Program GEMS PTPTN : Tawaran Graduan Menjadi Ejen PTPTN RM400 Sebulan

Pendaftaran Program GEMS PTPTN atau Graduate Executive Marketer For Simpan SSPN Plus (GEMS) kini dibuka. Program ini khusus untuk peminjam PTPTN yang bergraduat pada tahun 2019 dan 2020 yang masih belum mendapat perkerjaan dan berminat  dalam ilmu keusahawanan dan pemasaran digital disamping menjana pendapatan.

Peserta Program GEMS akan menerima elaun dan komisen dengan mempromosi dan memasarkan produk Simpan SSPN Plus

Daftar sekarang selewat-lewatnya 21 Jun 2022

 

Apa Itu Program GEMS  PTPN ~ Graduate Executive Marketer For Simpan SSPN Plus

program gems ptptn

Ianya merupakan salah satu inisiatif PTPTN untuk memberi peluang kepada peminjam yang bergraduat pada tahun 2019 dan 2020 yang belum mendapat pekerjaan dan berminat mempraktikkan ilmu keusahawanan disamping dapat menjana pendapatan.

Hanya peminjam yang terpilih akan menerima emel pencalonan awal sebagai peserta untuk menyertai Program GEMS berdasarkan data dan kriteria yang ditetapkan. Peserta dikehendaki untuk membuat pra-pendaftaran pada pautan emel pencalonan tersebut.

Sebagai peserta GEMS, peserta akan menerima elaun dan komisen dengan mempromosi dan memasarkan produk Simpan SSPN Plus. Peserta GEMS turut diberi latihan intensif mengikut modul yang disediakan beserta bimbingan dan tunjuk ajar oleh pegawai PTPTN. Sekiranya peserta GEMS memperolehi tawaran pekerjaan yang lain semasa program ini berjalan, mereka masih boleh terus menjadi peserta GEMS secara sambilan.

Baca juga : Cara Mohon PTPTN Untuk Pelajar IPTA, IPTS dan Politeknik 2022

Kelebihan Program GEMS

  1. Perlindungan takaful berkelompok percuma (untuk tempoh 12 bulan);
  2. Berpeluang menerima komisen lumayan;
  3. Tanpa modal perniagaan;
  4. Waktu kerja fleksibel;
  5. Sokongan pemasaran berterusan;
  6. Latihan/bimbingan diberikan;
  7. Sijil boleh digunakan memohon MicroCredential jika peserta menyambung pengajian ke peringkat Sarjana di mana-mana IPTA.
  8. Pasaran luas tanpa sempadan;
  9. Tidak melibatkan transaksi tunai;
  10. Produk Simpan SSPN Plus telah dikenali; dan
  11. Produk patuh Syariah.

 

Syarat-Syarat Kelayakan

  1. Warganegara Malaysia;
  2. Berumur 18 tahun dan ke atas;
  3. Lepasan Ijazah Sarjana Muda (Aliran Sastera) bergraduat tahun 2019 dan 2020 ;
  4. Merupakan peminjam PTPTN;
  5. Berstatus Tamat Pengajian dalam rekod PTPTN dan bayaran balik pinjaman;
  6. Mempunyai minat yang tinggi dalam bidang pemasaran digital dan aktif menggunakan media sosial; dan
  7. Tidak berstatus muflis.

 

Cara Pendaftaran

Pendaftaran untuk menyertai program ini boleh dibuat menerusi langkah-langkah berikut:

  1. Layari laman web PTPTN iaitu https://www.ptptn.gov.my/gems/index.
  2. Masukkan no kad pengenalan.
  3. Klik butang “Log Masuk.”
  4. Ikut arahan dan lengkapkan maklumat pendaftaran.

Maklumat Lanjut

Info lanjut mengenai Program GEMS, sila layari laman web https://www.ptptn.gov.my/gems/index.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!