iPINJAM :Pinjaman Pendidikan SPPNK Tahun 2022 Online

Sukacita dimaklumkan bagi anak kelahiran Kedah yang memerlukan Pinjaman Pendidikan SPPNK Tahun 2022. Permohonan online melalui portal sistem iPINJAM boleh dibuat mulai 18 Ogos 2022 (Khamis) sehingga 2 Oktober 2022 (Ahad). Untuk makluman, Seksyen Pembiayaan Pendidikan Negeri Kedah menawarkan pinjaman pendidikan ini khas untuk anak Kedah yang menerima tawaran untuk melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda di Institut Pengajian Tinggi (IPT) Awam dan Swasta di dalam negara.

Tarikh Permohonan

Permohonan dibuka mulai 18 Ogos 2022 (Khamis) sehingga 2 Oktober 2022 (Ahad)

Kadar Pinjaman Pendidikan SPPNK Tahun 2022

Kadar pinjaman adalah sebanyak RM6,500.00 setahun (RM7,500.00 setahun bagi pengajian di UniSHAMS) dan pinjaman disalurkan terus kepada akaun pelajar setiap semester.

Tawaran Pinjaman Pendidikan SPPNK

pinjaman pendidikan sppnk tahun 2022_1
  • Pinjaman pendidikan Seksyen Pembiayaan Pendidikan Negeri Kedah merupakan bantuan pinjaman kewangan yang ditawarkan kepada pelajar anak-anak Kedah yang berkelayakan bagi melanjutkan pelajaran ke peringkat Ijazah Sarjana Muda Sepenuh Masa di IPTA dan IPTS terpilih dalam negara. 
  • Kadar pinjaman adalah sebanyak RM6,500.00 SETAHUN (RM7,500.00 SETAHUN BAGI PENGAJIAN DI UNISHAMS) dan pinjaman disalurkan terus kepada akaun pelajar setiap semester.
  • Bayaran balik pinjaman pendidikan bermula DUA BELAS (12) BULAN SELEPAS PELAJAR MENAMATKAN PENGAJIAN. (Seperti dalam Surat Tawaran IPT dan dokumen Perjanjian Pinjaman) 
  • Peminjam serta Penjamin adalah bertanggungjawab untuk membuat bayaran balik pinjaman pendidikan berdasarkan jumlah keseluruhan pinjaman yang telah diterima seperti di dalam dokumen perjanjian berserta CAJ PERKHIDMATAN 2% SETAHUN ke atas baki keseluruhan pinjaman terkini setiap bulan. 

Syarat Permohonan Pinjaman Pendidikan SPPNK

  • Pemohon atau Ibu atau Bapa lahir di Kedah serta warganegara Malaysia dan pemohon mestilah bermastautin dan menetap di Kedah.
  • Pemohon telah menerima surat tawaran melanjutkan pelajaran ke peringkat Ijazah Sarjana Muda Sepenuh Masa Dalam Negara di IPTA dan IPTS (yang terpilih sahaja) serta telah membuat Bayaran Pendaftaran Awal Pengajian.
  • Terbuka untuk pelajar Semester Pertama Kemasukan Baharu ke IPT Tahun 2022 sahaja.
  • Ibu/Bapa/Penjaga tidak disenarai hitam/dalam tindakan undang-undang oleh SPPNK.
  • Pemohon tidak menerima bantuan kewangan atau tajaan dari mana-mana agensi.
  • Pemohon mempunyai kesihatan yang baik.

Senarai IPT Yang Ditawarkan Pinjaman Pendidikan SPPNK Tahun 2022

Berikut disertakan senarai IPT tempat pengajian yang layak untuk dipertimbangkan;

  • Ijazah Pertama (Sarjana Muda) di Semua Universiti Awam Tempatan
  • Ijazah Pertama (Sarjana Muda) di Institut Pengajian Tinggi Swasta seperti di bawah:-
    • Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (UniSHAMS)
    • Asian Institute of Medicine
      Science and Technology (AIMST)
    • Kolej Universiti Islam Melaka (KUIM)
    • Universiti Tun Abdul Razak (UNIRAZAK)
    • TATI University College and Terengganu Advanced Technical Institute
    • Universiti Selangor (UNISEL) dan
    • Institut Pertanian, Jabatan Pertanian Malaysia sahaja.

Dokumen Sokongan

Dokumen sokongan yang DISAHKAN oleh Pegawai Kerajaan Kumpulan Pengurusan dan Profesional yang diperlukan semasa mengisi permohonan dan PERLU DIMUATNAIK ke dalam Sistem iPINJAM SPPNK adalah seperti berikut:

  • a) Salinan Kad Pengenalan Pemohon;
  • b) Salinan Sijil Kelahiran Pemohon;
  • c) Salinan Sijil Kelahiran Ibu/ Bapa/ Penjaga (sekiranya pemohon tidak lahir di Negeri Kedah);
  • d) Salinan Kad Pengenalan Ibu/ Penjaga;
  • e) Salinan Kad Pengenalan Bapa/ Penjaga;
  • f) Salinan Slip Gaji Ibu/ Bapa/ Penjaga;
  • (Slip Gaji/ Penyata Pesara/ Borang Pengesahan Pendapatan (BPPSPPNK/07)
  • g) Salinan Sijil SPM/ SPMV;
  • h) Salinan Sijil STPM/ STAM/ Matrikulasi/ Asasi/ Sijil/ Diploma (jika ada);
  • i) Salinan Sijil Berhenti Sekolah;
  • j) Salinan Sijil Kokurikulum (pencapaian tertinggi sahaja);
  • k) Salinan Surat Tawaran Pengajian daripada Institusi Pengajian Tinggi (IPT);
  • l) Salinan Resit Bayaran Pendaftaran Kemasukan ke IPT;
  • m) Salinan Bil Utiliti (Elektrik/ Air/ Astro/ Indah Water);
  • n) Gambar Berwarna Berukuran Pasport ;
  • o) Borang Pengesahan Bermastautin oleh Penghulu Mukim Negeri Kedah

Cara Permohonan Pinjaman Pendidikan SPPNK

Secara dalam talian melalui pautan https://sppnk.kedah.gov.my/ipinjam

Pinjaman Pendidikan SPPNK Tahun 2022 Semakan

  • Semakan keputusan boleh dibuat bermula  Oktober 2022 melalui Sistem iPINJAM (tarikh akan dimaklumkan kelak)
  • Log masuk Sistem iPINJAM
  • Klik Semakan Permohonan Pinjaman
  • Status Permohonan

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut dan juga pertanyaan , anda boleh hubungi;

Soalan Lazim F.A.Q

Saya ingin melanjutkan pengajian ke peringkat Sijil/Matrikulasi/Asasi/Diploma, adakah saya layak memohon?

Tidak.

Saya sedang mengikuti pengajian secara separuh masa/jarak jauh, adakah saya layak memohon?

Tidak.

Saya merupakan peminjam PTPTN untuk pengajian sekarang. Bolehkah saya memohon pinjaman SPPNK?

Pemohon perlu menamatkan perjanjian dengan PTPTN terlebih dahulu sekiranya berhasrat untuk membuat permohonan pinjaman SPPNK.

SPPNK akan membuat semakan dengan pihak PTPTN serta pihak IPT sebelum meluluskan permohonan pinjaman pendidikan pelajar baharu.

Bilakah keputusan permohonan pinjaman akan dikeluarkan?

Keputusan permohonan boleh disemak dari masa ke semasa di portal. Pemohon yang LULUS  perlu memuat turun dokumen dan hantar semula ke SPPNK pada tarikh yang akan diumumkan.

Sekiranya saya berjaya dalam permohonan pinjaman SPPNK, bilakah bayaran akan dikreditkan?

Pemohon akan dimaklumkan selewat-lewatnya 7 hari bekerja selepas diputuskan oleh Jawatankuasa Pemilihan Pelajar.

Bayaran akan dikreditkan kepada pemohon yang berjaya dalam tempoh 14 hari bekerja selepas semua dokumen perjanjian dan dokumen sokongan lengkap diterima. 

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!