Permohonan FY2022 Program Bakat Muda Agrobank (YTP) 2022

Terkini Agrobank mempelawa graduan berkelayakan untuk memohon Program Bakat Muda Agrobank (YTP) 2022. Borang permohonan, seperti di nyatakan di bawah. Tarikh tutup permohonan adalah pada 31 Mei 2022 sebelum jam 05:00pm

 

Graduan Malaysia yang berkelayakan, dan mempunyi minat untuk bekerja di bidang perbankan bersama Agrobank, ini adalah peluang terbaik untuk anda memohon menyertai program ini. Menerusi program ini, anda akan berpeluang menerima pelbagai manfaat menarik selain peluang diserap bekerja bersama Agrobank

Apa Itu Program Bakat Muda Agrobank (YTP)

program bakat muda agrobank ytp

Program YTP ini memberikan peluang kepada graduan untuk terlibat untuk menjalani latihan dan mendapat tawaran kerjaya di Agro Bank. Menerusi program ini, graduan bakal menerima pelbagai manfaat daripada Agro Bank khususnya selepas tamat program ini.

Baca juga : Permohonan GRADPRENEUR@Perak 2022 Program Latihan dan Pinjaman Usahawan Graduan

Faedah dan Manfaat

  • Peluang untuk menerokai ilmu baharu, kemahiran dan hubungan yang baik (network) dalam Sektor Perbankan.
  • Mendapat pengalaman bekerja di Ibu Pejabat dan Cawangan.
  • Bimbingan dan sokongan kerjaya.
  • Pakej imbuhan yang kompetitif.
  • Peluang pekerjaan dengan Agrobank.

Syarat Kelayakan

Graduan yang berminat menyertai program ini,perlulah melepasi syarat-syarat seperti;

  • Graduan lepasan Ijazah atau Sarjana dengan pengalaman bekerja kurang daripada 2 tahun.
  • Warganegara Malaysia berumur tidak melebihi 27 tahun pada tarikh pengambilan.
  • Ijazah atau Sarjana dalam kursus berkaitan Kredit (Bidang Perakaunan/Kewangan/Perbankan/Ekonomi/Pemasaran/Perniagaan yang berkaitan diutamakan).
  • Minima PNGK 3.50 dan ke atas.
  • Minima Band 4 dalam Malaysian University English Test (MUET)

 

Cara Mohon

 

Tarikh tutup permohonan 31 Mei 2022, 5:00 p.m.

Permohonan menyertai Program Bakat Muda Agrobank (YTP) 2020 boleh dibuat secara atas talian dengan cara;

 

Semakan Status Program Bakat Muda Agrobank (YTP)

Untuk makluman anda, hanya calon yang disenarai pendek akan dihubungi. Sekirnaya anda tidak menerima sebarang maklum balas selepas tempoh satu bulan, anda boleh la mengangap permohonan anda tidak berjaya.

 

Maklumat Lanjut

Sekiranaya anda mempunyai sebarang pertanyaan dan persoalan mengenai program ini, anda boleh hubungi ;

Nombor telefon tempatan di 1 300 88 2476
Nombor telefon luar negara di +603 2709 0600
Waktu operasi Pusat Perhubungan 7 pagi – 9 malam

E -mail : [email protected]

Alamat:
Agrobank
Client Relationship Management
Leboh Pasar Besar
Peti Surat 10815
50726 Kuala Lumpur

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!