Jawatan Kosong Prasarana 2022 Bagi Graduan Diploma & Sarjana Muda

 Cara Mohon Jawatan Kosong Prasarana 2022 bagi Graduan Diploma & Sarjana Muda ~ Artikel ini akan berkongsikan kaedah memohon jawatan kosong bagi syarikat Prasarana iaitu syarikat pengangkutan awam di Kuala Lumpur dan Pulau Pinang.

Jawatan Kosong Prasarana 2022

Antara jawatan kosong yang ditawarkan di Prasarana ialah :

  • Associate
  • Station Officer (Pegawai Stesen)
  • Technician (Juruteknik)

Baca Juga : TM ELIT : Tawaran Latihan Kerja di TM Untuk Graduan Ambilan Mac 2022

Syarat Kelayakan Jawatan

Calon yang ingin memohon perlulah menepati syarat-syarat yang telah digariskan seperti berikut :

  • Minima kelayakan Ijazah Sarjana Muda dengan keputusan CGPA 2.5 dan ke atas
  • Mampu berkomunikasi dan menulis dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris
  • Mempunyai sikap yang baik dan semangat kerja untuk mencapai matlamat

Calon dengan kelulusan berikut digalakan untuk memohon :

  • Engineering (Mechanical/ Electrical / Automotive / Information Techonology / Civil Engineering or Architecture)
  • Business (Business Studies / Business Admin / Law / Internal Audit / Transportation / Logistics)
  • Safety, Health & Environment

Station Officer (Pegawai Stesen)

Calon yang berminat untuk memohon jawatan Station perlulah menepati kriteria seperti berikut :

  • Minima kelulusan Diploma dalam pelbagai bidang
  • Berumur 21 hingga 35 tahun
  • Mempunyai kemahiran interpersonal yang baik
  • Mempunyai sikat yang mesra dan menarik
  • Berkemahiran yang baik dalam perkhidmatan pelanggan
jawatan kosong prasarana

Technician (Juruteknik)

Minima kelayakan Diploma dalam Engineering of Mechanical / Mechatronic / Civil / Electronic / Electrical / Power (sijil pengiktirafan AO / A1 / A4 adalah satu kelebihan) atau ;

  • Diploma Vokasional dalam bidang berkaitan
  • Biasa dengan peraturan kejuruteraan am (general engineering regulation) dan prosedur keselamatan (safety procedure)
  • Biasa dengan amalan standard keselamatan Electrical Act & DOSH
  • Berpengalaman dalam menguji dan penyelenggaraan barangan elektrik dan jentera
jawatan kosong prasarana

BIDANG TUGAS


Bidang tugas bagi setiap jawatan adalah seperti berikut :

Associate

Melaksanakan pelbagai tugas dan tugasan seperti sediakan laporan, menjejaki dokumen penting, mengendalikan pelbagai tugas pejabat dan banyak lagi.

Station Officer (Pegawai Stesen)

Menyediakan sokongan perkhidmatan pelanggan yang cemerlang kepada penumpang dan kakitangan berkaitan kemudahan stesen, keselamatan, kebersihan, tindak balas kecemasan dan bantuan serta sebarang tugas lain yang berkaitan.

Technician (Juruteknik)

Melaksanakan pelbagai tugas penyelenggaraan dan bertanggungjawab untuk pemeriksaan, penyelenggaraan dan pembaikan peralatan bergantung keperluan semasa.

Cara Mohon Jawatan Kosong Prasarana

Pemohon yang berminat dan berkelayakan boleh kemukakan permohonan secara atas talian melalui pautan berikut :

MOHON JAWATAN KOSONG PRASARANA

Maklumat Lanjut

Untuk keterangan lanjut mengenai pengambilan jawatan kosong di Prasarana, sila hubungi Shaifful Fizal di talian 03 2299 1999 atau Muhammad Nabil Faiq di talian 03 2299 1999.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!