Drama Perempuan Itu – Barisan Pelakon, Sinopsis & Review

Drama Perempuan Itu lakonan Zul Ariffin dan Mimi Lana kini menjadi sebutan warganet. Meskipun pernah mencetuskan kontroversi, namun drama bersiri arahan Ain Sharif dan Isma Yusof ini sudah pun disunting untuk tayangan di platform penstriman online Tonton yang juga boleh dimuat turun di Google Play Store dan Apple App Store.

Drama ini mempunyai 30 episod dan diterbitkan di bawah produksi Rumah Karya Cinta. Sarat dengan plot yang menarik serta lakonan yang bermain dengan emosi penonton, drama ini telah pun memenangi ribuan hati peminat drama tempatan.

Lebih penting lagi, drama Perempuan Itu juga dikatakan bakal menyajikan banyak pengajaran serta teladan terutamanya ilmu agama rumah serta hak seorang wanita dalam perkahwinan.

Rancangan ini telah mula bersiaran mulai 1 Jun 2023 secara HD di laman web www.tonton.com.my atau www.xtra.com.my/live-tv.

Ikuti perkongsian kami untuk ketahui dengan lebih lanjut mengenai drama Perempuan Itu.

Baca Juga : Andai Itu Takdirnya : Sinopsis, Barisan Pelakon, Review

Perempuan Itu

Barisan Pelakon

WatakPelakon
KhalishMimi Lana
EmirZul Ariffin
SeiraSiti Hariesa
AryanAmar Asyraf
Ustaz SalahudinEman Manan
KhafilaNorish Karman
SaodahAzizah Mahzan
FarishaAleeza Kasim
Ismail YaacobIsmail Yaacob
MusalmahBalkisyh Semundur Khan
WardahErysha Emyra
YasminaElfriena Adros
IqbalAhmad Iqbal Zulkefli
RemyAmir Ahnaf
RafiudinShaidan Izwan
Perempuan Itu

Sinopsis Drama Perempuan Itu

Ibu bapa Khalish mahu anaknya mengambil alih pentadbiran Madrasah Mujahidah namun dia menolak kerana ingin menjadi peguam Syariah bagi memperjuangkan pemerkasaan wanita.

Akibat takut dengan gaya pemikiran Khalish, ibu bapanya memutuskan untuk mengahwinkan anak perempuannya dengan anak kawan mereka iaitu Emir.

Walaupun Emir keberatan, namun dia tetap meneruskan perkahwinan tersebut bagi memenuhi permintaan ibunya.

Setelah 4 tahun berkahwin, Emir akhirnya berjaya memenangi hati Khalish. Sedang mereka menanti kelahiran anak sulung mereka, Khalish kemudiannya dapat tahu yang suaminya mempunyai kekasih gelap iaitu Seira.

Berita tersebut telah menyebabkan Khalish rasa dikhianati. Akibatnya, Khalish berasa tertekan dan akhirnya dia jatuh sakit dan alami keguguran.

Dapatkah Khalish dan Emir mempertahankan rumah tangga mereka dengan kehadiran orang ketiga? Jika anda ingin tahu kesudahannya, jangan lupa untuk ikuti drama Perempuan Itu menerusi platform penstriman online di Tonton atau xtra.com.my.

Review

Disebabkan plot ini banyak bermain dengan perasaan isteri, drama ini telah menjadi topik hangat dalam kalangan warganet terutamanya wanita.

Rata-rata ramai yang cukup puas hati dengan lakonan mantap yang diperankan oleh setiap pelakon. Jom kita tengok apa kata penonton tentang drama ini.

Maklumat Lanjut

Untuk perkembangan terkini mengenai drama kegemaran anda, sila ikuti laman media sosial Tonton di platform berikut :

Laman rasmi : https://watch.tonton.com.my

Facebook : https://www.facebook.com/tontonmy/

Instagram : https://www.instagram.com/tontonmy/

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!