ePrasekolah | Tarikh Semakan dan Rayuan Prasekolah Sesi 2024/2025

ePrasekolah | Pendaftaran & Semakan Prasekolah Bagi Sesi 2024/2025 ~ Kepada semua ibubapa/penjaga terutamanya yang mempunyai anak berusia 4 dan 5 tahun dan berhasrat untuk mendaftarkan mereka ke prasekolah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia pada tahun hadapan (2024), sila baca dengan teliti. 

Untuk makluman, tarikh semakan keputusan permohonan murid ke dan rayuan bgi kemasukan Prasekolah KPM tahun 2024/2025

  • Tarikh semakan : 5 Ogos 2023
  • Tarikh rayuan : 5 Ogos hingga 20 Ogos 2023
ePrasekolah

ePrasekolah

ePrasekolah merupakan sistem aplikasi bagi memudahkan ibu bapa mendaftarkan anak-anak yang bakal memasuki Prasekolah secara atas talian.

Selain membuat permohonan, ada beberapa lagi maklumat penting yang boleh didapati melalui fungsi sistem ePrasekolah iaitu:

1. PERMOHONAN KE PRASEKOLAH KPM

  • Borang permohonan
  • Semak dan kemas kini permohonan
  • Rayuan permohonan

2. KEMASKINI MAKLUMAT PENGGUNA

  • Pastikan email dikemas kini berdasarkan email terkini yang aktif)

3. CARIAN MAKLUMAT INSTITUSI PRASEKOLAH

  • Carian maklumat institusi prasekolah yang berdaftar dengan KPM

4. SEMAK STATUS PENDAFTARAN

  • Semak status pendaftaran murid

Syarat Kelayakan Kemasukan Prasekolah 2024/2025

  • Kanak-kanak warganegara Malaysia
  • Kanak-kanak yang lahir pada 2 Januari 2018 hingga 15 Januari 2020 sahaja yang layak untuk memohon.

Cara Mendaftar ePrasekolah KPM

1. Layari Laman Sesawang ePrasekolah KPM

Sila layari laman sesawang rasmi di pautan berikut: https://eprasekolah.moe.gov.my 

2. Daftar & Login

Pengguna yang baru menggunakan sistem ini perlu mendaftar terlebih dahulu. Pastikan email yang didaftarkan adalah email yang aktif.

NOTA: Hanya ibu / bapa / penjaga sahaja yang dibenarkan untuk mendaftar.

3. Lengkapkan Maklumat

  • Muatturun manual dan proses permohonan prasekolah untuk ibu bapa.
  • Pastikan maklumat yang didaftarkan adalah maklumat ibu bapa/penjaga.
  • Pastikan nama yang didaftarkan adalah nama penuh dan no Mykad yang betul bagi mengelakkan sebarang masalah ketika pendaftaran.
  • Pastikan pengguna mengingati kata laluan dan tidak mendedahkan kata laluan kepada orang lain.
  • Pastikan alamat email dan nombor telefon yang didaftarkan adalah aktif.

4. Kemaskini & Cetak

NOTA:

  • Kemas kini permohonan boleh dibuat selagi permohonan berstatus MENUNGGU PENGESAHAN (tindakan pengesahan BELUM dibuat oleh pihak sekolah).
  • Permohonan yang berstatus TIDAK LENGKAP perlu dikemas kini semula oleh ibu bapa/penjaga.
  • Ibu bapa/penjaga perlu mencetak dan menghantar semula borang permohonan sekiranya membuat sebarang pindaan maklumat dalam sistem.
  • Setelah permohonan disahkan oleh pihak sekolah, pemohon hanya dibenarkan untuk mencetak borang permohonan sahaja.
  • Sekiranya terdapat perubahan maklumat setelah permohonan disahkan oleh pihak sekolah, ibu bapa/penjaga perlu memaklumkan kepada pihak sekolah maklumat yang berkaitan untuk dikemaskini.

5. Semak Status Permohonan

Semak Keputusan Permohonan Kemasukan Prasekolah Tahun 2024/2025 Bermula 5 Ogos 2023.

NOTA:

Status adalah merujuk kepada status permohonan sama ada;

  • Menunggu Pengesahan: Cetakan borang permohonan dan salinan dokumen belum dihantar dan diterima oleh pihak prasekolah / dokumen permohonan sedang disemak.
  • Tidak Lengkap: Permohonan / dokumen tidak lengkap sila rujuk email dan kemaskini maklumat yang berkenaan/hubungi sekolah yang dimohon untuk maklumat lanjut.
  • Disahkan: Borang permohonan telah diterima dan salinan dokumen telah disahkan oleh pihak prasekolah untuk diproses dan dibawa ke mesyuarat pemilihan.
  • Berjaya: Permohonan telah berjaya dan ditawarkan tempat di prasekolah yang dimohon. Sila cetak surat tawaran.
  • Tidak Berjaya: Permohonan tidak berjaya dan boleh membuat rayuan.

6. Rayuan

  • Permohonan Rayuan bermula 5 Ogos hingga 20 Ogos 2022 (tertakluk kepada pindaan).
  • Bagi permohonan secara dalam talian, permohonan rayuan boleh dibuat sendiri oleh ibu bapa/penjaga melalui laman ePrasekolah.
  • Bagi permohonan secara manual, permohonan rayuan boleh dibuat oleh ibu bapa / penjaga melalui sekolah / institusi yang dipohon semasa permohonan awal atau melalui
  • Pejabat Pendidikan Daerah(PPD)/ atau Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bagi negeri yang tiada PPD.
  • Bagi rayuan secara manual, semakan keputusan boleh dibuat di tempat rayuan dihantar. Ibu bapa/penjaga juga akan dimaklumkan oleh pihak sekolah yang berkenaan bagi rayuan yang berjaya.

Semakan Keputusan Permohonan

Bagi yang dah buat permohonan tahun lalu, semakan status penempatan prasekolah pula boleh dibuat mulai 5 Ogos 2023 di portal rasmi ePrasekolah KPM iaitu : https://eprasekolah.moe.gov.my

Bagi murid yang tidak layak, ibu bapa masih berpeluang untuk mengemukakan rayuan secara online melalui portal yang sama.

  • Bagi permohonan yang telah berjaya dan ditawarkan tempat di prasekolah yang dimohon, sila cetak surat tawaran.
  • Bagi permohonan yang tidak berjaya, rayuan boleh dibuat bermula 5 Ogos 2023 hingga 20 Ogos 2023 (sila rujuk manual pengguna untuk panduan).

Maklumat Lanjut & Pertanyaan 

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila ajukan pertanyaan terus kepada prasekolah tersebut secara manual, telefon atau sila kemukakan melalui email kepada: [email protected]

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!