eBelia Rahmah Setel : Syarat, Cara Daftar & Kelebihan

eBelia Rahmah Setel : Syarat, Cara Daftar & Kelebihan

Program eBeliaRahmah merupakan satu inisiatif Kerajaan yang telah diumumkan di bawah Belanjawan 2023 oleh Kementerian Kewangan.

Program ini bertujuan untuk terus menggalakkan perbelanjaan secara tanpa tunai selain meringankan beban kewangan belia.

Program ini dijangka memanfaatkan sekitar 2 juta belia Malaysia melalui tawaran kredit eBeliaRahmah bernilai RM200 yang boleh digunakan bagi pembelian fizikal melalui penyedia perkhidmatan e-dompet yang terpilih.

Pada masa yang sama, penyedia perkhidmatan e-dompet yang mengambil bahagian akan turut menawarkan insentif tambahan dalam bentuk baucar, pulangan tunai (cashback), diskaun, atau mata ganjaran (rewards points).

Ikuti perkongsian kami untuk ketahui dengan lebih lanjut mengenai insentif eBelia Rahmah Setel.

Baca Juga :

Kelebihan Penebusan eBeliaRahmah Dengan Setel

Penghuna yang menebus eBeliaRahmah melalui Setel juga berpeluang untuk nikmati kelebihan menarik seperti berikut :

  • Peluang memenangi tiket konsert di Singapura pada 24 Jan 2024.
  • Pulangan tunai Setel sehingga RM 105
  • Tambahan e-baucar rakan niaga bernilai sehingga RM 800.
eBelia Rahmah Setel

Syarat-Syarat Kelayakan eBelia Rahmah Setel

Syarat-syarat kelayakan bagi pemohon adalah seperti berikut:

  1. Warganegara Malaysia DAN berumur 18 ke 20 tahun pada tahun 2023 (lahir pada tahun 2003 sehingga 2005); ATAU Warganegara Malaysia tanpa mengira had umur yang merupakan pelajar sepenuh masa sebelum 30 April 2023*
  2. *Pelajar tersebut mestilah sedang melanjutkan pelajaran di peringkat setara diploma atau SKM4 dan ke atas di institusi pengajian tinggi (“IPT”) berdaftar dengan salah satu kementerian berikut:
  • Kementerian Pendidikan Tinggi
  • Kementerian Pendidikan
  • Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan
  • Kementerian Pertahanan
  • Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah
  • Kementerian Belia dan Sukan
  • Kementerian Sumber Manusia
  • Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)
  • Kementerian Pelancongan, Seni, dan Budaya

3. Memiliki akaun Setel yang sudah disahkan.

eBelia Rahmah Setel

Nota

  • Jika anda memenuhi semua syarat di atas tetapi masih gagal dalam tuntutan anda, sila semak perkara ini dengan institusi pengajian tinggi anda (IPT), supaya mereka dapat membawa perkara ini kepada Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dan mengikutsertakan anda dalam inisiatif ini.
  • Permohonan kredit eBeliaRahmah hanya boleh dibuat sekali bagi setiap pemohon yang layak, bermula pada 8.00 pagi, 26 Jun 2023 hingga 11.59 malam, 22 Ogos 2023. Pemohon tidak lagi dapat membuat tuntutan melalui Aplikasi Setel selepas pukul 11.59 malam, 22 Ogos 2023.
  • Setelah kredit berjaya dipohon, ia perlu dibelanjakan selewat-lewatnya pada 11.59 malam, 31 Ogos 2023. Selepas tarikh akhir ini, baki kredit eBeliaRahmah yang tidak digunakan akan luput secara automatik daripada e-dompet pemohon.

Cara Sahkan Akaun Setel

Langkah-langkah untuk sahkan akaun setel adalah seperti berikut :

Pergi ke ‘Lagi’ dan klik ‘Naik Taraf’ akaun anda.

Sediakan dokumen pengenalan diri (ID) dan ambil swafoto dengan jelas.

Selesai! Anda akan diberikan notifikasi apabila anda berjaya menaik taraf akaun.

eBelia Rahmah Setel

Cara Daftar eBelia Rahmah Setel

Berikut dikongsikan cara daftar / tuntut kredit eBelia Rahmah Setel :

  1. Muat turun Aplikasi Setel dari Apple App Store, Google Play Store atau Huawei AppGallery.
  2. Jika anda adalah pengguna baru Aplikasi Setel, daftar sebagai pengguna baru.
  3. Klik ikon eBeliaRahmah pada Aplikasi Setel dan klik Tuntut sekarang. Anda perlu mengesahkan akaun Setel anda dahulu sebelum anda boleh meneruskan ke langkah seterusnya.
  4. Isikan maklumat yang diperlukan melalui aplikasi di halaman permohonan eBeliaRahmah dan klik Hantar.
  5. Anda akan dimaklumkan jika tuntutan anda berjaya. Penerima yang layak hanya boleh membuat sekali tuntutan kredit eBeliaRahmah.

Cara Gunakan Kredit eBeliaRahmah Setel

Berikut merupakan kaedah menggunakan kredit eBeliaRahmah anda semasa membayar dengan Setel:

  • Pertama, pastikan Aplikasi Setel anda telah dikemas kini ke sekurang-kurangnya versi 1.125.0 atau seterusnya.
  • Sentuh pilihan pembayaran di ruang atas kanan skrin.
  • Pilih Dompet eBeliaRahmah sebagai cara pembayaran anda.
eBelia Rahmah Setel

Soalan Lazim eBeliaRahmah Setel

Saya menerima makluman bahawa tuntutan eBeliaRahmah saya berjaya tetapi mengapa saya tidak menjumpai kredit tersebut di dalam Dompet Setel saya?

Jangan risau, kredit anda selamat. Ia cuma disimpan di dalam Dompet eBeliaRahmah tersendiri.

Bolehkah saya mengeluarkan kredit eBeliaRahmah kepada wang tunai?

Tidak, kerana program eBeliaRahmah adalah inisiatif untuk menggalakkan penggunaan transaksi tanpa tunai. Walau bagaimanapun, anda boleh menggunakan kredit eBeliaRahmah dengan Aplikasi Setel di mana-mana kedai biasa.

Bagaimana untuk mengetahui jika tuntutan eBeliaRahmah saya berjaya?

Kelulusan akan mengambil masa sehingga 3 hari.

Bagaimana untuk mengetahui jika tuntutan eBeliaRahmah saya berjaya?

Kelulusan akan mengambil masa sehingga 3 hari.

Saya merupakan pelajar sepenuh masa di institusi pengajian tinggi berdaftar, dan telah menamatkan pengajian sebelum program bermula, adakah saya layak?

Jika anda telah menghantar tuntutan melalui Setel dan tuntutan anda berjaya, anda akan menerima pemberitahuan di peti masuk aplikasi Setel. Sebagai alternatif, anda boleh menyemak status tuntutan anda dengan menyentuh ikon “eBeliaRahmah” di aplikasi Setel.

Apakah yang boleh saya beli menggunakan kredit eBeliaRahmah tersebut?

Kredit dompet RM200 eBeliaRahmah boleh digunakan untuk perkara berikut:

– Mengisi petrol di stesen PETRONAS;
– Membeli di Cafe Mesra;
– Membeli di Kedai Mesra;
– Penghantaran dari Kedai Mesra dan restoran perkhidmatan pantas melalui Deliver2Me;
– Membayar dengan kod QR di kedai-kedai yang menerima Setel;
– Membayar dengan kod QR DuitNow di kedai.

Semua insentif yang diterima adalah terhad daripada digunakan untuk melakukan transaksi seperti pemindahan antara rakan, pengeluaran tunai terus daripada akaun e-dompet pengguna, pembayaran bil utiliti melalui aplikasi, pembayaran yuran/caj kerajaan melalui aplikasi, pembayaran bil pascabayar telekomunikasi melalui aplikasi, pembelian servis prabayar melalui aplikasi, pembelian permainan dalam aplikasi, bayaran parkir dan/atau tol, aktiviti berkaitan pelaburan dalam aplikasi e-dompet dan transaksi yang dijalankan melalui laman web, aplikasi, gedung dalam talian atau platform berdaftar dalam atau luar negara. Semua insentif yang diterima tidak boleh digunakan untuk sebarang aktiviti haram.

Apakah yang boleh saya beli menggunakan pulangan tunai RM105 dompet Setel saya?

Anda boleh menggunakan pulangan tunai RM105 Setel di semua pusat dalam dan luar talian yang menerima Dompet Setel.

Bagaimana dapatkan pulangan tunai RM105 dengan membayar daripada Setel?

Jika tuntutan anda untuk eBeliaRahmah berjaya:

Anda boleh menerima RM10 apabila mendaftar untuk Aplikasi Setel dari 26 Jun 2023 hingga 22 Ogos 2023 tanpa menggunakan apa-apa kod promosi.

Anda boleh menerima pulangan tunai RM5 dengan bayaran kumulatif RM100 bagi bahan api di Stesen PETRONAS melalui Aplikasi Setel, sehingga 5 kali (pulangan tunai maksima RM25)* dengan membayar menggunakan Dompet Setel, Dompet eBeliaRahmah, Dompet Keluarga atau CardTerus anda.

Anda boleh menerima RM1 dengan bayaran kumulatif RM10 di Cafe Mesra, sehingga 10 kali (pulangan tunai maksima RM10)* dengan membayar menggunakan Dompet Setel, Dompet eBeliaRahmah, Dompet Keluarga atau CardTerus anda.

Anda boleh menerima RM10 dengan bayaran kumulatif RM200 dalam talian di PETRONAS Shop, sehingga 5 kali (pulangan tunai maksima RM50)* sehingga 5 kali (pulangan tunai maksima RM50)* dengan membayar menggunakan Dompet Setel, Dompet Keluarga, atau CardTerus sahaja.

Nota: Kredit Dompet eBeliaRahmah tidak boleh digunakan untuk belanja dalam talian di PETRONAS Shop.

Anda boleh menerima RM1 dengan bayaran kumulatif RM50 menggunakan Setel QR dan DuitNow QR melalui Aplikasi Setel, sehingga 10 kali (pulangan tunai maksima RM10) dengan membayar menggunakan Dompet Setel, Dompet eBeliaRahmah, Dompet Keluarga atau CardTerus anda sahaja.

*Transaksi hanya layak mendapat pulangan tunai jika dibuat antara pukul 8.00 pagi pada 26 Jun 2023 hingga pukul 11.59 malam pada 31 Ogos 2023.

Jika bayaran kumulatif anda melebihi had minima untuk mencapai sasaran pulangan tunai, jumlah lebihan tersebut tidak akan dikira sebagai sebahagian daripada bayaran kumulatif bagi pulangan tunai kedua atau seterusnya.

Sila rujuk contoh yang berikut:
Alim membayar RM20 dan RM90 untuk dua transaksi petrol pertamanya di Stesen PETRONAS melalui Setel. Maka dia mendapat pulangan tunai RM5 yang pertama kerana telah mencapai had minima RM100 untuk petrol bagi sasaran pulangan tunai pertama.

Jumlah tambahan RM10 daripada transaksi bahan api sebelumnya tidak akan dikira sebagai sebahagian daripada bayaran kumulatif untuk pulangan tunai seterusnya. Sebaliknya, jumlah tersebut akan diset semula dan dia perlu membelanjakan jumlah kumulatif RM100 lagi untuk menerima pulangan tunai seterusnya.

Apakah manfaat lain apabila menuntut insentif eBeliaRahmah melalui Aplikasi Setel?

Jika anda penerima yang layak bagi insentif eBeliaRahmah dan telah membelanjakan nilai minimum RM5 menggunakan Dompet Setel atau Dompet eBeliaRahmah dan memenuhi kriteria lain yang ditetapkan oleh Setel, anda akan menerima baucar eksklusif rakan Setel sehingga RM800 di Aplikasi Setel dan ia boleh ditebus daripada rakan-rakan perniagaan kami.

Baucar-baucar tersebut diberikan secara rawak (berdasarkan jenama yang ditawarkan) dan berdasarkan sistem siapa cepat dia dapat, selagi baucar masih ada.

Setelah baucar diberikan kepada anda, anda akan menerima makluman di peti masuk Aplikasi Setel. Baucar yang diterima boleh ditemui di Aplikasi Setel dengan menekan butang “Ganjaran” dan seterusnya “Baucar Saya”.

Baucar dari Setel tidak boleh dipindah milik dan akan diberikan kepada pemilik e-Dompet Setel yang sah mengikut permohonan yang dihantar semasa proses pengesahan.

Setel berhak untuk mengubah dan meminda terma dan syarat ini pada bila-bila masa tanpa notis terlebih dahulu.

Jika anda layak menerima insentif eBeliaRahmah dan telah membelanjakan sebarang jumlah untuk Petrol, Kedai Mesra atau Kafe Mesra menggunakan Dompet eBeliaRahmah dalam Aplikasi Setel antara jam 8.00 pagi pada 26 Jun 2023 hingga 11.59 malam pada 31 Ogos 2023 (“Tempoh Pertandingan”), secara automatik setiap transaksi anda akan dikira sebagai 1 penyertaan bagi menyertai Pertandingan untuk memenangi dua tiket ke konsert kumpulan muzik terkenal luar negara.

Dengan menyertai Pertandingan ini, anda bersetuju dengan syarat-syarat berikut:

– Pertandingan ini bermula dari jam 8.00 pagi pada 26 Jun 2023 dan berakhir selepas 11.59 malam pada 31 Ogos 2023 (“Tempoh Pertandingan”).

– Sebarang penyertaan yang diterima bukan semasa Tempoh Pertandingan akan terbatal secara automatik. Setel tidak bertanggungjawab terhadap sebarang penyertaan yang hilang, lewat atau tersalah alamat.

– Tiada had jumlah penyertaan bagi setiap individu.

– Setel hanya akan memilih dua (2) pemenang secara rawak melalui cabutan hadiah menjelang 30 September, 11:59 malam.

Anda tidak layak dan dikecualikan daripada menyertai Pertandingan ini jika anda: (a) seorang pekerja di Setel Ventures Sdn. Bhd., syarikat induk, sekutu, anak syarikat dan syarikat yang berkaitan (secara kolektif, “Syarikat Berkaitan”); (b) ahli keluarga terdekat (suami isteri, ibu bapa, adik-beradik, anak-anak dan suami atau isteri masing-masing dan ahli isi rumah) bagi setiap individu dalam (a).
Hadiah diberikan dalam keadaan “seadanya” dan tidak boleh dipindah milik, ditukarkan, dikembalikan atau ditukar ganti. Setel berhak untuk tidak memberikan sebarang hadiah atau sebahagian daripadanya kepada sesiapa yang, atas apa jua sebab, gagal memenuhi sebarang keperluan yang ditetapkan untuk menuntut hadiah.

Pemenang akan diumumkan oleh Setel melalui e-mel atau makluman di peti masuk Aplikasi Setel pemenang atau melalui media sosial (“Pengumuman Kemenangan”).

Pemenang perlu memberikan maklum balas kepada Pengumuman Kemenangan dalam tempoh 24 jam untuk mengesahkan penerimaan hadiah.

Kegagalan memberikan respons dalam tempoh 24 jam selepas dihubungi Setel mungkin mengakibatkan kehilangan hadiah. Dalam situasi ini, pemenang lain akan dipilih secara rawak untuk menerima hadiah.

Setel akan mengatur pemberian hadiah secara langsung dengan pemenang.
Hadiah tidak merangkumi kos perjalanan seperti, tetapi tidak terhad kepada, kos petrol, tiket penerbangan atau penginapan.

Setel tidak bertanggungjawab bagi sebarang pembatalan atau perubahan kepada sebarang elemen tempahan hadiah yang berada di luar kawalan kami.

Setel tidak akan bertanggungjawab bagi ketidakupayaan pemenang Hadiah atau tetamu mereka untuk menerima hadiah.

Pertandingan kami tidak ditaja, disokong, atau diuruskan oleh, atau berkaitan dengan, penganjur konsert atau kumpulan muzik tersebut.

Setel berhak untuk mengubah terma dan syarat ini pada bila-bila masa tanpa sebarang notis awal.

Mengapakah permohonan saya gagal dihantar?

Semasa tempoh tuntutan yang tinggi, mungkin terdapat kelewatan dalam pemprosesan tuntutan eBeliaRahmah anda.

Jika anda telah menghantar tuntutan melalui Aplikasi Setel, anda boleh terus menghubungi Setel untuk pengesahan lanjut melalui borang emel kami.

Bagi memudahkan pertikaian, anda mungkin perlu menghantar maklumat tambahan seperti salinan kad pengenalan untuk verifikasi.

Adakah terdapat kaedah bagi pertikaian jika tuntutan saya gagal diterima?

Ya, jika anda telah mengemukakan tuntutan melebihi 3 hari yang lalu dan status tuntutan anda masih belum dikemaskini atau jika terdapat masalah yang belum selesai, sila hubungi Setel untuk sebarang pengesahan lanjut melalui borang emel kami.

Bagi permohonan yang gagal akibat pengenalan diri yang tidak sah, anda mungkin perlu menghantar maklumat tambahan untuk verifikasi semasa proses pertikaian.

Adakah saya akan diberitahu jika tuntutan tidak berjaya?

Jika anda telah menghantar tuntutan anda melalui Aplikasi Setel dan tuntutan anda gagal, anda akan menerima pemberitahuan di peti masuk Aplikasi Setel.

Bilakah kredit RM200 eBeliaRahmah akan dimasukkan ke dalam dompet eBeliaRahmah di Aplikasi Setel saya?

Jika anda memenuhi kriteria kelayakan dan berjaya mengemaskini akaun Setel anda, anda akan menerima kredit sebanyak sekali pemberian RM200 ke dalam Dompet eBelia Rahmah anda yang akan diberikan dalam masa 1 hari dari tarikh kelulusan tuntutan.

Maklumat Lanjut

Untuk keterangan lanjut mengenai eBelia Rahmah Setel, sila layari laman web rasmi Setel di https://www.setel.com/ebelia-rahmah dan laman Facebook rasmi Setel.

Anda juga boleh ajukan pertanyaan mengenai insentif daripada Setel ini https://help.setel.com/email-us.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!