MyASNB | Cara Keluarkan ASB Online Dengan Mudah

MyASNB | Cara Keluarkan ASB Online Dengan Mudah ~ Berita baik! Anda kini tidak perlu susah payah lagi beratur dan ambil giliran pun untuk membuat pengeluaran wang ASB. Anda kini boleh buat pengeluaran secara online sahaja melalui myASNB dengan cepat dan pantas. 

MyASNB

Kemudahan pengeluaran dalam talian ini ditawarkan selaras saranan kerajaan supaya institusi kewangan mengaplikasikan kemudahan urus niaga digital serta untuk memenuhi permintaan pemegang unit yang inginkan fleksibiliti dalam pengurusan pelaburan mereka.

Pemegang unit bagaimanapun dinasihatkan supaya menggunakan kemudahan pengeluaran ini dengan bijak dan berhemah serta hanya mengeluarkan wang sekiranya benar-benar memerlukan.

Sebelum ini, anda kena pergi ke bank dan beratur panjang sekiranya ingin mengeluarkan duit asb. Tetapi, kini anda boleh mengeluarkan wang simpanan ASB anda secara dalam talian (ONLINE) menerusi portal myASNB sahaja.

Selain itu, had pengeluaran secara dalam talian melalui myASNB juga telah dinaikkan ke RM2,000 sebulan. Kenaikan had pengeluaran ini telah tersedia di portal myASNB, manakala di aplikasi myASNB akan bermula pada 3 Mac 2022.

MyASNB

Cara-Cara Keluarkan Duit ASB Secara Online

  1. Log in ke aplikasi myASNB atau portal MyASNB di pautan :  https://www.asnb.com.my
  2. Seterusnya, klik Portfolio > Transaksi > Jualan Balik
  3. Tekan “Transaksi”. Pilih “Jualan Balik”.
  4. Pilih amaun > Klik Seterusnya
  5. Pilih “Seterusnya”. Maklumat akaun bank yang kita daftarkan dalam portal akan dipaparkan. 
  6. Isikan maklumat dan buat pengesahan untuk pengeluaran. Semak maklumat bank untuk pemindahan dana.
  7. Klik Permintaan TAC > Seterusnya
  8. Duit akan dimasukkan ke akaun simpanan kita dalam masa 1 hari bekerja.
  9. Semak  wang yang dipindahkan dari ASB di akaun simpanan anda.

NOTA: Anda perlu mempunyai akaun myASNB. Bagi yang belum ada akaun ASB, anda juga boleh membuka akaun secara online juga. Pastikan anda daftarkan no telefon anda di kaunter ASB sebelum itu. 

Had Minimum & Maksimum Pengeluaran Asb Online Setiap Bulan

  • Had MINIMUM jualan balik secara online ialah RM100
  • Had MAKSIMUM pengeluaran secara dalam talian ialah RM2000 sebulan dari mana-mana akaun unit amanah ASNB anda.
  • Namun, tiada had jualan balik sekiranya urus niaga tersebut dilaksanakan di kaunter cawangan atau ejen ASNB.

Contoh: Urus niaga jualan balik dalam talian terkumpul pada bulan Mac:

TarikhUnit AmanahJumlah Jualan BalikBaki Jualan Balik yang dibenarkan bulan MacStatus urus niaga
18/3ASBRM1,000.00RM1,000.00Berjaya
16/3ASB 3 DidikRM1,000.00RM0.00Berjaya
22/3ASNRM500.00RM0.00Tidak berjaya

NOTA: Urus niaga pada 22/3 tidak berjaya kerana pemegang unit telah mencapai had maksimum RM2,000.00 bagi bulan Mac.

Had Bilangan Urusniaga ASB

Urus niaga jualan balik dihadkan sebanyak maksimum 3 kali sahaja bagi setiap satu (1) bulan kalendar.

Contoh: Urus niaga jualan balik dalam talian terkumpul pada bulan Mac :

TarikhUnit AmanahJumlah Jualan BalikBaki Bilangan Urus Niaga Jualan Balikyang dibenarkan bulan OgosStatus urus niaga
8/3ASBRM800.002Berjaya
10/3ASBRM200.001Berjaya
16/3ASB 3 DidikRM600.000Berjaya
22/3ASNRM100.000Tidak berjaya

NOTA: Urus niaga pada 22/3 tidak berjaya kerana pemegang unit telah melaksanakan jualan balik dalam talian lebih 3 kali dalam bulan Mac.

Tempoh Transfer Duit ASB Masuk Bank

Sekiranya anda menerima notifikasi transaksi berjaya melalui SMS, permohonan anda telahpun diterima oleh ASNB untuk proses pengkreditan.

Wang hasil jualan balik unit amanah ASNB anda akan dikreditkan ke dalam akaun bank yang didaftarkan dengan ASNB pada hari bekerja berikutnya.

Namun begitu, jika wang masih belum dikreditkan dalam tempoh yang ditetapkan, ianya mungkin disebabkan oleh perkara berikut:

  1. Maklumat akaun bank tidak sah/ tepat.
  2. Menggunakan akaun yang tidak dibenarkan (contoh: akaun pihak ketiga/ akaun bersama/ akaun e-wallet).
  3. Maklumat peribadi di ASNB berbeza dengan rekod di bank (contoh: nama/ kad pengenalan).
  4. Akaun bank tidak wujud atau tidak aktif.

NOTA:

  • Sila pastikan maklumat akaun yang diberikan adalah tepat dan memenuhi syarat yang ditetapkan bagi mengelakkan sebarang kelewatan penerimaan wang anda.
  • Sekiranya pengkreditan pembayaran tidak berjaya, unit akan dikembalikan ke dalam akaun tabung unit amanah anda dalam tempoh 10 hari bekerja.

Maklumat Lanjut & Pertanyaan 

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau ingin mengetahui maklumat lanjut, sila rujuk Soalan Lazim berkenaan Pengeluaran / Jualan Balik unit myASNB di pautan berikut: https://www.asnb.com.my/onlineredemption.php

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!