Tawaran Diskaun 50% Bayaran Balik Pinjaman Pelajaran Yayasan Terengganu 2022
Tawaran diskaun 50% bayaran balik Pinjaman Pelajaran Yayasan Terengganu. Tawaran ini dibuat oleh Yayasan Terengganu sempena sambutan Jubli Emas Yayasan Terengganu sejak 1972 sehingga 2022.
Bagi peminjam yang masih mempunyai baki tunggakan pinjaman, adalah di alu-alukan untuk merebut peluang ini untuk mendapatkan diskaun bayaran bagi pinjaman yang tertunggak
Tempoh Diskaun Pinjaman Pelajaran Yayasan Terengganu
Bagi peminjam yang ingin merebut peluang mendapatkan diskaun 50% bayaran balik ini boleh berbuat demikian mulai 1 April 2022 sehingga tarikh tamat tempoh promosi diskaun pada 31 Mei 2022.
Kategori Layak Menerima Diskaun Pinjaman Yayasan Terengganu
Semua kategori pinjaman pelajaran Yayasan Terengganu adalah layak untuk mendapatkan diskaun ini.
Baca juga : Terkini Skim Permata Sejahtera 2022 Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu
Cara Transaki Bayaran Balik Pinjaman
Untuk membuat bayaran balik pinjaman ini, terdapat tiga kaedah yang boleh digunakan iaitu:
- i) Kaunter Bayaran /UTC
Kaedah pembayaran boleh dibuat sama ada secara tunai/cek/kad debit/kad kredit.
- ii) Kaunter BSN
Peminjam juga boleh membuat pembayaran balik melalui kaunter BSN dengan memasukkan no akaun Yayasan Terengganu iaitu 1110029000180947.
- iii) Pembayaran Dalam Talian (Internet Banking)
- Maybank
- Login ke Maybank2U.
- Pergi ke bahagian ‘Pay.’
- Di bahagian Payee, masukkan New Payee: Yayasan Terengganu.
- Di bahagian amount, masukkan no kad pengenalan peminjam dan nama peminjam.
- Klik pay untuk membuat pembayaran.
- CIMB Bank
- Login ke Maybank2U.
- Klik bahagian ‘Pay Bills.’
- CIMB Click: Yayasan Terengganu, masukkan nama dan no kad pengenalan.
- BSN
- Login ke myBSN.
- Pergi ke bahagian ‘Bill Payment.’
- Di bahagian Payment Category: Educational Loan, pilih Loan Yayasan Terengganu.
- RHB
- Login ke RHB Now.
- Klik bahagian ‘Other Biller.’
- Di bahagian Open Payment, pilih Yayasan Terengganu.
- Jom Pay
Di bahagian Biller Code masukkan nombor 2279 dengan:
– Ref 1: No Kad Pengenalan peminjam
– Ref 2: Nama peminjam
Maklumat Lanjut
Sekiranya anda mempunyai pertanyaan lanjut mengenai diskaun 50% pinjaman pelajaran Yayasan Terengganu, anda boleh hubungi nombor telefon 09-6221733, atau sila layari laman web https://yt.gov.my/kbp/.
Soalan Lazim
Apakah Kategori Yang Layak Menerima Diskaun 50% Bayaran Balik Pinjman Pelajaran Terengganu?
Semua kategori adalah layak untuk menerima diskaun ini
Bilakah Tempoh Sah Diskaun 50% Pinjaman Pelajaran Terengganu?
Tawaran ini sah mulai 1 April 2022 sehingga 31 Mei 2022