Langit Yang Sama (Dalia Farhana): Lirik Lagu, Muzik Video Rasmi
Bermula dengan memuatnaik lagu cover atau nyanyian semula di Youtube, penyanyi sensasi Dalia Farhana segera mendapat perhatian penggemar muzik tempatan.
Pada Februari 2023, Dalia telah mengejutkan ramai apabila mengeluarkan single terbaharu yang bertajuk Langit Yang Sama.
Menerusi temubual bersama gempak.com, Dalia menyatakan bahawa lagi ini terinspirasi apabila beliau melihat bulan dan tidak berkaitan dengan sesiapa.
Secara ringkasnya, lagu ini adalah berkisarkan tentang harapan yang masih disimpan namun tidak sanggup untuk dilepaskan.
Lagu ini adalah hasil ciptaan Dalia sendiri di dan dikeluarkan oleh XO House Sdn Bhd. Ia sedia untuk didengarkan menerusi semua platform streaming termasuk muzik videonya pada 10 Februari 2023.
Lebih menarik lagi, penyanyi yang berbakat bermain keyboard ini telah juga mengarahkan sendiri muzik video lagu tersebut.
Komposer : Dalia Farhana
Penulis Lirik : Dalia Farhana
Produser : Amir Firdaus
Lirik Lagu Langit Yang Sama
Ayuh kita hayati lirik bagi lagu ini
Ku putar mesin waktu
Ke saat kita masih tertawa
Ku terus hentikan pita
Seakan bisa kembali lagi
Ku ditemani bintang dan rintik rintik hujan
Kau ditemani dia yang mampu mengganti
Tempat ku yang kau simpan
Masih di bawah langit yang sama
Tetap merenung bulan yang sama
Walau menatap langit yang lama
Namun kita tak lagi berdua
Masih berharap aku kau cinta
Tetap membawa harapan kita
Walau berharap seberapa lama
Nyatanya kita tak lagi sama
Angin bertiup kencang
Lalu malam mendakap tubuhku
Lemas aku tenggelam
Dalam angan aku terjatuh
Ku ditemani bintang dan rintik rintik hujan
Kau ditemani dia yang mampu mengganti
Tempat ku yang kau simpan
Masih di bawah langit yang sama
Tetap merenung bulan yang sama
Walau menatap langit yang lama
Namun kita tak lagi berdua
Masih berharap aku kau cinta
Tetap membawa harapan kita
Walau berharap seberapa lama
Nyatanya kita tak lagi sama
Andai saja mesin waktu dapat kembalikan
Kita yang dulu
Hakikatnya tidak mampu aku
Masih di bawah langit yang sama
Tetap merenung bulan yang sama
Walau menatap langit yang lama
Namun kita tak lagi berdua
Masih berharap aku kau cinta
Tetap membawa harapan kita
Walau berharap seberapa lama
Nyatanya kita tak lagi sama
Tak lagi sama
Masih di bawah langit yang sama
Muzik Video Langit Yang Sama
Jom kita saksikan muzik video rasmi bagi lagu ini :
Kehadiran penyanyi muda seperti Dalia Farhana dalam industri muzik membuktikan bahawa Malaysia tidak pernah kehabisan bakat baharu.
Sebaliknya, terdapat ramai lagi generasi baharu yang berbakat untuk menjadi pelapis dalam industri muzik tanah air.
Baca Juga : Biodata Aina Abdul : Profil & Pencapaian Dalam Industri Muzik