Cuti Tahun Baru 2024 & Koleksi Lawak Happy New Year

Di Malaysia, cuti tahun baru 2024 adalah cuti umum yang diberikan pada 1 Januari. Semua negeri di Malaysia menetapkan 1 januari 2024 sebagai hari kelepasan am sempena tahun baru kecuali Johor, Kedah, Kelantan, Perlis, dan Terengganu.

Bagi ibu bapa, yang ingin mengambil peluang bersama keluarga dan anak-anak bercuti, ini adalah antara beberapa lokasi yang menarik dan menjadi tumpuan untuk percutian singkat.

Lokasi Tumpuan Cuti Tahun Baru 2024

Bagi mereka yang tinggal atau bekerja di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor, berikut adalah lokasi popular yang menarik untuk di kunjungi sempena cuti tahun baru 2024 ;

cuti tahun baru 2024 di i city
  • i-city Shah Alam
  • Taman Burung Kuala Lumpur
  • Zoo Negara
  • KLCC
  •  The Exchange TRX
  • Menara Kuala Lumpur
  • Manakala bagi kaki shopping, jangan lupa untuk singgah di Jalan Tuanku Abdul Rahman untuk mendapatkan barangan tertentu pada harga promosi sempena jualan akhir tahun.

Sambutan Ambang Tahun Baru 2024 Seluruh Negara

Sambutan ambang tahun baru 2024 peringkat kebangsaan tidak dilaksanakan pada tahun ini.

sambutan ambang tahun baru 2024 peringkat kebangsaan

Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata ia sebagai tanda solidariti kepada rakyat Palestin yang kini ditindas dengan kejam oleh rejim zionis Israel dan menghormati mangsa banjir di beberapa negeri.

Walaubagiamana pun di peringkat kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan mungkin diadakan program sambutan yang bersesuaian dengan keadaan setempat.

Berikut adalah lokasi sambutan ambang tahun baru peringkat negeri;

Kedah – Tapak Expo Stadium Darulaman alor Setar, Kedah

sambutan tahun baru 2024 selangor

Selangor – Sambutan Ambang Tahun Baru 2024 Peringkat Negeri Selangor (Darul Ehsan Berselawat),Dataran Tapak Karnival, Perkarangan Stadium Shah Alam

Sarawak – Tebingan Kuching.

Dataran Pangkalan Rama, Melaka Sempena Tahun Melawat Melaka

Perkarangan Stadium Majlis Perbandaran Manjung, Perak

ambang tahun baru 2024 terengganu

Program Ambang Tahun Baharu 2024 bertempat di Stadium Tertutup Kompleks Sukan Negeri Terengganu

Baca juga : Cuti Selangor 2024

Koleksi Ucapan Lawak New Year 2024

  1. Jangan masuk tandas pada malam ini. Tahun depan baru keluar tandas.
  2. Sedap tidur malam ini, tidur sampai tahun depan.
  3. Jangan basuh baju malam ini. Tahun depan baru kering.
  4. Isilah minyak malam ini, boleh tahan sampai tahun depan.
  5. Lamanya penerbangan, dijangka tahun depan baru sampai
  6. Caj telefon malam ini, boleh tahan sampai tahun depan
  7. Di hujung tahun ini eloklah bermaaf-maafan. Macam tadi, mesin ATM pun dah bermaafan dengan aku, “Harap maaf, baki anda tidak mencukupi.

Baca juga: Koleksi Komik 50 Bukan Azam Tahun Baru

Semoga cuti tahun baru 2024 dapat dimanfaatkan sebaiknya. Bagi anda yang tidak kemana-mana boleh manfaatkan cuti tahun baru, boleh la mula membuka lembaran baru dan menulis catatan atau pelan perancangan anda menggunakan buku planner 2024

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!