Biodata Khairy Jamaluddin, Bekas Menteri Kesihatan Malaysia

Biodata Khairy Jamaluddin (KJ)

Sejak akhir-akhir ini, bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin telah menjadi sebutan warganet atas penglibatannya dalam pelbagai bidang di luar politik.

Apabila berbicara tentang KJ, rata-rata rakyat Malaysia pasti akan ingat detik kekalahan beliau dalam Pilihan Raya Umum ke 15 (PRU 15) bagi kerusi Parlimen Sungai Buloh.

Walaupun kemenangan tidak menyebelahinya, namun ribuan warganet telah menitipkan kata-kata semangat buat Khairy dan berharap semoga beliau akan diberi peluang untuk melibatkan diri dalam arena politik tanah air pada masa hadapan.   

 Meskipun sudah tidak aktif dalam bidang politik buat masa ini, namun lelaki berusia 47 tahun ini telah menabur banyak jasa kepada pentadbiran negara.

Jom kita semak serba sedikit biodata Khairy Jamaluddin serta pengalaman dan pencapaian beliau.

Baca Juga : Biodata Perdana Menteri Malaysia Pertama Sehingga Kini

Biodata Khairy Jamaluddin

Nama Penuh : Khairy Jamaluddin Abu Bakar

Tarikh Lahir : 10 Januari 1976

Umur : 47 tahun (2023)

Tempat Lahir : Kuwait

Isteri : Nori Abdullah (anak kepada Tun Abdullah Ahmad Badawi)

Anak : 3 orang (Jibreil Ali, Timor Abdullah, Raif Averroes)

Biodata Khairy Jamaluddin

Pendidikan

  • University College London – Sarjana dalam Teori Undang-Undang dan Politik
  • Kolej St Hugh Universiti Oxford – Sarjana Muda dalam Falsafah, Politik dan Ekonomi

Anugerah

  • Singapore Felo Pertukaran Lee Kuan Yew
  • Harvard Ministrial Leadership Programme
  • Pingat Emas Sukan Asia Tenggara (SEA) untuk Polo (2017)
  • The Most Gallant Order of Military Service Medal Malaysia (2016)
  • Rakan Perdana Menteri New Zealand (2016)
  • Asia Society Asia 21 Fellow (2006)
  • Pemimpin Global Muda Forum Ekonomi Dunia (2005)
  • Chevening Visiting Fellow, Pusat Pengajian Islam Oxford (2002)

Penglibatan dalam Kementerian dan Politik

  • Menteri Kesihatan Malaysia (2021-2022)
  • Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (2020-2021)
  • De Facto Shadow Menteri Kewangan, Parlimen Malaysia (2018 – 2020)
  • Ahli Parlimen Rembau, Parlimen Malaysia (2008 –2022)
  • Menteri Belia dan Sukan, Malaysia (2013 – 2018)
  • Ketua Sayap Pemuda bagi parti UMNO (2009 – 2018)
  • Timbalan Ketua Setiausaha Sulit, Pejabat Perdana Menteri Malaysia (2003 – 2004)
  • Pembantu Khas, Pejabat Timbalan Perdana Menteri Malaysia (1999 – 2003)
Biodata Khairy Jamaluddin

Pengalaman Lain

  • Pengerusi Perbadanan Pembangunan Usahawan Nasional (2012 – 2013)
  • Pengarah, Perbankan Pelaburan, ECM Libra Avenue Securities (2004 – 2007)
  • Komander Rejimen Simpanan ke-508 Tentera Darat Malaysia berpangkat Brigedier Jeneral (2014 – 2018)
  • Pengerusi Forum Halal Dunia yang menganjurkan pameran perdagangan Halal terbesar di dunia (2006 – 2007)
  • Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) (2007 – 2010)
  • Pelatih dan Penulis di The Economist melaporkan dari Afghanistan yang ditadbir oleh Taliban (1999)
  • Penyampai Dateline Malaysia, program televisyen perbincangan berita untuk hal ehwal semasa (1999)
  • Penulis artikel TIME, Wall Street Journal, dan banyak penerbitan serantau dan nasional
  • Rakan Kongsi, Rakan Kongsi Kyra (Semasa)
  • Pengerusi dan Pengasas Bersama, The Centre (Semasa)

Khairy Aktif Dalam Bidang Luar Politik

Khairy mengejutkan orang ramai apabila bersetuju untuk menjadi penyampai radio bagi HotFM untuk slot Bekpes Hot bermula 15 Februari 2023.

Kemudian, beliau juga telah dilantik sebagai Penasihat Belia Johor dan ahli Lembaga Pengarah Kelab Bolasepak Johor Darul Takzim.

Menurut DYAM Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor, pengalaman Khairy yang luas dalam pelbagai bidang di negara ini bakal memberikan nilai tambah kepada pembangunan belia serta kemajuan bola sepak Johor.

Biodata Khairy Jamaluddin

Maklumat Lanjut

Untuk ketahui perkembangan terkini mengenai Khairy Jamaluddin, sila layari laman media sosial rasmi beliau seperti berikut :

Laman web : khairykj.com

Facebook : facebook.com/Khairykj

Twitter : @khairykj

Instagram : @khairykj

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!