OPR Naik Lagi 2023 Apa Maksud & Kesannya BNM

Sah OPR naik lagi 2023. Kenaikan OPR kepada 3 peratus telah diumumkan semalam oleh Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) Bank Negara Malaysia (BNM)

Seperti yang telah di jangka oleh pakar-pakar ekonomi seperti yang pernah dilaporkan sebelum ini. Malah kenaikan ini lebih awal berbanding jangkaan yang dibuat iaitu pada bulan Julai 2023

Kenaikan OPR di buat menerusi penilaian MPC ketika ini yang melihat keadaan pertumbuhan dalam negeri yang kian berdaya tahan dan menilai ini adalah masa terbaik bagi mengembalikan tahap penyesuaian ke paras yang wajar

Apa Itu OPR

Dalam konteks kewangan dan ekonomi, “OPR” merujuk kepada Overnight Policy Rate (OPR) iaitu kadar faedah yang ditetapkan oleh bank pusat sesebuah negara untuk mengawal inflasi dan kestabilan ekonomi

Kenapa OPR Naik

opr naik 2023

Dalam melaksanakan peranan menggalakkan kestabilan monetari, BNM berusaha untuk melaksanakan dasar monetari yang mengekalkan kadar kenaikan paras umum harga barang dan perkhidmatan yang rendah dan boleh diramal, dengan mengambil kira perkembangan dan prospek ekonomi. Matlamatnya ialah untuk menggalakkan kestabilan monetari yang kondusif untuk ekonomi Malaysia tumbuh dengan mampan.

Kenaikan nilai OPR pada masa ini adalah selepas Jawatankuasa MPC Bank Negara membuat penilaian daripada pelbagai aspek yang menepati dasar monetari iaitu satu tindakan yang diambil oleh Bank Negara Malaysia (BNM) untuk mempengaruhi kadar faedah dalam ekonomi bagi memastikan inflasi kekal rendah dan stabil yang menyokong pertumbuhan ekonomi negara.

Secara ringkasnya kenaikan OPR ialah satu langkah untuk mengekalkan kestabilan harga barang dan perkhidmatan dalam negara

Kesan OPR Naik Kepada Rakyat

Kenaikan kadar faedah OPR oleh Bank Negara, sedikit sebanyak akan memberi kesan kepada rakyat sebagai pengguna seperti:

1. Peningkatan kadar faedah dalam pinjaman dan simpanan: Kenaikan dasar OPR dalam kadar faedah boleh menyebabkan bank dan institusi kewangan lain meningkatkan kadar pinjaman mereka. Ini boleh menjadikan kredit dan pinjaman lebih tinggi, sekali gus mengurangkan kuasa beli rakyat.

Dengan erti kata mudahnya, opr naik loan kereta naik. Bagi yang menyimpan atau melabur pula kadar faedah keuntungan yang diterima lebih tinggi

2. Pelaburan dan pertumbuhan ekonomi yang berkurangan: Peningkatan dalam kadar OPR boleh mengurangkan pelaburan dan pertumbuhan ekonomi dengan mengurangkan jumlah wang yang ada dalam pasaran. Ini boleh memperlahankan pertumbuhan ekonomi dan mengurangkan pekerjaan.

3. Penurunan harga hartanah: Kenaikan kadar OPR juga boleh menyebabkan harga hartanah jatuh dengan disebabkan syarat pinjman perumahan yang ketat dan faedah yang tinggi kepada pembeli.

Walau bagaimanapun, dasar meningkatkan kadar OPR juga boleh memberi kesan positif, seperti menstabilkan mata wang dan menggalakkan penjimatan dengan menarik wang daripada pelaburan yang lebih berisiko.

Dalam konteks dasar kadar faedah OPR, kesannya bergantung kepada keadaan ekonomi semasa, kadar faedah sebelumnya dan faktor lain. Oleh itu, BNM biasanya mempertimbangkan pelbagai faktor sebelum membuat keputusan untuk menaikkan kadar faedah OPR termasuk kesan kepada rakyat dan ekonomi secara keseluruhan.

Baca juga : Cara Kenalpasti Wang Kertas Palsu (Bank Negara Malaysia)

Kesan OPR Naik Terhadap Loan & Simpanan

opr naik 2023
Jenis Loan / SimpananSelepas OPR NaikPerubahan Selepas Kenaikan OPR
Pinjaman berkadar tetap sedia ada. (contoh loan kereta)Kadar faedah kekal samaTiada perubahan pada ansuran bulanan
Pinjaman runcit berkadar terapung sedia ada (contoh loan rumah)Kadar faedah akan meningkat pada jumlah yang sama seperti peningkatan OPRBayaran ansuran pinjman yang lebih tinggi
Pinjaman perniagaan berkadar terapung dan berkadar tetapKadar faedah pada amnya akan meningkatBayaran ansuran pinjman yang lebih tinggi
SimpananKadar faedah pada amnya akan meningkatPulangan simpanan yang lebih tinggi

Kebaikan OPR Naik

kebaikan opr naik

Sebagai pengguna, mahu atau tidak, kita terpaksa melalui implikasi terhadap kenaikan OPR kerana ianya merupakan sesuatu perkara yang diluar kawalan kita sebagai rakyat dan pengguna.

Sebagai pengguna, apa yang boleh kita lakukan untuk memanfaatkan kenaikan OPR ini dengan cara ;

MELEBIHKAN SIMPANAN
Manfaatkan kadar faedah/keuntungan yang lebih tinggi untuk mengandakan wang melalui simpanan atau pelaburan

MENGURUSKAN HUTANG SEDIA ADA
Dengan kadar faedah pinjmana yang lebih tinggi, kira semula komitmen bulanan anda untuk memastikan anda boleh meneruskan bayaran ansuran dengan selesa

MENGELAKKAN HUTANG BAHARU
dalam masa yang sama, sebarang pinjaman atau komitmen baharu yng tidak mustahak boleh ditangguhkan dahulu

MENGURANGKAN PERBELANJAAN
Susun semula rancangan perbelanjaancari barang yang boleh mengurangkan perbelanjaan

Kenapa BNM menaikan kadar OPR daripada 2.75% kepada 3.00 %?

i)Ekonomi Malaysia mencatatkan pengukuhan
ii)Pada tahap ini, OPR kembali ke paras sebelum krisi dan lebih selaras dengan ekonomi yang lebih kukuh

Bila OPR Naik?

3 Mei 2023

Maklumat Lanjut

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang punca OPR naik lagi pada bulan Mei 2023 ini, dasar monetari, termasuk OPR, layari Soalan Lazim melalui bnm.gov.my/mp-faq

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!