Doa Untuk Palestin : Lafaz Doa dan Qunut Nazilah (JAKIM, Mufti WP)

Berita peperangan di Palestin masih menjadi isu hangat yang mendapat perhatian warga dunia.

Serangan ganas daripada rejim zionis Israel terhadap bumi Palestin telah mengakibatkan ribuan jiwa terkorban dan ramai yang tercedera termasuk bayi, kanak-kanak dan wanita.

Saudara seagama kita di sana sedang bermandikan darah akibat serangan bertubi-tubi daripada zionis Israel. Luluh hati apabila membaca berita dan melihat perkembangan mengenai peperangan di sana.

Jenayah keganasan yang dihadapi rakyat Palestin ibarat seperti tiada titik noktahnya. Namun, sebagai umat Islam, kita harus percaya kepada janji Allah bahawa bumi Al-Aqsa akan dibebaskan.

Allah SWT berfirman dalam Surah Ali Imran ayat 160 yang bermaksud:

“Jika Allah menolong kamu mencapai kemenangan maka tidak ada sesiapa pun yang akan dapat mengalahkan kamu; dan jika Ia mengalahkan kamu, maka siapakah yang akan dapat menolong kamu sesudah Allah (menetapkan yang demikian)? Dan (ingatlah), kepada Allah jualah hendaknya orang-orang yang beriman itu berserah diri”

Selain menderma, melakukan solat hajat, bersedekah dan menunjukkan solidariti, adalah penting untuk kita terus mengirimkan doa untuk Palestin agar tanah Al Aqsa akan dibebaskan suatu hari nanti sesuai dengan janji Allah SWT. doa untuk palestin

Doa Untuk Palestin

Berikut merupakan doa khas buat saudara kita di Palestine yang dikongsikan oleh Mufti Wilayah Persekutuan :

اللَّهُمَّ انْصُرْ إِخْوَانَنَا فِي فِلَسْطِين، اللّهُمّ ثَبِّتْ أَقْدَامَهُم، اللّهُمَّ قَوِّي عَزَائِمَهُمْ، اللَّهُمَّ صَبِّرْهُم عَلَى مُصِيْبَتِهِم، اللَّهُمَّ تَقَبَّلْ شُهَدَاءَهُمْ

Bacaan Rumi : Allahummansur ikhwanana fi falastin, Allahumma thabbit aqdaa ma hu, Allahumma qawwi ‘azho imahum, Allahumma sobbarhum ‘a la musiibatihim, Allahumma taqobbal shuhadaa a hum.

Maksud : Ya Allah, bantulah saudara-saudara kami di Palestin, Ya Allah, tabahkanlah mereka, Ya Allah, kuatkanlah tekad mereka, Ya Allah, berikanlah kesabaran kepada mereka dalam menghadapi musibah, Ya Allah terimalah para syuhada dari kalangan mereka.

doa untuk palestin

Doa Qunut Nazilah

Pada waktu getir ini, kita juga digalakkan untuk mengamalkan doa qunut nazilah dalam solat fardhu setiap hari.

Qunut Nazilah merupakan doa khas yang boleh dibacakan apabila saudara seIslam kita diduga dengan musibah seperti kemarau, serangan musuh dan wabak penyakit.

Doa ini boleh diamalkan pada setiap solat fardhu (Subuh, Zohor, Asar, Magrib, Isyak). Ia dibaca pada rakaat terakhir selepas bangun dari ruku’ untuk ‘iktidal. Doa perlu dibaca ketika berdiri untuk ‘iktidal. Anda boleh amalkan bacaan doa qunut Nazilah dengan 3 kaedah iaitu :
  1. Membaca doa Qunut seperti yang biasa dibaca ketika solat Subuh.
  2. Membaca doa Qunut Nazilah sahaja.
  3. Membaca doa Qunut Subuh dan diikuti dengan doa Qunut Nazilah.
Bagi yang solat berjamaah, imam perlulah memaklumkan kepada para jemaah bahawa qunut akan dibaca dalam solat supaya mereka meng-aminkan bersama doa tersebut.

Bacaan Doa Qunut Nazilah (Bahasa Arab & Rumi)

doa untuk palestin اللهم إنا نجعلك فى نحور اعداءنا Allahumma inna naj ‘aluka fi nuhuri ‘ada ina و نعوذ بك من شرورهم Wana’u dzubika min syururihim اللهم بدد شملهم. و فرق جمعهم Allahumma baddid syamlahum. Wafarriq jam ‘ahum وشتت کلمتهم. و زلزل أقدامهم Wasyattit kalimatahum. Wazalzil aqda mahum وسلط عليهم کلبامنکلابك Wasallitt ‘alaihim kalbam mingkila bik يا قهار ياجبار يا منتقم يا الله يا الله يا الله Ya qahhar ya jabbar ya muntaqimu ya allahu ya allahu ya allah اللهم يا منزل الکتاب يا مجري السحاب Allahumma ya munzilalkitab ya mujriyas saahab يا هزم الأ حزاب اهزمهم وانصرنا عليهم Ya hazimal ahzab ihzihum ihzihum ihzihum wansurna ‘alaihim

Maksud Bacaan Qunut Nazilah

Ya Allah, kami letakkan kamu di batang leher musuh-musuh kami, Dan kami berlindung denganmu dari kejahatan mereka, Ya Allah hancurkan kumpulan mereka, Ya Allah pecahkan pakatan mereka, Ya Allah leburkan pendirian mereka, Ya Allah musnahkan langkah mereka, Cengkamkan anjing-anjingmu kepada mereka, Ya Allah yang maha memaksa, Ya Allah yang maha perkasa, Ya Allah yang maha membalas, Ya Allahu, Ya Allahu, Ya Allah, Yang turunkan kitab, yang gerakkan awan, yang tewaskan tentera Ahzab, Kalahkan mereka, kalahkan mereka, kalahkan mereka dan kemenangan untuk kami. Allahumma ameen doa untuk palestin

Jangan berhenti untuk terus kirimkan doa buat Palestin. Sesungguhnya mereka sedang berdepan dengan ujian yang sangat besar ketika ini. Tunjukkan sokongan anda dengan merchandise Bebaskan Palestin.

Sumber : Mufti Wilayah Persekutuan, JAKIM

Baca Juga : Qunut Nazilah : Bacaan Bahasa Arab & Rumi Serta Panduan
SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!