Skim i-Lestari Hijrah Selangor 2022 Untuk Usahawan

Skim I-Lestari Hijrah Selangor 2022 Untuk Usahawan ~ Sukacita dimaklumkan permohonan bagi Skim i-Lestari kini dibuka untuk para usahawan di Selangor.

Bagi menyokong perniagaan usahawan, Kerajaan Negeri Selangor telah memperuntukkan RM 120 juta melalui skim ini. Inisiatif ini juga digerakkan bagi merancakkan ekonomi negeri ini pada tahap optimum.

Apa Itu Skim i-Lestari ?

Skim i-Lestari merupakan tawaran modal tambahan bebentuk kewangan kepada individu yang sudah menjalankan aktiviti perniagaan. Pembiayaan yang ditawarkan melalui skim ini ialah dari RM 51,000 hingga RM 100,000.

Syarat Kelayakan Skim i-Lestari Hijrah Selangor

Tawaran ini terbuka kepada semua usahawan yang memenuhi syarat kelayakan seperti berikut :

  • Warganegara Malaysia
  • Merupakan rakyat Selangor / bermastautin sekurang-kurangnya 5 tahun.
  • Mengundi dalam negeri Selangor
  • Berumur antara 18 hingga 65 tahun
  • Perniagaan sudah beroperasi
  • Mempunyai permis perniagaan khusus
  • Mempunyai surat perjanjian atau dokumen yang sah sekiranya melibatnya perniagaan atau aktiviti ekonomi yang berkonsepkan sewaan atau pajakan.
  • Mempunyai lesen atau permit perniagaan yang sah
  • Tidak mempunyai rekod pembiayaan yang tidak baik dari mana-mana institusi kewangan atau agensi kerajaan.
  • Terlibat secara langsung dalam perniagaan
  • Satu pembiayaan sahaja dalam satu-satu perniagaan perkongsian
skim i-lestari hijrah selangor

Dokumen Permohonan Skim i-Lestari Hijrah Selangor

Pemohon perlulah kemukakan dokumen yang diperlukan seperti senarai berikut :

  • Salinan kad pengenalan pemohon dan pasangan
  • 2 keping gambar berukuran pasport pemohon
  • Salinan lesen perniagaan (SSM/permit PBT/kad nelayan/geran tanah) pemohon
  • Salinan penyata akaun bank 6 bulan terkini atau buku bank pemohon
  • Gambar perniagaan pemohon
  • Salinan bil utiliti premis dan tempat tinggal pemohon

Syarat Pembiayaan

  • Tempoh pembiayaan : 50 minggu (setahun) sehingga 250 minggu (5 tahun)
  • Caj perkhidmatan : 8% setahun
  • Wajib membuat tabungan
  • Bayar balik secara mingguan / bulanan

Nota : Syarat adalah tertakluk kepada perubahan semasa.

Cara Memohon Skim i-Lestari Hijrah Selangor

Pemohon yang berminat boleh lakukan permohonan secara atas talian melalui pautan berikut :

http://mikrokredit.selangor.gov.my/e-hijrah/login

Maklumat Lanjut

Untuk keterangan lanjut, sila layari laman sesawang www.hijrahselangor.com atau hubungi 20 cawangan Hijrah Selangor berhampiran anda untuk pertanyaan lanjut.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!