PLKN 3.0 : Pembaharuan Untuk Program Latihan Khidmat Negara

PLKN 3.0 : Pembaharuan Untuk Program Latihan Khidmat Negara

Baru-baru ini, kerajaan telah bersetuju untuk meneruskan Program Latihan Khidmat Negara (PKLN 3.0). Difahamkan bahawa pelbagai pembaharuan akan dilakukan.

Ingin tahu apa yang bakal menanti pelajar lepasan SPM dalam program PLKN nanti? Ayuh ikuti perkongsian kami untuk tahu dengan lebih lanjut.

Pengenalan

Program Latihan Khidmat Negara mula diperkenalkan pada Disember 2003 sebagai satu modul latihan yang meliputi modul fizikal, kenegaraan, pembinaan karakter serta khidmat komuniti dan bermatlamat untuk memperkasa jati diri generasi baharu Malaysia.

Kira-kira 24% daripada remaja warganegara Malaysia berusia 18 tahun akan dipilih untuk menjalani kursus latihan wajib di Pusat Latihan PLKN di serata negara.

Ia bermula apabila Jawatankuasa Kabinet dibentuk bagi mengkaji keperluan satu bentuk kerahan tenaga pada 30 Oktober 2002.

Istilah ‘kerahan tenaga’ ditukar kepada ‘Khidmat Negara’’ & J/K tersebut juga menubuhkan 4 J/K Kecil meliputi hal Kewangan, Kurikulum, Undang-Undang & Logistik bagi menyediakan perancangan & menyelaraskan keperluan pelaksanaan PLKN.

Kabinet pada 28 Mei 2003 telah meluluskan cadangan pelaksanaan PLKN, kemudian pada 25 Jun 2003, Dewan Rakyat meluluskan RUU Latihan Khidmat Negara & secara rasmi ia menjadi sebuah akta pada 7 Julai selepas diluluskan Dewan Negara.

Ia dilancarkan pada 16 Februari 2004, apabila 26,000 remaja dipilih sebagai kumpulan pertama untuk menyertai siri pertama PLKN, diikuti 59,000 lagi sebagai kumpulan ke-2 & ke-3 yang masing-masing memulakan latihan pada Mac & April 2004.

Program yang berdurasi selama tiga bulan ini merangkumi latihan asas Ketenteraan yang meliputi beberapa aspek iaitu kepimpinan, keyakinan, ketahanan diri, pembinaan kumpulan/pasukan, aktiviti asas kawad, abseiling, latihan pandu arah, merempuh halangan, pengenalan ikhtiar hidup, jungle trekking, menyeberang sungai dan pengenalan kepada senjata api.

Elemen Kenegaraan / Pembentukan Watak pula bakal melibatkan aktiviti keceriaan di pusat latihan, pengalaman di agensi awam, khidmat komuniti, kempen kitar semula, penghijauan bumi, gotong-royong, tunjuk ajar akademik, projek masyarakat desa, kajian kumpulan, pemulihan, pemahaman sosial tempatan, alam sekitar, menderma darah, taklimat kesihatan dan sebagainya.

PLKN pernah dihentikan selama setahun iaitu pada 2015 susulan langkah rasionalisasi perbelanjaan.

Bagaimanapun selepas 11 tahun, Najib Razak selaku perdana menteri ketika itu mengumumkan penangguhan pelaksanaan program ini untuk menjimatkan kira-kira RM400 juta ketika pengumuman semakan Belanjawan 2015 pada 20 Januari 2015.

Namun, ia telah diperkenalkan semula pada 2016 sebagai PLKN 2.0 dengan jumlah pelatih hanya kira-kira 20,000 setahun.

Pada 13 Ogos 2018, Mesyuarat Kabinet telah memutuskan untuk memansuhkan Program Latihan Khidmat Negara dan Biro Tatanegara (BTN) serta-merta.

Menteri Belia dan Sukan pada ketika itu, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata keputusan tersebut telah dipersetujui dalam mesyuarat kabinet minggu lalu setelah mengenalpasti dua program tersebut telah disalah guna bagi tujuan indoktrinasi fahaman tertentu.

Di samping itu, faktor lain yang turut membawa kepada pemansuhan PLKN adalah kerana ia melibatkan kos yang besar iaitu sekitar RM 700 juta setahun.

Pelaksanaan PLKN 3.0

PLKN 3.0 program khidmat negara
Sumber : Buletin TV3

PLKN 3.0 yang bakal dilaksanakan tak lama lagi difahamkan akan diadakan di kem tentera dan ia tidak akan mengambil masa lama seperti dahulu.

Untuk perlaksanaan kali ini, sebanyak 13 kem wataniah seluruh negara dan satu kem Pusat Latihan Polis (Pulapol) akan digunakan untuk latihan selama 45 hari. Program ini dianggarkan boleh menampung 4,000 orang untuk setahun.

PLKN 3.0 program khidmat negara

Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 akan menggunakan modul kombinasi latihan ala ketenteraan sebanyak 90% dan modul kenegaraan sebanyak 10% selain lokasi latihan yang akan menggunakan kem-kem latihan milik kerajaan seperti Kem Wataniah Angkatan Tentera Malaysia (ATM), kem latihan Polis DiRaja Malaysia (PDRM).

Perkara ini diumumkan oleh Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Hasan dalam Dewan Rakyat pada 9 Oktober 2023.

Sila rujuk video di bawah untuk maklumat lanjut.

Syarat Kemasukan PLKN 3.0

PLKN adalah diwajibkan untuk remaja lepasan SPM atau berumur 17 tahun.

Tarikh Pelaksanaan

Tarikh pelaksanaan bagi Program Latihan Khidmat Negara 3.0 belum diumumkan lagi. Namun, satu jawatankuasa khas telah ditubuhkan oleh Kementerian Pertahanan (Mindef) untuk mengkaji pelaksanaan semula PLKN ini tetapi dengan ‘template’ yang baru.

Maklumat Lanjut

Untuk keterangan lanjut dan perkembangan terkini mengenai pelaksanaan Program Latihan Khidmat Negara 3.0, sila ikuti saluran berikut :

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!