Semakan Penyata SSPN 2023 & Kadar Dividen 2022

KADAR DIVIEN SSPN 2022 YANG DIUMUMKAN IALAH 3.05 %.SEMAKAN PENYATA SSPN 2023 BOLEH DIBUAT MULAI 6 APRIL 2023

Pengumuman dividen sspn 2022 yang di umumkan pada 5 April 2023 oleh Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) mengistiharkan bahawa kadar agihan dividen Skim Simpanan Pendidikan Nasional (Simpan SSPN) 2022 adalah sebanyak 3.05 peratus

Selain daripada itu, PTPN juga dalam masa yang sama turut mengumumkan Kempen Ganjaran Kesetiaan Simpan SSPN Prime 2023 sebanyak satu peratus kepada pendeposit akaun Simpan SSPN Prime yang membuat simpanan minimum RM500 dalam tempoh promosi bermula 5 April 2023 hingga 31 Julai 2023.

Kadar Dividen SSPN 2022

dividen sspn 2022

Kadar agihan dividen SSPN tahun 2022 yang telah diumumkan pada 5 April 2023 (Rabu) jam 1:30 tengah hari oleh PTPTN adalah sebanyak 3.05 peratus. Kadar ini bukan sahaja lebih tinggi daripada agihan dividen pada tahun lepas iaitu 3.00 peratus, malah merupakan kadar dividen yang kompetetif lebih tinggi jika dibandingkan dengan kadar keuntungan simpanan di akaun semasa dan simpanan tetap di sesetengah bank yang hanya menawarkan kadar dividen keuntungan antara hanya 2.05 peratus hingga 2.75 peratus.

Kadar tersebut akan memberi manfaat kepada 5.73 juta pendeposit akaun Simpan SSPN membabitkan anggaran peruntukan RM266.17 juta

Login Semakan Penyata SSPN 2023 Pendaftaran Kali Pertama

Bagi anda yang pertama kali ingin membuat semakan penyata sspn, anda boleh rujuk panduan dibawah untuk semakan penyata sspn pendaftaran kali pertama

LANGKAH 1

semakan penyata sspn 2023

LANGKAH 2

semakan simpanan sspn
  • Masukkan No. Akaun SSPN
  • Masukkan alamat email semasa pendaftaran SSPN secara online.
  • Sila sahkan alamat email yang diberikan.
  • Masukkan No. KP (Penerima Manfaat) semasa pendaftaran SSPN.
  • Masukkan poskod. Poskod mestilah sama seperti pendaftaran akaun SSPN dibuat.
  • Masukkan kata laluan. Kata laluan sebaiknya merangkumi huruf besar, huruf kecil dan numbor, contoh: Sspn123456
  • Sila sahkan kata laluan yang digunakan. *Masukkan kod abjad/angka yang dipaparkan pada skrin anda.
  • Klik SIMPAN.

LANGKAH 3

  • Sila buka PETI MASUK email anda untuk semakan pengesahan pembukaan. Sila klik pada pautan berwarna biru untuk pengesahan.
  • Nota: Jika tiada dalam PETI MASUK, sila semak pada folder lain, seperti SPAM, Junk atau lain-lain.
  • Email digunakan adalah: [email protected]

LANGKAH 4

  • 1. Masukkan No. Kad Pengenalan pendeposit tanpa “-“. Contoh: 861322035052
  • 2. Sila masukkan katalaluan yang telah dibuat semasa pendaftaran dilakukan (rujuk langkah 2)

LANGKAH 5

semakan penyata sspn

Pada laman ini, pendeposit boleh terus membuat semakan berkenaan akaun SSPN.

  • Klik pada No. Akaun SSPN untuk membuat semakan baki terperinci/terkini.
  • 2. Klik pada bahagian “Pengeluaran SSPN” jika pendeposit ingin membuat pengeluaran.
  • Nota: Untuk kekal aktif minimum baki RM20 perlu ditinggalkan untuk pengeluaran.
  • 3. Pendaftaran direct debit jika pendeposit untuk membuat caruman bulanan, melalui potongan akaun bank.
  • 4. Penyata hasil untuk pendeposit mendapatkan bagi pelepasan cukai taksiran untuk gunaan pihak HASIL.

Semakan Penyata SSPN Terkini

Pendeposit boleh membuat semakan penyata simpanan masing-masing secara dalam talian di portal rasmi PTPTN https://www.ptptn.gov.my/saving/sspnlogin.html atau aplikasi myPTPTN mulai 6 April 2023.

Semakan penyata sspn untuk pelepasan Cukai

Terkini kerajaan telah bercadang untuk melanjutkan pelepasan cukai pendapatan individu sehingga RM8,000 bagi simpanan bersih tahunan dalam Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) sehingga tahun 2024.

Untuk semakan penyata sspn untuk pelepasan cukai boleh dibuat melalui ;

Semakan online menerusi login pendeposit di https://www.ptptn.gov.my/saving/sspnlogin.html.

Semakan penyata sspn melalui Careline (CS)

  • Hubungi 03-21933000

Waktu Operasi 9AM – 5PM hari bekerja sahaja.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut mengenai semakan penyata sspn 2023 dan mengenai dividen 2022, anda boleh layari website PTPTN atau hubungi talian ;

  • Careline: 03 – 2193 3000
  • WhatsApp: 011 – 6363 3000
  • Faks: 03 – 2193 1263
SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!