Bonus Penjawat Awam Sabah 2022 Sempena Aidilfitri dan Kaamatan

Bonus Penjawat Awam Sabah Sempena Aidilfitri dan Kaamatan 2022 ~ Sukacita diumumkan Kerajaan Negeri akan memberikan bonus RM500 kepada semua penjawat awam Negeri Sabah kategori gred N54 dan ke bawah

Kerajaan Negeri juga bersetuju memberikan bonus Sempena Aidilfitri dan Kaamatan 2022 kepada pesara penjawat awam. Bayaran akan di buat sebelum sambutan hari raya Aidilfitri

Bonus Penjawat Awam Negeri Sabah 2022

bonus penjawat awam sabah 202

Bonus ini adalah bagi menghargai sumbangan kakitangan penjawat awam selain sebagai suntikan semangat kepada penjawat awam negeri untuk berusaha lebih gigih demi meningkatkan mutu perkhidmatan kepada rakyat .

Pemberian bonus kepada penajawat awam negeri ini selaras dengan bantuan khas kewangan yang diumumkan oleh Kerajaan Persekutuan yang berjumlah RM500 kepada penjawat awam awam Gred 56 dan ke bawah termasuk kakitangan di bawah skim Contract Of Service, Contract For Service, Pegawai Sambilan Harian serta lantikan di bawah MySTEP dan RM250 kepada pesara

Jumlah Bantuan

  • Penjawat Awam: RM500.00
  • Pesara Awam: RM250.00

Kategori Penjawat Awam

Kategori penjawat awam yang bakal menerima bantuan khas ini adalah seperti berikut:

  • Penjawat Awam Gred 56 dan ke bawah.
  • Penjawat awam sementara,
  • Penjawat Awam lantikan kontrak
  • Pekerja sambilan harian (PSH)

Pengumuman mengenai pemberian bonus kepada kakitangan awam negeri Sabah ini, dapat di tonton menerusi berita RTM Sabah.

Ketika mengumumkan pemberian bonus itu di Tawau, Hajiji berkata, bonus tersebut adalah sempena Hari Raya Aidilfitri dan Pesta Kaamatan.

Pengumuman itu dibuat selepas beliau menyampaikan sumbangan Bantuan Wang Ihsan (BWI) kepada 200 ketua isi rumah (KIR) yang terjejas akibat kebakaran di Kampung Kurnia Jaya, Batu 4, Jalan Apas baru-baru ini.

Dalam perkembangan lain, Hajiji berkata, kerajaan memperuntukkan sejumlah RM18.2 juta untuk pembinaan semula rumah dan infrastruktur yang rosak dalam kebakaran pada 17 Mac di sini dan pada 2015 di Semporna.

Katanya, lebih 1,000 ketua isi rumah yang terjejas dalam kebakaran di kedua-dua lokasi berkenaan akan mendapat manfaat daripada peruntukan berkenaan.

Hajiji berkata, daripada RM18.2 juta peruntukan itu, sebanyak RM10 juta akan diperuntukkan kepada 608 KIR rakyat tempatan di Tawau untuk membina semula rumah mereka manakala sejumlah RM8.2 juta adalah untuk pelaksanaan segera projek membabitkan kerosakan harta benda dan infrastruktur di Kampung Bangau-Bangau, Semporna.

“Kerajaan negeri amat prihatin dengan nasib mereka yang dalam kesusahan dan sempena Ramadan yang mulia ini, saya yakin bantuan ini dapat melegakan mereka yang terjejas,” katanya.

Semoga dengan insentif berbentuk bonus kepada penjawat awam negeri Sabah dapat memberi sedikit sebanyak suntikan moral untuk terus berkhidmat dengan bersungguh-sungguh demi kesejahteraan rakyat Sabah itu sendiri.

Sumber : Awani

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!