Permohonan  Sekolah Seni Tingkatan 1 Sesi 2023

Terkini Sekolah Seni Malaysia (SSeM) akan membuka permohonan kemasukan ke tingkatan 1 sesi 2023.

Cara permohonan hanya boleh dibuat secara atas talian melalui portal essem mulai 20 Julai sehingga 30 September 2022. Bagi ibu bapa yang berhajat untuk menghantar anak mereka mendaftar di Sekolah Seni Malaysia, berikut kami kongsikan berkaitan permohonan dan kemasukan untuk sesi pembelalajaran 2023

Permohonan Sekolah Seni Tingkatan 1 2023

Untuk makluman, pengambilan murid adalah terbuka kepada semua murid sekolah kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan dari seluruh negara. Pengambilan murid hanyalah ke Tingkatan 1 sahaja. TIADA pengambilan ke Tingkatan Dua, Tiga, Empat atau Lima.

Permohonan murid ke SSeM hanya dilakukan melalui secara atas talian melalui Sistem e-SSeM. Sebarang maklumat lanjut sila layari https://essem.moe.gov.my.

Pengenalan Sekolah Seni Malaysia

permohonan sekolah seni malaysia tingkatan 1 2023

Penubuhan SSeM adalah sejajar dengan usaha KPM sebagaimana yang terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 – 2025: Menyediakan Kesamarataan Akses kepada Pendidikan Berkualiti Bertaraf Antarabangsa dengan memperluas akses dan meningkatkan kualiti pendidikan selari dengan usaha untuk mengukuhkan sistem pendidikan negara yang lebih menyeluruh dan bukan berkisar kepada akademik semata-mata.

Sekolah Seni Malaysia (SSeM) ditubuhkan untuk memberikan peluang dan ruang kepada anak-anak muda Malaysia untuk berkarya dalam bidang seni dan tidak hanya bergantung kepada kerjaya tertentu sahaja sebaliknya mereka boleh membentuk kerjaya dalam bidang seni.

Konsep Sekolah Seni Malaysia (Ssem)

Definisi Sekolah Seni Malaysia

Sebuah institusi pendidikan formal satu sesi yang menyediakan kemudahan menggilap dan menggarap potensi dan bakat diri generasi murid untuk menceburi aktiviti kesenian dan kebudayaan tanah air secara aktif dan kreatif.

Falsafah Sekolah Seni Malaysia

Suatu usaha membangunkan potensi individu secara seimbang dan bersepadu melalui pendidikan kesenian yang dilaksanakan secara terancang dan sistematik. Usaha ini adalah bagi melahirkan insan yang bertanggungjawab dan berkeperibadian mulia dalam mengamalkan budaya bangsa yang luhur dan beridentiti Malaysia.

Visi

Menjadi pusat kecemerlangan pendidikan kesenian dan kebudayaan bagi melahirkan insan budayawan bertaraf dunia.

Misi

  • Memupuk bakat dan mengembangkan potensi kesenian di kalangan murid.
  • Menggalakkan penyertaan aktif murid dalam aktiviti kesenian.
  • Mewujudkan kerjasama dengan pelbagai institusi dan penggiat seni.

Objektif

  • Melahirkan murid yang seimbang dalam pencapaian akademik dan kesenian.
  • Melahirkan murid yang berilmu dan berketrampilan dalam bidang kesenian.
  • Menjadi tapak semaian kecemerlangan pendidikan kesenian yang beridentiti di peringkat antarabangsa.
  • Melahirkan penggiat seni dan pengamal budaya yang bersahsiah tinggi.
  • Melahirkan individu yang berjiwa seni dan dapat memelihara budaya bangsa.
  • Dari aspek pengurusan dan pentadbiran, sekolah ini keseluruhannya mengikut konsep Sekolah Berasrama Penuh yang dilengkapi dengan kemudahan-kemudahan kesenian dan akademik.

Senarai Lokasi Sekolah Seni Malaysia

Terdapat hanya 4 Sekolah Seni Malaysia di seluruh negara iaitu ;

i.Sekolah Seni Malaysia Johor di Bandar Seri Alam, Masai;
ii. Sekolah Seni Malaysia Sarawak di Kuching;
iii. Sekolah Seni Malaysia Kuala Lumpur di Pudu, K.L;
iv. Sekolah Seni Malaysia Perak di Sungai Siput Utara.

Manakala, sebuah sekolah yang melaksanakan Program Pendidikan Seni iaitu:


i. SMK Elopura, Sandakan, Sabah

Subjek Yang Diajar Di Sekolah Seni

  • Terdapat 4 bidang pengajian di Sekolah Seni Malaysia bagi menengah rendah (Tingkatan 1, 2 dan 3) iaitu
    • Muzik,
    • Seni Visual,
    • Tari &
    • Teater
  • Manakala 6 bidang pengkhususan bagi murid di peringkat menengah atas (Tingkatan 4 & 5) iaitu,
    • Muzik,
    • Seni Halus,
    • Reka Bentuk,
    • Komunikasi Visual,
    • Tari dan Teater.

Maklumat Lanjut

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan berkaitan Permohonan  Sekolah Seni Tingkatan 1 Sesi 2023, sila hubungi:


1. Pn Zuraini Binti Abu Hassan
    Tel : 03-88721616

2. Cik Noor Azilah Binti Ismail
    Tel : 03-88721760

    Atau emelkan pertanyaan ke :
    Email : [email protected]

Baca juga :

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!