Kadar Fidyah 2023 Ikut Negeri & Kalkulator Fidyah
Nilai bayaran kadar fidyah 2023 bagi setiap negeri adalah berbeza-beza. Contoh kadar fidyah negeri Selangor 2023 berbeza dengan kadar fidyah Sabah 2023.Bagi memudahkan cara pengiraan fidyah, kiraan mengunakan kalkulator fidyah mengikut negeri seperti kalkulator fidyah Johor dan negeri-negeri lain yang disertakan seperti dibawah.
Pengiraan asas kadar bayaran fidyah bagi satu hari puasa yang ditinggalkan bersamaan satu cupak beras yang boleh dibuat zakat fitrah (1/4 gantang Baghdad).
Manakala bayaran dalam bentuk matawang adalah berdasarkan kepada kadar yang ditetapkan oleh Majlis Agama Islam negeri masing-masing.
Contoh bagi tahun 1444H (2023) nilai secupak beras bersamaan dengan 600 gram dinilai dengan kadar RM 1.75 bagi negeri Sabah.
GOLONGAN WAJIB MEMBAYAR FIDYAH
Baca juga : Niat Ganti Puasa Ramadhan & Puasa Sunat Serentak
Kadar Fidyah Mengikut Negeri 2023
Kadar fidyah bagi tahun semasa 2023/1444H mengikut negeri yang telah ditetapkan oleh Majlis Agama Islam di setiap negeri masing-masing adalah seperti berikut ;
Cara Kiraan Bayaran Fidyah
Secara umumnya taksiran fidyah ialah ;
(Jumlah hari puasa yang ditinggalkan) X (1 Cupak) = FIDYAH
Contoh pengiraan ;
Rahmah tinggal di Kota Belud, Sabah belum menggantikan puasanya selama 7 hari pada Ramadan 1442H (2020) sehingga memasuki Ramadan berikutnya pada tahun 1443H (2021).
- Formula Kiraan: [Jumlah hari puasa yang ditinggalkan X Kadar Fidyah]
- Jumlah hari puasa yang ditinggalkan = 7 hari
- Kadar fidyah 2022 bagi negeri Sabah = RM1.80
- Kadar fidyah yang perlu dibayar Rahmah = 7hari x RM1.80 = RM12.60
KONSEP GANDAAN
Konsep gandaan disini merujuk kepada seseorang yang meninggalkan puasanya dan belum mengantikanya sehingga masuk bulan ramadhan yang seterusnya, maka kiraanya didarabkan dengan jumlah tahun yang ditingalkan.
Walaubagimana pun kiraan ini adalah mengikut ketetapan Majlis Agama Islam negeri masing-masing dan mengikut kemampuan
Contoh pengiraan ;
Insyirah tinggal di Kota Kinabalu, Sabah. Beliau belum menggantikan puasa sehingga memasuki beberapa Ramadan tahun-tahun berikutnya. Beliau tidak berpuasa selama 7 hari pada Ramadan 1438H (2017) dan masih belum berganti sehingga 1441H (2020). Insyirah berkemampuan untuk menggandakan bayaran fidyah beliau.
- Formula Kiraan: [(Jumlah hari puasa yang ditinggalkan X Kadar Fidyah) X Bilangan Tahun Yang Ditinggalkan]
- Kadar fidyah 2020 bagi negeri Sabah = RM4.00
- (7hari x RM4.00) x 3 Tahun = RM84.00
- Kadar fidyah yang perlu dibayar Insyirah = RM84.00
Keterangan :
Justeru kiraan akan bermula dari tahun 1439H hingga 1441H = 3 tahun. Tahun pertama yang bermula dari 1438H hingga 1439H tidak termasuk dalam kiraan fidyah kerana masih dalam tempoh puasa boleh digantikan dan belum memasuki Ramadan yang berikutnya.
KALKULATOR FIDYAH ORANG MENINGGAL
Bagi waris yang berniat untuk melaksanakan bayaran fidyah bagi orang yang telah meninggal dunia, sekiranya bilangan hari diketahui oleh para waris…
Contoh pengiraan:
Puan Rahmah ialah seorang warga emas yang telah terlantar sakit bertahun-tahun dan tidak mampu berpuasa di bulan Ramadan. Pada 13 Ramadan beliau telah meninggal dunia. Maka, fidyah beliau dikira:
- Jumlah hari puasa yang ditinggalkan X Kadar fidyah pada tahun tersebut.
- 13 hari X RM4.00 = RM52.00 (FIDYAH)
Kalkulator Kadar Fidyah Mengikut Negeri 2023
Bagi memudahkan anda untuk membuat kiraan berapa kadar fidyah yang perlu di bayar, berikut disertakan pautan kalkulator fidyah mengikut negeri ;
BAYAR FIDYAH KEPADA SIAPA?
- Bayaran atau pengaihan fidyah ini hanya dikhususkan untuk diberikan kepada golongan fakir dan miskin sahaja.
- Dan lebih afdal lagi bayaran fidyah ini diberikan kepada kaum keluarga yang dalam kategori fakir dan miskin tetapi bukan di bawah tanggungan si pembayar fidyah seperti adik beradik, ibu dan bapa saudara seperti yang yang dijelaskan oleh Mufti Wilayah Persekutuan
- Walaubagimanapun, Fidyah hendaklah dibayar kepada amil yang dilantik oleh pihak berkuasa di tempat masing-masing. Ini kerana, di sana terdapat bahagian yang boleh dituntut untuk pengagihan sendiri.
Soalan Lazim Berkaitan Fidyah F.A.Q
Fidyah ialah denda ke atas seseorang Islam yang telah baligh kerana melakukan sesuatu perkara yang melibatkan pelanggaran terhadap hukum puasa, haji dan yang berkaitan. Jika ia melibatkan hukum mengenai ibadah puasa, fidyah dikenakan kerana meninggalkan puasa wajib atas sebab-sebab tertentu atau pun sengaja melewatkan puasa ganti (qada) bulan Ramadhan.
Hukum membayar fidyah adalah wajib. Ia wajib disempurnakan mengikut bilangan hari yang ditinggalkan. Ia juga menjadi satu tanggungan (hutang) kepada Allah SWT sekiranya tidak dilaksanakan.
Bayaran boleh dibuat melalui tiga kaedah berikut ;
i.Secara Tunai – Bayaran boleh dilakukan terus di pejabat agama atau pejabat zakat negeri masing-masing atau melalui wang pos.
ii.Secara Online – Melalui e-zakat negeri masing-masing seperti e-zakat Selangor, e-zakat Penang, laman web Pejabat Agama dan Majlis Negeri
iii.Melalui MayBank2U – Kaedah ini boleh digunakan untuk pusat zakat atau majlis agama negeri yang aktifkan pembayaran fidyah melalui Maybank2U.
Maklumat lanjut berkaitan kadar bayaran fidyah 2023, dan permasalahan yang berbangkit anda juga boleh menghubungi dan merujuk kepada Majlis Agama Islam negeri di tempat masing-masing