MySPRSemak : Cara Semakan Daftar Pemilih / Pengundi SPR 2022

MySPRSemak : Cara Semakan Daftar Pemilih / Pengundi SPR 2022 ~ Untuk makluman, penndaftaran pengundi baru dan pertukaran alamat kawasan mengundi kini boleh dilakukan melalui portal MySPR Daftar secara dalam talian.

MySPRSemak 

MySPRSemak  adalah sebuah laman web rasmi Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia yang membolehkan anda membuat semakan daftar pemilih dan lain-lain secara dalam talian. 

Adalah menjadi hak setiap warganegara yang layak memilih kerajaan untuk memerintah negara melalui pemilihan wakil rakyat untuk mewakili mereka di Dewan Rakyat dan Dewan-dewan Undangan Negeri.

Untuk dibenarkan mengundi wakil rakyat pilihan anda dalam pilihan raya umum atau pilihan raya kecil, anda dikehendaki mendaftarkan nama anda sebagai pemilih.

Anda tidak boleh mengundi sekiranya nama anda tidak disenaraikan dalam daftar pemilih.

MySPRSemak

Semakan Daftar Pemilih Tambahan Bulan Disember Tahun 2021 (DPT BLN12/2021)

Untuk menyemak DPT BLN12/2021 sila rujuk langkah-langkah dibawah:

  1. Layari portal SPR di pautan berikut:
  1. Aplikasi mudah alih MySPR Semak.
  2. Portal rasmi Pejabat-Pejabat Pilihan Raya Negeri di pautan: http://ppn.spr.gov.my
  3. Hotline SPR di talian 03-8892 7018.

Tuntutan & Bantahan

Dalam tempoh semakan ini, warganegara yang berumur 18 tahun dan ke atas sehingga 31 Disember 2021 atau pemilih berdaftar yang telah memohon pertukaran bahagian pilihan raya atau pertukaran status/kategori pengundi yang mendapati namanya tiada dalam DPT BLN12/2021 boleh mengemukakan TUNTUTAN dengan mengisi Borang C.

Selain itu, mana-mana pemilih yang namanya ada dalam DPT BLN12/2021 mendapati terdapat kesilapan maklumat atau kesilapan kawasan pendaftaran juga boleh mengemukakan TUNTUTAN dengan mengisi Borang C.

TUNTUTAN boleh dikemukakan secara dalam talian (https://myspr.spr.gov.my) atau hadir ke Pejabat Pilihan Raya Negeri yang berkenaan pada waktu pejabat di mana-mana hari bekerja. Tiada bayaran dikenakan bagi tuntutan.

Selain itu, dalam tempoh semakan ini juga, mana-mana pemilih berdaftar di suatu bahagian pilihan raya yang membuat semakan dan berhasrat membuat BANTAHAN ke atas kemasukan nama pemilih yang membuat pertukaran ke bahagian pilihan rayanya, hendaklah mengisi Borang D.

Seorang pembantah dibenarkan membantah tidak boleh melebihi 20 nama dengan bayaran fi sebanyak RM10 bagi setiap orang yang dibantah (OKB).

Pembantah hendaklah hadir ke Pejabat Pilihan Raya Negeri yang berkenaan pada waktu pejabat pada mana-mana hari bekerja untuk mengemukakan Borang D serta bayaran fi bagi bantahan tersebut.

Cara Semakan Daftar Pemilih Online (MySPRSemak)

MySPRSemak

Sekiranya anda telah membuat pendaftaran, sila ikuti langkah-langkah di bawah untuk menyemak. 

  1. Layari Portal SPR di pautan berikut:
  1. Masukkan nombor kad pengenalan anda dan kod Captcha yang dipaparkan.
  1. Tekan butang ‘Semak’.
  1. Maklumat peribadi dan kawasan mengundi akan dipaparkan dengan terperinci. Cetak dan simpan maklumat untuk rujukan.

Nota: Anda juga boleh membuat semakan melalui Portal rasmi Pejabat-Pejabat Pilihan Raya Negeri di pautan http://ppn.spr.gov.my; atau Hotline SPR di talian 03-8892 7018.

Maklumat Lanjut & Pertanyaan 

Sekiranya anda mempunyai sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan, sila hubungi hotline SPR seperti berikut:

No. Talian Hotline Pendaftaran Pemilih : 03-88927018

Atau, layari pautan berikut untuk sebarang soalan dan aduan: http://www.spr.gov.my/ms/aduan-pertanyaan.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!