Takbir Raya Aidilfitri : Lafaz, Bacaan Rumi Serta Maksud

Takbir Raya Aidilfitri : Lafaz, Bacaan Rumi Serta Maksud

Sedar tak sedar, Hari Raya Aidilfitri telah menjelma setelah sebulan berpuasa. Meskipun sinonim dengan adat bermaaf-maafan dan berkunjung ke rumah rakan dan sanak-saudara, terdapat banyak amalan yang digalakkan pada 1 Syawal.

Antara amalan yang dikhususkan adalah Takbir Raya Aidilfitri. Sesuai dengan ertinya, takbir merupakan lafaz zikir yang mengagungkan dan membesarkan Allah SWT.

Ia juga merupakan simbolik bagi ukhwah atau ikatan persaudaraan yang utuh di kalangan umat Islam di seluruh dunia.

takbir Raya Aidilfitri

Waktu Untuk Takbir Raya Aidilfitri

Untuk takbir Hari Raya Aidilfitri, ia boleh dilafazkan selepas terbenamnya matahari pada malam raya, iaitu apabila masuknya waktu Magrib pada 1 Syawal sehinggalah takbiratulihram bagi solat Hari Raya Aidilfitri pada keesokan harinya.

Baca Juga : Masa Takbir Raya Haji & Panduan Lafaz Takbir Aidiladha

Lafaz Takbir Raya Aidilfitri Serta Maksud

Bagi memudahkan anda mengamalkannya di mana sahaja anda berada, di sini kami ingin kongsikan lafaz takbir Raya Aidilfitri serta maksudnya.

*اَللهُ أَكْبَرُ، اَللهُ أَكْبَرُ، اَللهُ أَكْبَرُ، لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَاللهُ أَكْبَرُ، اَللهُ أَكْبَرُ وَلِلهِ الحَمْدُ 

 *(Ulang 3 kali) 

 اَللهُ أَكْبَرُ، اَللهُ أَكْبَرُ، اَللهُ أَكْبَرُ

، اللهُ أَكْبَرُ كَبِيرًا، وَالحَمْدُ لِلهَ كَثِيرًا، وَسُبْحَانَ اللهِ بُكْرَةً وَأَصِيلاً

 لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَلاَ نَعْبُدُ إِلاَّ إِيَّاهُ مُخْلِصِينَ لَهُ الدِّينَ وَلَوْ كَرِهَ الكَافِرُونَ

، لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ، صَدَقَ وَعْدَهُ، وَنَصَرَ عَبْدَهُ، وَأَعَزَّ جُنْدَهُ وَهَزَمَ الأَحْزَابَ وَحْدَهُ

، لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَاللهُ أَكْبَرُ، اَللهُ أَكْبَرُ وَلِلهِ الحَمْدُ

takbir Raya Aidilfitri

Teks Takbir Hari Raya Aidilfitri Dalam Rumi

*Allahu akbar Allahu akbar Allahu akbar Laa ilaaha illallahu wallahu akbar Allaahu akbar walillaahil hamd’

 *(Ulang 3 kali) 

Allahu akbar Allahu akbar Allahu akbar Allahu akbar kabiiraa Walhamdulillaahi katsiiraa Wasubhaanallaahi bukrataw wa asiillaa

Laa ilaaha illallallahu Walaa na’budu illaa iyyaahu Mukhlishiina lahuddiin Walau karihal kaafiruun

Laa ilaaha illallallahu wahdah Sadaqa wa’dah Wanasora ‘abdah Wa a’azza jundahu Wahazamal ahzaaba wahdah

Laa ilaaha illallaahu wallaahu akbar Allaahu akbar walillaahil hamd’

Terjemahan/Maksud

Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Allah Maha Besar

Tidak ada Tuhan melainkan Allah dan Allah Maha Besar Allah Maha Besar dan bagi Allah segala puji-pujian Dan Subhanallah (Maha Suci Allah) pagi dan petang

Tidak ada Tuhan melainkan Allah, Kami tidak menyembah kecuali kepada-Nya, Dengan ikhlas untuk Agama (Islam), Walaupun dibenci oleh golongan kafir

Tidak ada Tuhan melainkan Allah yang Esa, Yang benar janji-Nya, Dan yang menolong hamba-Nya,

 Dan yang memuliakan tentera-tentera-Nya (tentera Muslimin), Dengan mengalahkan tentera Ahzab dengan keesaan-Nya

Tidak ada Tuhan melainkan Allah dan Allah Maha Besar, Allah Maha Besar dan bagi Allah segala puji-pujian

Untuk panduan melafazkan takbir Raya Aidilfitri, anda boleh rujuk video yang dikongsikan oleh TV3 seperti di bawah :

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!