Login e-Placement Penempatan Lantikan Tetap JKN 2023
Login e-Placement bagi penempatan lantikan tetap JKN 2023 kini boleh di buat dalam tempoh yang telah ditetapkan.
Untuk makluman SPA telah meluluskan sebanyak 1,912 calon simpanan bagi jawatan pegawai perubatan, pegawai pergigian dan pegawai farmasi untuk mengisi baki kekosongan jawatan.
Bagi tujuan tersebut, calon diberi peluang memilih penempatan secara online dengan mengisi permohonan melalui e-placement.
Portal e-Placement
e-Placement adalah penganti kepada Borang Maklumat Diri (BMD) bagi tujuan urusan penempatan dan permohonan penempatan.
- eHouseman ( Pegawai Perubatan)
- eDentist ( Pegawai Pergigian)
- e-Pharmacist ( Pegawai Farmasi)
Calon yang telah berjaya temuduga Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) sahaja boleh membuat permohonan penempatan melalui sistem ini pada tempoh yang ditetapkan.
Pemilihan penempatan dalam melalui sistem ini adalah tertakluk kepada kekosongan dan berdasarkan prinsip “first come first serve”.
Calon yang menerima tawaran bekerja juga, diwajibkan mengisi e-placement sebagai pengesahan lapor diri bertugas. Tawaran akan terbatal dengan sendirinya sekiranya calon gagal mengisi permohonan penempatan pada masa yang telah ditetapkan.
Urusan Pemilihan Penempatan Lantikan Tetap Di Sistem e-Placement
Calon perlu membuat semakan tarikh pemilihan penempatan menerusi e-mel peribadi berdaftar di portal SPA9 semasa permohonan pelantikan tetap dan membuat persedian sewajarnya seperti berikut ;
Semakan Penempatan Lantikan Tetap JKN 2023 & Lapor Diri
Calon akan menerima pemakluman penempatan di peringkat fasiliti daripada JKN mulai 14 November 2023
Manakala, tarikh lapor diri dan lantikan tetap calon adalah berkuatkuasa pada tarikh 18 Disember 2023
Mencari kasut putih/hitam standard KKM untuk jururawat? Kasut pilihan jururawat
Rayuan
Selaras dengan keprihatinan KKM, kementerian turut menyediakan saluran untuk rayuan menerusi google form bagi calon simpanan yang sedang mengikuti pengajian kepakaran, berjauhan dengan pasangan atau mengalami masalah kesihatan.
Tarikh rayuan adalah seperti berikut ;
- Pegawai Perubatan (9 Oktober hingga 20 Oktober)https://forms.gle/omQApUGFy6ij9AGv9
- Pegawai Pergigian (bermula 9 hingga 18 Oktober) https://forms.gle/TibeMztWurwf3sr68
- Pegawai Farmasi (16 hingga 25 Oktober ) https://forms.gle/Yyx2Jj46HP16riwr7
Tindakan yang perlu di ambil bagi tujuan pemilihan penempatan melalui sistem e-placement
- Log in e-placement di https://eplacement.moh.gov.my, dalam tempoh yang ditetapkan
- Pilih penempatan di JKN yang ditawarkan dalam sistem
- Cetak slip pengesahan penempatan
- Semak penempatan ke fasiliti dengan JKN masing-masing mulai 14 November 2023
- Melapor diri bertugas ke fasiliti pada 18 Disember 2023 kecuali calon yang tela h diluluskan penanguhan oleh Ketua Jabatan baharu
Maklumat Lanjut
Untuk sebarang masalah berkaitan portal e-placement penempatan lantikan tetap JKN 2023, anda boleh menghubungi ;
- Urusan Housemanship – 03-8883 2735/2805 atau [email protected]
- Urusan lantikan semula/lantikan tetap – 03-8883 2785/2809 atau [email protected]
- Urusan eDentist – 03-8883 2796 / 2803 atau [email protected]
- Urusan ePharmacist 03-8883 2795/ 2798/ 2803 atau emelkan kepada [email protected].
Baca juga : Permohonan Online MySTEP 2023 & Jawatan Kosong Terkini