Program Latihan Kemahiran Akademi Binaan Malaysia Tajaan MAIDAM
Sukacita dimaklumkan tawaran menyertai Program latihan kemahiran di Akademi Binaan Malaysia tajaan MAIDAM kini dibuka. Program yang ditawarkan adalah Scaffolding Erection dengan kerjasama Akademi Binaan Malaysia (Wilayah Timur).
Tawaran ini dibuka untuk anak-anak asnaf Terengganu berumur 18 -35 tahun, mempunyai kelulusan SPM atau pengajian peringkat menegah dan sihat tubuh badan. Permohonan boleh dibuat sebelum tarikh tutup permohonan pada 11 oktober 2022
Dalam memastikan pendidikan anak-anak asnaf terjamin, Yayasan Pendidikan MAIDAM (YPM) telah memperkenalkan beberapa latihan atau program khusus untuk mereka
Objektif utama untk anak-anak asnaf diperkenalkan adalah bagi melatih anak-anak asnaf yang kurang berjaya dalam akedemik agar dapat menguasai bidang-bidang kemahiran yang memungkinkan mereka dapat berdikari suatu hari nanti
Selain itu kursus ini diperkenalkan untuk membina jati diri anak-anak asnaf agar berusaha untuk mengubah nasib keluarga mereka kepada yang lebih baik
Syarat-Syarat Kemasukan
- Calon perlulah menepati syarat-syarat kelayakan seperti berikut :
- Merupakan rakyat negeri Terengganu
- Berumur antara 18 hingga 35 tahun
- Mempunyai kelulusan SPM atau pengajian peringkat Menengah
- Sihat tubuh badan
Kelebihan Menyertai Program Latihan Kemahiran Akademi Binaan Malaysia MAIDAM
- Pengajian yang selama 4 bulan
- Program ditanggung sepenuhnya oleh MAIDAM
- Elain bulanan diberikan
- Penginapan disediakan
- Makan dan minum ditanggung sepenuhnya
- Peserta bakal diberikan kad hijau/OGSP
Cara Permohonan
- Borang permohonan boleh di dapati pada pautan berikut https://ypmaidam.my/2022/06/22/bantuan-anak-asnaf/
- Borang permohonan dan salinan dokumen perlulah dihantar ke ;
Yayasan Pendidikan MAIDAM
Lot 9 & 10, Tingkat 1, Bazar MAIDAM,
Jalan Masjid Abidin, 20100 Kuala Terengganu,
Terengganu Darul Iman.
Tel : 09-622 5600 / 09-622 3500
Dokumen Yang Perlu Disertakan
- Salinan kad pengenalan pemohon, ibu dan bapa serta anak-anak dalam tanggungan/penjaga
- Salinan sijil-sijil akademik (SPM/STAM/STPM dan lain-lain)
- Salinan slip gaji atau akuan pendapatan ibu dan bapa/penjaga/sendiri
- Salinan sijil kematian/penceraian (jika berkaitan)
- Surat bermastautin bagi kelahiran luar negeri terengganu
- Lain-lain dokumen yang berkaitan
Maklumat Lanjut
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai Program Latihan Kemahiran Akademi Binaan Malaysia MAIDAM, anda boleh layari website https://ypmaidam.my/ atau hubungi ;
- Telefon : 09-6223500 / 09-6225600
- Email : [email protected] / [email protected]