Biodata Aina Abdul : Profil & Pencapaian Dalam Industri Muzik
Biodata Aina Abdul
Kebolehan Aina Abdul dalam bidang nyanyian tidak perlu dipertikaikan. Maka, tidak salah lagi untuk orang ramai meramal kemenangan beliau dalam AJL 37 yang berlangsung pada 12 Februari lalu.
Penyanyi yang sering tampil dengan fesyen memukau dan eksotik ini juga berbakat dalam mencipta lagu.
Beliau dikhabarkan telah mencipta sebanyak 50 lagu dan bersedia untuk menawarkan khidmat sebagai komposer.
Dengan kemenangan besar pada AJL 37 tempoh hari, ramai menantikan perkembangan serta kejutan yang bakal Aina tampilkan pada masa akan datang.
Jom kita kenali pemilik lagu Terus Hidup ini dengan menyemak biodata Aina Abdul serta pencapaiannya dalam industri nyanyian.
Baca Juga : Biodata Sissy Imann, Penyanyi dan Pelakon Berbakat Besar
Biodata Aina Abdul
Nama Penuh : Nurul Aina binti Abdul Ghani
Nama Pentas : Aina Abdul
Ibu & Bapa : Abdul Ghani Abdullah dan Zaini Abdullah
Tarikh Lahir : 30 (2023)
Umur : 25 Oktober 1993
Asal : Negeri Sembilan
Pendidikan : Universiti UCSI, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (Ijazah Sarjana Muda Muzik Kontemporari)
Pencapaian
- Tempat Pertama / Juara AJL 37 – Lagu Terus Hidup
- Vokal Terbaik AJL 37
- Vokal Terbaik AJL 36
- Penyanyi Pilihan Popular OPPO AJL 36
- Naib Juara AJL 35 – Lagu Semalam
- Juara The Masked Singer Musim Pertama
- Juara Idol Pertama Vokal Mania 2020
- Naib Juara Mentor Legend 2014
- Juara Grand Senior Vocalist Champion of The World Category di World Championships of Performing Arts (WCOPA) di Hollywood (2014)
- Juara Golden Voice of MBPJ (2012)
- Tempat ke-2 Bintang Idola Berita Harian (2011)
- Finalis Irama 1 Malaysia RTM (2010)
- Metro Idol 2010
- Bintang Remaja RTM
Perjalanan Karier Aina Abdul
Penyertaan Aina dalam Mentor Legend pada tahun 2014 menjadi batu loncatan untuk beliau menceburkan diri secara rasmi dalam industri muzik.
Berkat kesungguhannya, beliau berjaya dinobatkan sebagai Naib Juara dalam rancangan realiti tersebut.
Anak didik ratu rock Ella ini kemudiannya mengeluarkan single sulung berjudul Ini Yang Kau Mahu pada tahun 2015.
Banyak lagu hits daripada Aina Abdul yang menjadi siulan ramai antaranya Sumpah, Sepi, Nafas Cinta (ft Khai Bahar), Kasih Merintih dan Terus Hidup.
Bagi mengubati kerinduan peminat, beliau baru melancarkan single terbaharu dalam Bahasa Inggeris yang berjudul Shoot.
Atas sambutan yang sangat menggalakkan, Aina juga dikatakan sedang merancang untuk adakan konsert ketiganya, A Night With Aina Abdul 3.0 dalam masa terdekat.
Ramai yang mengenali Aina sebagai penyanyi, namun tahukah anda yang gadis berbakat ini juga pernah membintangi drama di Slot Akasia TV3? Aina Abdul pernah berlakon dalam drama bersiri Seindah Takdir Cinta pada tahun 2016.
Aina juga mempunyai kelab peminat bernama ‘Aination’ yang menyokong penuh kariernya.
Untuk ketahui perkembangan serta aktiviti terkini Aina Abdul, sila ikuti laman Instagramnya di @ainaabdul