Diskaun Saman PDRM Ogos 2022 Sempena Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia Selangor

Tawaran 50% Diskaun Saman PDRM Ogos 2022 Sempena Program Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia. Program Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia 2022 yang bakal berlangsung pada 19 hingga 21 Ogos 2022 ini bertempat di Tapak Karnival Perkarangan Stadium Shah Alam.

Pihak Polis Diraja Malaysia menawarkan pengurangan bayaran saman trafik sehingga 50% bagi kesalahan terpilih bermula jam 9.00 pagi hingga 4.00 petang. Pembayaran boleh dibuat di Tapak Karnival Perkarangan Stadium Shah Alam dan Kaunter Bayaran Saman Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam.

Orang ramai, yang mempunyai saman tertunggak, jangan lepaskan peluang ini. Ayuh, ketahui lebih lanjut untuk mendapatkan manfaat daripada pengurangan saman ini!

Diskaun Saman PDRM Ogos 2022

diskaun saman pdrm ogos 2022_jelajah aspirasi keluarga malaysia 2022

Bayaran saman hanya boleh dilakukan di kaunter yang akan dibuka di tapak acara tersebut bermula jam 9.00 pagi hingga 4.00 petang.

Check Saman Trafik

Untuk melancarkan proses pembayaran saman, anda boleh check saman trafik anda dahulu secara online. Perkhidmatan digital terkini MyBayar Saman baru dilancarkan bertujuan memudahkan pengguna melakukan bayaran saman trafik dengan mudah terus kepada pihak PDRM secara atas talian (online).

Cara-cara membuat semakan saman di Portal MyBayar Saman adalah seperti berikut:

  1. Layari Portal MyBayarSaman : https://mybayar.rmp.gov.my
  2. Klik butang NEW USER SIGN UP untuk proses Pendaftaran.
  3. Isikan maklumat dan isi pengesahan OTP.Log masuk setelah selesai mendaftar.
  4. Buat Semakan Saman terlebih dahulu untuk mengetahui jumlah saman yang perlu dibayar.

50 % Diskaun Saman PDRM Ogos 2022

Untuk mendapatkan diskaun 50% , pembayaran hanya boleh dibuat di Tapak Karnival Perkarangan Stadium Shah Alam dan Kaunter Bayaran Saman Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam.

  • MANUAL DI KAUNTER
    • Bayaran di kaunter bermula jam 9.00 pagi hingga 4.00 petang.
    • Bermula 19 – 21 Ogos 2022 (3 hari sahaja)

NOTA:

Pengurangan Kompaun Tidak Ditawarkan Bagi Kesalahan berikut:

  1. Kemalangan
  2. Kesalahan yang dikategorikan tidak boleh kompaun
  3. Kesalahan yang berstatus perbicaraan
  4. Kesalahan berkaitan kenderaan berat
  5. Memotong secara berbahaya
  6. Menggunakan lorong kecemasan
  7. Tidak patuh isyarat lampu merah
  8. Memotong di barisan berkembar
  9. Kesalahan pengubahsuaian ekzos kenderaan

Bas Percuma Ke Lokasi Program

Sempena Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia Negeri Selangor, disediakan Perkhidmatan Bas Percuma SETIAP HARI SECARA PERCUMA ke lokasi program!

  • BAS SMART SELANGOR SA02
  • BAS SMART SELANGOR SA05
  • BAS RAPID KL PERCUMA
  • BAS SMART SELANGOR SA02 (Mulai 9.00 pagi hingga 9.00 malam) (Setiap 20 minit)

Jadual Perjalanan Bas Smart Selangor SA02

  •  Hentian Pusat Bandar Seksyen 14 -> Stadium Shah Alam -> Stesen KTM Batu Tiga

BAS SMART SELANGOR SA05 (Mulai 9.00 pagi hingga 9.00 malam) (Setiap 20 minit)

Jadual Perjalanan Bas Smart Selangor SA05

  •  Pasaraya Giant Seksyen 13 -> Stadium Shah Alam ->SJK(C) Subang, Seksyen U6

BAS RAPID KL PERCUMA (Mulai 9.00 pagi hingga 6.00 petang) (Setiap 1 jam)

  • LRT Glenmarie -> Stadium Shah Alam
  •  Hentian Pusat Bandar Seksyen 14 -> Stadium Shah Alam
  •  Stesen KTM Batu Tiga ->Stadium Shah Alam

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut mengenai 50% Diskaun Saman PDRM Ogos 2022 sempena Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia Selangor, sila rujuk maklumat terkini di facebook Polis Diraja Malaysia (Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik – JSPT)

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!