Biasiswa Yayasan Tan Sri Lee Shin Cheng 2022

Sukacita dimakumkan pelajar yang mendapat tawaran pengajian Ijazah Sarjana Muda, boleh memohon biasiswa Yayasan Tan Sri Lee Shin Cheng 2022.

Biasiswa ini terbuka kepada pelajar yang telah mendapat kemasukan ke pengajian sarjana muda sepenuh masa di universiti awam atau swasta di Malaysia dan yang memerlukan bantuan kewangan untuk melanjutkan pengajian

Tarikh tutup permohonan adalah pada 31 Julai 2022.

Apakah Biasiswa Yayasan Tan Sri Lee Shin Cheng ?

Biasiswa Yayasan Tan Sri Lee Shin Cheng 2022

Sejak 1998, Yayasan Tan Sri Lee Shin Cheng di bawah Kumpulan IOI telah menganugerahkan lebih RM7.7 juta kepada lebih 300 pelajar. Yayasan Tan Sri Lee Shin Cheng berhasrat untuk menggalakkan, menyokong dan melabur dalam pendidikan tinggi untuk belia Malaysia yang berkelayakan, menyumbang ke arah pemupukan bakat di negara ini.

YTSLSC telah menawarkan biasiswa kepada pelajar cemerlang akademik yang mengikuti pengajian sarjana muda sepenuh masa di institusi pengajian tinggi tempatan di Malaysia. Semasa mengikuti kursus masing-masing, para pelajar akan menjalani latihan praktikal atau amali berkaitan dengan pekerjaan masa depan mereka. Selepas tamat pengajian, mereka diberikan peluang kerjaya dalam Kumpulan IOI, memperoleh pengalaman profesional dan meningkatkan kemahiran mereka dalam menerajui perbadanan global

Tarikkh Tutup Permohonan

Bagi anda yang berminat, sila isi borang dan hantarkan permohonan anda sebelum tarikh tutup permohonan pada 31 Julai 2022

Kadar Biasiswa Yayasan Tan Sri Lee Shin Cheng

Jumlah bayaran biasiswa meliputi yuran pengajian dan kos sara hidup.

Bidang Pengajian Yang Ditaja

Untuk makluman, hanya bidang pengajian seperti berikut sahaja yang layak untuk dipertimbangkan mendapatkan tajaan biasiswa ini

  • Kejuruteraan (Mekanikal / Elektrik & Elektronik / Elektrik & Instrumen / Kimia / Mekatronik)
  • Kimia / Teknologi Makanan
  • Sains Komputer / Teknologi Maklumat
  • Kejuruteraan Pertanian / Pengurusan Perladangan
  • Sains Persekitaran
  • Perakaunan / Kewangan

Syarat Permohonan

  • Warganegara Malaysia.
  • Terbuka kepada pelajar yang akan menjalankan atau yang sedang mengikuti kursus ijazah sarjana muda di mana-mana Universiti/Kolej Awam atau Swasta yang berpusat di Malaysia.
  • Mesti telah mendapat penempatan yang disahkan daripada institusi pengajian tinggi.
  • Mencapai keperluan akademik minimum seperti yang dinyatakan dalam laman web kami.
    • Peringkat STPM/A – minimum 2A
    • Peperiksaan Bersepadu Sekolah Cina (UEC-SM3)
    • Asasi – PNGK minimum 3.5
    • TER Australia – minimum 90.0
    • Pelajar tahun pertama/Kedua mesti mempunyai PNGK semasa sekurang-kurangnya 3.3,
    • Kepujian Kelas Kedua Atas atau setaraf.
  • Mempunyai pencapaian kokurikulum yang cemerlang dan kualiti kepimpinan.
  • Tidak memegang sebarang biasiswa/pinjaman lain yang memerlukan ikatan.
  • Bersedia untuk berkhidmat dengan syarikat IOI Group untuk tempoh tertentu selepas berjaya menamatkan pengajian

Cara Mohon Biasiswa Yayasan Tan Sri Lee Shin Cheng

Permohonan boleh dibuat secara online menerusi pautan berikut https://yayasan.ioigroup.com/scholarship_online

Permohonan Manual

  • Untuk permohonan manual, anda boleh download borang permohonan seperti berikut
  • Borang yang lengkap diisi mestilah dihantar dan sampai ke alamat berikut sebelum tarikh tutup permohonan ;

Sekretariat – Biasiswa Ijazah Sarjana Muda
Yayasan Tan Sri Lee Shin Cheng

Aras 29, IOI City Tower Two, Lebuh IRC, IOI Resort City, 62502 Putrajaya.

  • Calon akan menerima e-mel pengesahan sebaik sahaja permohonan diterima.
  • Sekiranya calon belum menerima menerima e-mel pengesahan atau menerima mesej ralat semasa/selepas menyerahkan permohonan anda, sila simpan tangkapan skrin halaman/mesej ralat dan hantar ke [email protected].

Semakan Status Permohonan

Calon akan disaring dan disenarai pendek dalam tempoh sebulan selepas tarikh tutup dan dimaklumkan melalui telefon dan emel untuk menghadiri sesi temuduga. 

Maklumat Lanjut

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai Biasiswa Yayasan Tan Sri Lee Shin Cheng, anda boleh terus emailkan ke [email protected] atau dihubungi di talian 03-8947 6605.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!