Ironman Malaysia 2023 : Acara Ironman 70.3 Langkawi

Keputusan Ironman Malaysia 2023 & Ironman 70.3 Langkawi yang telah berlangsung pada 7 Oktober 2023 mencatatkan Toma Alexandru sebagai pemenang utama acara tersebut dengan catatan masa keseluruhan 9:18:12 melepasi catatan yang pernah dibuat oleh pemenang Ironman 2022 iaitu Andy Wibowo dari Indonesia dengan catatan masa 9:37:50.

Manakala bagi Ironman 70.3 Langkawi pula didominasi oleh atlet dari Australia dengan tempat pertama bagi Ironman 70.3 Langkawi dimenangi oleh Josh Amberger dengan catatan masa 3:50:47

Ironman Malaysia 2023

ironman malaysia

Acara ini merupakan salah satu acara yang disenaraikan dalam kelender triathlon terbesar bertaraf antarabangsa. Manakala Langkawi,Malaysia merupakan salah satu venue acara pilihan yang di adakan bagi benua Asia.

Bagi ironman malaysia 2023 dan ironman 70.3 Langkawi tarikh acara adalah seperti berikut ;

  • Acara : Ironman Malaysia 2023 & Ironman 70.3 Langkawi
  • Tarikh : 7 Oktober 2023
  • Lokasi : Langkawi, Malaysia

Kategori Ironman

Bagi anda yang pertama kali mencari info tentang acara triathlon, mungkin tertanya-tanya apa beza Ironman Malaysia dan Ironman 70.3 Langkawi??

Ironman 70.3 Langkawi melibatkan tiga disiplin iaitu renang 1.9km, berbasikal 90km dan berlari 21km. 70.3 bermaksud jumlah jarak keseluruhan dalam unit batu

Sementara Ironman Malaysia, menampilkan kategori renang 3.8km, berbasikal 180km dan berlari 42.2km. Iaitu jarak dua kali ganda lebih jauh berbanding Ironman 70.3 Langkawi

Selain daripada 2 acara utama, terdapat juga acara khas untuk kanak-kanak iaitu IrondKids Langkawi.

Acara Utama

Renang

ironman malaysia 2023

Selain daripada jarak sejauh 3.8km, peserta akan berenang dengan suhu air sekitar 28 C (82F) yang pastinya mencabar.Selepas tamat renangan, atlet melakukan larian 200m ke peralihan (T1).

Berbasikal

Laluan basikal sejauh 180km akan bermula dari Pantai Kok menuju ke Jalan Teluk Yu mengikut pusingan jam dari titik Barat Laut pulau di sekitar bukit bergolek Datai ke arah bahagian tenggara pulau itu.

Peserta akan melalui beberapa perkampungan tempatan. Dimana peserta akan mendapat menikmati suasana kampung dan masyarakat tempatan.

Larian

Bagi acara larian,para atlet akan melalui hadapan lautan yang indah di Pantai Cenang. Atlet akan berlari di sepanjang tepi landasan Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi.

Seterusnya larian tersebut akan membawa atlet ke hadapan pantai Pelangi Beach Resort and Spa untuk menamatkannya

Promosi T-Shirt Ironman Malaysia

Keputusan Ironman Malaysia 2023 & 70.3 Langkawi

Ironman Malaysia 2023

Kategori Pro Lelaki

keputusan ironman malaysia 2023 toma alexandru
  1. Toma Alexandru – 09:18:11
  2. Juan Antonio Gomez Gonzalez- 09:28:02
  3. Sang Whan Oh – 09:46:14

Kategori Pro Wanita

ironman malaysia 2023 Satowa Ota
  1. Satowa Ota – 11:54:00
  2. Crystal Pei Qi Ng – 12:17:52
  3. Ruiiwen Xie -12:31:07

Keputusan Ironman 70.3 Langkawi

ironman 70.3 -josh amberger

Kategori Pro Lelaki

  1. Josh Amberger (AUS) – 3:50:47
  2. Mike Phillips (NZL) – 3:52:23
  3. Kurt McDonald (AUS) – 3:54:33

Kategori Pro Wanita

ironamn 70.3 langkawi -Ashleigh Gentle
  1. Ashleigh Gentle (AUS) – 4:10:17
  2. Amelia Watkinson (NZL) – 4:16:05
  3. Lottie Lucas (UAE) – 4:20:59

Kelayakan

Peserta yang mengikuti acara IRONMAN Malaysia 2023 berpeluang untuk mendapatkan slot kelayakan mengikuti kumpulan umur ke Kejohanan Dunia VinFast IRONMAN 2024 (Kona) – Atlet lelaki dan ke Kejohanan Dunia VinFast IRONMAN 2024 (Nice) – Atlet wanita.

Acara tersebut dijadualkan akan diadakan di Taupō, New Zealand pada tarikh 14 dan 15 Disember 2024 dan merupakan acara penutup bagi acara peringkat dunia tersebut.

Bagi info kelayakan dan pendaftaran ke Kejohanan Dunia VinFast IRONMAN 2024, anda boleh layari https://www.ironman.com/fast-track-to-taupo

Maklumat Lanjut

Untuk mendapatkan maklumat terperinci dan keputusan penuh senarai pemenang Ironman Malaysia 2023 dan Ironman 70.3 Langkawi, anda juga boleh layari https://www.ironman.com

Baca juga : Le Tour De Langkawi 2023, Tarikh, Jadual & Laluan LTdL

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!