Semakan Keputusan SPM 2022

Untuk makluman, calon yang telah mengambil peperiksaan SPM pada tahun 2022 akan menerima keputusan pada 8 Jun 2023 iaitu pada hari Khamis.

Berdasarkan perkongsian daripada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), seramai 403,637 orang calon telah mendaftar untuk menduduki peperiksaan SPM tahun 2022 di 3,355 buah puast peperiksaan di seluruh negara dan seramai 131,318 petugas peperiksaan telah dilantik bagi keseluruhan peperiksaan ini.

Calon boleh mendapatkan keputusan SPM di sekolah masing-masing mulai pukul 10.00 pagi.

Keputusan boleh disemak secara atas talian tanpa calon hadir ke sekolah. Namun, harus diingat bahawa sistem tersebut adalah untuk semakan sahaja. Tiada fungsi cetakan slip keputusan peperiksaan disediakan secara atas talian.

Untuk mendapatkan slip keputusan peperiksaan, calon masih perlu hadir ke sekolah.

Berikut dikongsikan dengan lebih lanjut mengenai semakan dan tarikh pengumuman keputusan SPM 2022 bagi tahun 2023 ini.

Baca Juga : Permohonan UPUOnline Fasa 2 (Sesi Akademik 2023/2024)

Tarikh Pengumuman Bagi Semakan Keputusan SPM 2022/2023

Tarikh keputusan SPM bagi calon yang telah menduduki peperiksaan 2022 akan diumumkan pada 8 Jun 2023.

Berikut dilampirkan kenyataan daripada Kementerian Pendidikan Malaysia

Keputusan SPM 2022
Keputusan SPM 2022

Cara Semakan Keputusan SPM

Untuk makluman, calon boleh membuat semakan keputusan SPM menerusi kaedah berikut :

Kaedah 1 : Semakan di Sekolah

  • Para calon boleh mendapatkan keputusan peperiksaan SPM daripada sekolah masing-masing mulai pukul 10.00 pada 8 Jun 2023.
  • Untuk calon persendirian, slip keputusan SPM akan dihantar melalui pos pada 8 Jun 2023.

Kaedah 2 : Semakan Secara Online (Atas Talian)

Calon boleh membuat semakan result SPM di pautan https://myresultspm.moe.gov.my/ bermula pada jam 10.00 pagi pada 8 Jun 2023 dan/atau;

Kaedah 3 : Semakan Melalui SMS

Calon juga mempunyai pilihan untuk membuat semakan melalui SMS dengan menaip SPMNoKPAngkaGiliran dan hantar ke 15888.

Sistem ini akan diaktifkan mulai pukul 10.00 pagi pada 8 Jun 2023 sehingga pukul 6.00 petang pada 14 Jun 2023.

Semakan Semula Keputusan SPM

Sistem ELP hanya dibuka kepada calon yang ingin membuat semakan semula keputusan SPM.

Untuk makluman, semakan semula keputusan peperiksaan akan dicaj sebanyak RM 100 bagi setiap mata pelajaran.

Tempoh permohonan bagi semakan dibuka 30 hari bermula tarikh pengumuman keputusan.

Cara Mohon Semakan Semula Keputusan SPM

Terdapat 2 kaedah untuk membuat semakan semula keputusan SPM seperti berikut :

Permohonan Secara Online

  1. Layari Portal e-Lembaga Peperiksaan di pautan https://elp.moe.gov.my/
  2. Tempoh permohonan dibuka 30 hari bermula tarikh pengumuman keputusan
  3. Caj RM100.00 dikenakan bagi setiap mata pelajaran
  4. Sila isikan borang permohonan secara online.

Permohonan Secara Manual

  • Sekiranya calon ingin membuat permohonan secara manual, maka permohonan mestilah menggunakan Borang Permohonan Penyemakan Semula Keputusan Peperiksaan/Kes T (LP/Am 65 Pin. 1/2020).
  • Borang ini boleh didapati disekolah, Sektor/Unit Penilaian Dan Peperiksaan, Jabatan Pendidikan Negeri, Kaunter Semak Semula Lembaga Peperiksaan Putrajaya atau di portal rasmi Lembaga Peperiksaan.
  • Borang Permohonan yang telah lengkap diisi oleh pelajar ataupun ibubapa, ia perlu disertakan dengan satu (1) salinan keratan keputusan peperiksaan SPM 2022 dan sijil/pernyataan pelaksanaan pentaksiran berasaskan sekolah yang telah disahkan oleh Pengetua Sekolah atau Pegawai Kerajaan Kumpulan A.
  • Kadar bayaran yang akan dikenakan untuk pemprosesan penyemakan semula keputusan peperiksaan SPM adalah sebanyak RM100.00 bagi setiap satu mata pelajaran.

Kaedah Bayaran

Kaedah bayaran untuk tujuan pemprosesan adalah seperti berikut:

1. Bagi Permohonan Melalui Pos

  • Pembayaran hendaklah menggunakan Wang Pos/Kiriman Wang/Bank Draf yang ditulis atas nama AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA.
  • Kokotkan Wang Pos/Kiriman Wang/Bank Draf pada Borang Permohonan Penyemakan Semula Keputusan Peperiksaan/Kes T (LP/Am 65 Pin. 1/2020) supaya tidak tercicir.
  • Cek persendirian tidak diterima sama sekali.

2. Bagi Permohonan Yang dilakukan melalui Kaunter Lembaga Peperiksaan

  • Pembayaran hendaklah menggunakan Wang Pos/Kiriman Wang/Bank Draf yang ditulis atas nama AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA.
  • Pembayaran menggunakan wang tunai juga akan diterima.

3. Cek persendirian tidak akan diterima sama sekali.

Keputusan Permohonan Bagi Semakan Semula

Keputusan permohonan bagi semakan semula keputusan SPM akan dimaklumkan menerusi surat rasmi dalam tempoh dua (2) bulan dari tarikh tutup permohonan.

Keputusan Semak Semula adalah muktamad dan sebarang rayuan tidak akan dilayan.

Untuk maklumat lanjut mengenai semakan keputusan SPM, sila hubungi saluran berikut :

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!