?

  • Semua guru terutama guru tingkatan
  • Ibu bapa boleh berbincang dengan sekolah status sahsiah anaknya dengan sekolah pada setiap masa kerana mempunyai data yang tepat

Mengapa guru-guru perlu mengisi SSDM

  • Mudah untuk mengawal pergerakan murid supaya tidak berlaku masalah disiplin
  • Menjadi guru penyayang dengan memberi amalan baik sebagai ganjaran
  • Perekodan untuk guru lebih mudah
  • Membantu unit kokurikulum dan kurikulum untuk meningkatkan kecemerlangan pelajar

Bagaimana sistem ini menilai sahsiah murid

  • Murid mempunyai 5 tahap iaitu terpuji, amat baik , baik , perlukan perhatian dan perhatian serius
  • Sekiranya berada pada perlukan perhatian dan perhatian serius murid ini perlukan inteevensi dari semua pihak
  • Seorang pelajar hanya memerlukan 20 amalan baik yang direkodkan di sepanjang persekolahan sekiranya tidak melakukan kes untuk mencapai terpuji ini bermakana 4 amalan baik sahaja sekurang-kurangnya setahun

Sekiranya guru tidak mengisi/ mengisi melebihi 7 hari daripada kes berlaku dalam SSDM

  • Unit disiplin sukar untuk menyiasat kerana saksi/ mangsa mungkin lebih teruk keadaanya terutama kes buli.
  • 2. Unit SSDM tidak akan dapat data yang tepat pada setiap masa
  • 3. Intervensi tidak dapat dilakukan dengan segera

Bila Data Dijana

  • Setiap hari untuk unit disiplin dan unit ssdm merekod maklumat
  • Setiap bulan untuk pelaporan

Alat Membantu Meningkatkan Kecekapan SSDM KPM

1.BUKU KAWALAN KELAS

Buku ini merupakan kawalan guru di dalam kelas untuk merekodkan masalah di dalam kelas . Buku ini ada dalam pekeliling Uint HEM penggunaanya. Selain itu menjadi bukti kepada guru dan murid sekiranya ada kes-kes yang berlaku

2.APDM /KEHADIRAN

Pengisian kehadiran perlu dilakukan pada setiap hari persekolahan . Kegagalan mengisi dan menjana surat amaran ponteng sekolah secara tepat akan menyebabkan ganguan terhadap ketepatan data SSDM. Semua surat ponteng sekolah dijana dalam sistem SSDM.

Maklumat murid sentiasa perlu dikemaskini kerana urusan ssdm bergantung pada APDM

3. GANJARAN

Ganjaran boleh diberi dalam bentuk sijil untuk menarik minat guru, AKP dan murid

Implikasi Kurang Peka Terhadap Pengisian SSDM

  • Bebanan tugas UNIT DISIPLIN kerana terpaksa mengambil tindakan kes yang banyak. Kerana kes terkumpul dalam satu masa.
  • Bebanan tugas Unit KAUNSELING untuk membuat sesi, kaunseling dan tidak dapat membantu murid untuk menyelesaikan masalah dengan segera.
  • Unit SSDM tidak akan mendapat data yang tepat dan sukar membantu Unit Disiplin dan Unit Kaunseling untuk membuat intervensi
  • Apabila PPD,dan JPN meminta laporan tiada data yang dapat dikeluarkan dapat pada sistem.
  • Pelajar tidak dapat dibantu sahsiahnya

Surat Pekeliling SSDM KPM

surat pekeliling ssdm kpm

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut berkaitan sistem SSDM KPM ini, sila berhubung melalui ;

Unit Pembangunanan Sahsiah Murid
Sektor Hal Ehwal Murid
Bahagian Pengurusan Sekolah Harian
Kementerian Pendidikan Malaysia

Aras 3 & 4, Blok E2,
Parcel E, 62604 Putrajaya
Tel : 03-88849339

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!