Hari Raya Haji 2023 Malaysia & Tarikh Cuti Umum

Tarikh Hari Raya Haji 2023 ialah pada 29 Jun 2023 bersamaan hari Khamis. Pengisytiharan itu dibuat oleh YBHG Datuk Haji Mohd Aseral Bin Usman, Penolong Setiausaha Majlis Raja- Raja

Di Malaysia tarikh sambutan mengikut kalender Islam ialah pada 10 Zulhijjah 1444H iaitu bersamaan dengan 29 Jun 2023* .Pengumuman yang akan di buat oleh penyimpan mohor-mohor besar raja-raja yang bertanggungjawab untuk menentukan tarikh permulaan bulan islam di Malaysia.

Hari Raya ini Hari Raya Aidiladha atau Hari Raya Korban. Merupakan perayaan yang di sambut oleh umat islam selepas Hari Raya Aidilfitri.

Berbeza dengan hari raya aidilfitri, hari raya aidiladha di sambut bagi memperingati peristiwa pengorbanan Nabi Ibrahim a.s yang sanggup menyembelih anaknya Nabi Ismail kerana ketaatannya terhadap Allah S.WT.

Melihatkan kesungguhan Nabi Ibrahim a.s yang ingin menyembelih anaknya sendiri, serta-merta tempat pembaringan Nabi Ismail itu digantikan oleh Allah s.w.t dengan binatang kibas

Tarikh Hari Raya Haji 2023

Mengikut kalender islam, hari raya haji akan disambut pada 10 Zulhijjah 1444H. Tarikh rasmi umumkan oleh penyimpan mohor-mohor besar raya-raya yang dibuat selepas berdasarkan kaedah rukyah (melihat anak bulan) dan hisab (pengiraan secara matematik dan astronomi) ialah pada 29 Jun 2023 (Khamis)

hari raya haji 2023

Cuti Umum Hari Raya Haji 2023

tarikh hari raya haji 2023

Tarikh pelepasan am persekutuan bagi tahun 2023 (cuti umum) sempena Hari Raya Haji ialah pada Hari Raya Korban yang pertama iaitu pada 29 Jun 2023.

Kecuali bagi negeri Kelantan dan Terengganu yang mengistiharkan cuti umum selama dua hari sempena Hari Raya Aidiladha iaitu pada 29 – 30 Jun 2023.

Hari Raya Haji 2023 di Malaysia

Bagi menyambut perayaan hari raya aidiladha, kerjaan Malaysia mengistiharkan tarikh Hari Raya Aidiladha 2023 sebagai cuti umum bagi membolehkan umat islam menyambut perayaan tersebut dan melakukan ibadah korban

Pada malam hari raya haji, umat islam akan bertakbir hari raya haji menandakan hari raya korban akan disambut pada esok hari nya.

Ibadah korban pula akan dilaksanakan selepas solat sunat Aidiladha. Kebiasanya masyarakat akan bergotong-royong ketika melaksanakan ibadah korban

Maklumat Lanjut

Selain daripada tarikh hari raya haji 2023 di Malaysia, anda juga boleh mendapatkan maklumat lanjut tarikh-tarikh penting dalam Islam, sila rujuk laman web JAKIM di atau Portal e-solat di https://www.e-solat.gov.my/.

  • JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA (JAKIM)
    Blok A dan B, Kompleks Islam Putrajaya,
    No 23, Jalan Tunku Abdul Rahman, Presint 3,
    62100 Putrajaya.
  • [email protected]
  • +03 8870 7000
  • +03 8870 7003
SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!