I Can See Your Voice Malaysia Musim 6 2023 Full Episode

Live I Can See Your Voice Malaysia Musim 6 2023 di TV3 setiap Ahad 9 malam. Bagi peminat rancangan hiburan bertemakan muzik misteri yang diambil dari format Korea Selatan dengan nama yang sama.

Rancangan I Can See Your Voice Malaysia live episode 1 bermula pada 4 Jun 2023.

Menampilkan Izzue Islam dan Shiha Zikir sebagai Pengacara I Can See Your Voice Malaysia Musim 6. Izzue Islam juga merupakan pengacara ican see your voice malaysia musim 5 bersama Ain Edruce.

Ujibakat I Can See Your Voice Malaysia Musim 6

Sesi uji bakat musim baharu di Sri Pentas, Bandar Utama, Petaling Jaya, selama tiga hari mulai 17 Mac lalu, menerima lebih daripada 700 penyertaan.

Format

i can see your voice malaysia musim 6

Rancangan hiburan berkonsepkan rancangan yang sama dari I Can See Your Voice Korea. ICSYVMY 6 akan bersiaran sebanyak 11 episod di pecahkan kepada 3 pusingan awal dan pusingan akhir. Dimana pada setiap episod akan teridiri terdiri daripada 6 peserta yang menyamar dan peserta yang merupakan penyanyi sebenar.

Setiap peserta akan diberikan dua identiti — sebagai penyanyi sebenar dan sebagai penyamar. Hanya satu daripadanya adalah identiti sebenar mereka

Panel penyiasat akan membantu artis jemputan untuk menemu ramah dan membuat penilaian kesemua 6 peserta setiap minggu

Kemudianya artis jemputan perlu mengenalpasti dan menyingkirkan siapakah peserta yang menyamar dan siapakah peserta yang merupakan penyanyi sebenar.

Bagi membantu panel penyiasat dan artis jemputan untuk mengenal pasti siapakah penyanyi sebenar dan siapa yang menyamar, setiap peserta akan melalui 3 pusingan

  1. Pusingan visual
    Setiap peserta diberi dua identiti berbeza — sebagai penyanyi sebenar dan sebagai penyamar. Hanya satu daripada mereka ialah identiti sebenar mereka.
  2. Pusingan lip sync
    Setiap peserta akan membuat persembahan lip sync. Dimana peserta akan membuat persembahan yang meniru gerak bibir suara selaras dengan rakaman penyanyi sebenar, kemudian rakaman suara penyamar akan datang di tengah-tengah persembahan.
  3. Pusingan raptai
    Tiga ahli panel rawak daripada barisan panel penyiasat akan memakai fon kepala selama 15 saat untuk mendengar rakaman penyanyi misteri. Selepas itu, ahli panel akan meneka dan mempertahankan siapakah penyanyi sebenar daripadakalangan 6 orang peserta dan meyakinkan artis jemputan untuk memilih mereka sebagai pemenang.

Sekiranya peserta yang mara ke pusingan akhir adalah penyamar, beliau bakal berpeluang memenangi hadiah wang tunai RM3,000.

Bagi pemenang setiap episod akan membawa pulang bekalan produk Cadbury selama setahun.

Bagi peserta yang merupakan penyanyi sebenar pula, beliau bakal berpeluang untuk merakamkan single bersama penyanyi popular tanah air.

Senarai Panel, Artis Jemputan dan Pengacara I Can See Your Voice Malaysia Musim 6

ICSYVMY 6 menampilkan sedikit kelainan di mana selain daripada penyiasat tetap, pada setiap minggu juga akan turut di hadiri oleh penyiasat undangan yang teridiri daripada pelbagai karater artis yang semestinya bakal meriuhkan dan memeriahkan lagi suasana pentas musim 6.

Pengacara I can see your voice Malaysia Musim 6

  • Izzue Islam
  • Shiha Zikir

Panel Penyiasat Tetap

  • Jihan Muse
  • Khir Rahman
  • Baby Shima dan
  • Ropie

Panel Penyiasat Jemputan

  • Nadia Brian, Jiggy Masin -Episod 1
  • Bell Ngasri, Maryam Younarae (Duriankimchi) -Episod 2
  • Roy Azman, Mek Yun -Episod 3
  • Cik B, Yusof Hashim (Ucop) -Episod 4
  • Ryan Bakery, Joey Daud -Episod 5
  • Che Puan Sarimah Ibrahim, Amerul Affendi -Episod 6
  • Namie Smy (Kumpulan Ubi) & Nadiya Nisaa -Episod 7
  • Sweet Qismina, Waris -Episod 8
  • Bunga Isme, Norreen Iman -Episod 9
  • Didie Alias, Fizi Ali, Roy Azman -Episod 10
  • Indah Ruhaila, Daniel Fong -Episod 11

Senarai Artis Jemputan

  • Siti Saida, Siti Sairah -Episod 1
  • Aisha Retno -Episod 2
  • Aepul Roza -Episod 3
  • Liza Hanim -Episod 4
  • Aizat Amdan -Episod 5
  • Kugiran Masdo -Episod 6
  • Wani Kayrie -Episod 7
  • Zaki Yamani, Yamani Abdillah -Episod 8
  • Kmy Kmo, Luca Sickta -Episod 9
  • Insomniacks -Episod 10
  • Lan Solo -Episod 11

I Can See Your Voice Malaysia Musim 6 Full Episode

i can see your voice malaysia 2023 full episode

Bagi yang terlepas live dan ingin menonton siaran penuh episode 1 hingga episode 11 I can see your voice Malaysia 2023 full episode, anda juga boleh menonton melalui penstriman video di https://www.tonton.com.my/

Baca juga :

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!