Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri Penjawat Awam RM500

Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri Penjawat Awam RM500 ~ Sukacita diumumkan bahawa Kerajaan bersetuju untuk memberi Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri RM500 kepada semua penjawat awam Gred 56 dan ke bawah termasuk kakitangan di bawah skim Contract Of Service, Contract For Service, Pegawai Sambilan Harian serta lantikan di bawah MySTEP.

Kerajaan juga bersetuju untuk memberi bantuan khas sebanyak RM250 kepada Pesara Kerajaan. Pembayaran bagi bantuan khas ini akan dibuat bersama dengan pembayaran gaji bulan April iaitu pada 25 April 2022.

Bantuan Khas Untuk Penjawat Awam RM500

Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri Penjawat Awam ini melibatkan peruntukan sebanyak RM923 juta dan akan memanfaatkan lebih 2 juta penjawat awam dan pesara.

Pengumuman pemberian Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri pada tahun ini dibuat lebih awal sebagai salah satu langkah keprihatinan Kerajaan dalam membantu mereka membuat perancangan awal dan persiapan bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri.

Pemberian ini adalah bagi menghargai jasa dan pengorbanan penjawat awam dalam menggalas tanggungjawab menyampaikan perkhidmatan kepada Keluarga Malaysia.

Kerajaan berharap dengan pemberian Bantuan Khas ini dapat meringankan beban kewangan kepada penjawat awam dan pesara serta dijadikan sebagai pemangkin kepada mereka untuk terus berkhidmat dengan penuh dedikasi.

Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri Penjawat Awam RM500

Jumlah Bantuan Khas

Jumlah bantuan khas yang akan diberikan adalah seperti berikut:

  • Penjawat Awam: RM500.00
  • Pesara Awam: RM250.00

Kategori Penjawat Awam

Kategori penjawat awam yang bakal menerima bantuan khas ini adalah seperti berikut:

  • Penjawat Awam Gred 56 dan ke bawah.
  • Kakitangan di bawah Skim Contract of Service.
  • Kakitangan di bawah Skim Contract for Service.
  • Pegawai Sambilan Harian.
  • Lantikan di bawah MySTEP.

Maklumat Lanjut & Pertanyaan

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau ingin mengetahui maklumat lanjut mengenai bantuan ini, sila layari

Facebook Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob: https://www.facebook.com/ismailsabri60
Twitter Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob: https://twitter.com/IsmailSabri60

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *