MAIPK: Cara Membuat Permohonan Bantuan Persekolahan Sesi 2022
MAIPK: Cara Membuat Permohonan Bantuan Persekolahan Sesi 2022 ~ Sukacita dimaklumkan, Majlis Agama Islam & Adat Melayu Perak mempelawa sesiapa yang berkelayakan untuk memohon Skim Bantuan Persekolahan MAIPk bagi sesi 2022.
Bantuan ini terbuka kepada mereka yang terdiri daripada golongan sasaran iaitu anak kepada ketua isi rumah atau penjaga yang tergolong dalam asnaf Fakir dan Miskin.
Skim Bantuan Persekolahan MAIPk Bagi Sesi 2022
Skim Bantuan Persekolahan ini diwujudkan bagi memastikan anak-anak asnaf mendapat pendidikan yang sempurna. Selain itu, melalui skim bantuan ini, pihak MAIPk berharap dapat membantu sedikit sebanyak untuk meningkatkan taraf hidup mereka ke arah yang lebih baik melalui pendidikan.
Permohonan baharu untuk skim bantuan persekolahan ini hanya melibatkan tiga (3) kategori berikut:
- Kemasukan ke darjah 1 sesi persekolahan tahun 2022
- Kemasukan ke tingkatan 1 sesi persekolahan tahun 2022
- Pelajar yang terlibat dengan pertukaran sekolah
Anda boleh membuat permohonan bermula pada: 20 Disember 2021 sehingga 28 Februari 2022 sahaja.
Syarat Kelayakan Umum Pemohon
Dana zakat daripada Skim Bantuan Persekolahan MAIPk disalurkan berdasarkan syarat umum berikut:
- Pemohon / Penerima beragama Islam.
- Pemohon / Penerima warganegara Malaysia / Penduduk tetap (kecuali Ibnu Sabil).
- Pemohon / Penerima bermastautin atau tinggal tetap di negeri Perak.
- Pendapatan bulanan isi rumah tidak melebihi had kifayah (had kecukupan).
NOTA: Pelajar yang telah menerima Bantuan Persekolahan tahun 2022 tidak perlu membuat permohonan.
Cara Membuat Permohonan Bantuan Persekolahan MAIPk
Untuk memohon, anda perlu mengisi Borang SKIM BANTUAN PERSEKOLAHAN yang boleh dimuat turun di pautan ini:
Anda juga boleh mendapatkan Borang Skim Bantuan Persekolahan MAIPk ini di mana-mana pejabat pentadbiran MAIPk seluruh Negeri Perak atau terus ke alamat dibawah:
Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak, Tingkat 1, Kompleks Islam Darul Ridzuan, Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab, 30000 Ipoh, Perak.
Waktu Berurusan:
- Isnin – Khamis : 8.00 pg – 1.00 ptg | 2.00 ptg – 5.00 ptg
- Jumaat : 8.00 pg – 12.15 tgh | 2.45 ptg – 5.00 ptg
Telefon: 05 208 4000
Setelah mengisi borang permohonan dengan lengkap, sila hantar borang permohonan tersebut ke pejabat cawangan MAIPk yang berdekatan anda.
Lain-Lain Skim Bantuan Zakat Perak
Jenis Skim Bantuan Zakat Perak
i) Program Pembangunan Sosial
- Skim Bantuan Kecemasan / Segera
- Skim Bantuan Perubatan
- Skim Bantuan Hemodialisis
- Skim Bantuan Bina Rumah
- Skim Bantuan Baik Pulih Rumah
- Skim Bantuan Kewangan Bulanan
- Skim Bantuan Penyelesaian Hutang
- Skim Bantuan Bencana
- Skim Bantuan Tambang Perjalanan Domestik
- Skim Bantuan Hari Raya
ii) Program Pembangunan Pendidikan
- Skim Bantuan Am Pelajaran
- Skim Bantuan Dermasiswa Dalam / Luar Negara
- Skim Bantuan Tambang Perjalanan Pergi Sehala / Balik Sehala
- Skim Bantuan Dermasiswa Pelajar Tajaan / Bantuan Am (Mesir Dan Jordan)
- Skim Bantuan Persekolahan
- Skim Biasiswa Pelajaran Baitulmal
iii) Program Pemerkasaan Ekonomi
- Skim Bantuan Modal
- Skim Latihan Dan Kursus Program Pembangunan Usahawan Dan Asnaf
iv) Program Pemerkasaan Insan
- Skim Latihan Kemahiran Asnaf
Maklumat Lanjut
Untuk sebarang pertanyaan atau ingin mengetahui makluamt lebih lanjut, sila rujuk Facebook Zakat Perak MAIPk dan layari laman web rasmi MAIPk di pautan berikut: www.maiamp.gov.my