Biodata Sophia AlBarakbah, Pelakon From Saga With Love

Kenali biodata Sophia AlBarakbah @ Sophiekoshka pelakon drama viu From Saga With Love yang memegang watak Bianca Rozario.

Sophia Albarakbah berbangsa kacukan Cina,Arab-Melayu. Darah cina berasal dari ibunya dan ayahnya pula berbangsa Arab-Melayu. Manakala Datuk kepada Sophia Albarakbah pula berasal dari Yemen yang mana ibu bapa mereka datang dari Yemen dan Persia. Nenek Sohpia Albarakbah pula orang Malaysia,Kelantan

Biodata Sophia AlBarakbah

biodata Sophia AlBarakbah
  • Nama sebenar : Sharifah Sophia binti Syed Abdul Rahman
  • Panggilan : Sophia AlBarakbah,Sophie Koshka
  • Tarikh lahir : 15 Julai 1993
  • Umur : 30 tahun
  • Agama : Islam
  • Bangsa : Melayu kacukan Arab, China
  • Asal : Kuala Lumpur
  • Status : Bujang, belum berkahwin
  • Warganegara : Malaysia
  • Kerjaya : Pelakon dan model
  • Pendidikan : Ijazah Sarjana Muda Sains (Kepujian) Dietetik dengan Pemakanan (Bachelor of Science (Hons) Dietetics with Nutrition Universiti Perubatan Antarabangsa (IMU)

Peribadi Sophia AlBarakbah

ibu sophia albarakbah

Sophia AlBarakbah menyifatkan diri beliau sebagai seorang introvert dan pemalu. Walaupun beliau merupakan seorang pelakon dan artis yang sedang meningkat naik, beliau sangat menjaga privasi ibu bapa, dan keluarga beliau.

Sehinggakan sangat sukar untuk anda mencari info berkaitan keluarga Sophia Sophia AlBarakbah, dan ibu bapanya.

Namun, menerusi carian, ibu beliau dikatakan merupakan pemenang ratu cantik yang pernah di adakan pada tahun 1980.

Sophia AlBarakbah juga mempunyai hobi menunggang kuda pada masa lapang beliau.

Sophia Albarakbah dan Aliff Aziz juga pernah bergandingan memegang watak sebagai suami isteri dalam drama Ku Akad Kau Dengan Bismillah. Yang mana ianya juga turut menimbulkan kontroversi dan sedikit sebanyak menjejaskan hubungan Aliff Aziz dan isterinya Bella pada ketika itu

Kerjaya

Siapa sangka Sophia AlBarakbah, pelakon yang mempunyai rupa paras yang menarik ini sebenarnya mempunyai minat dalam bidang veterinar disebabkan minatnya terhadap haiwan.

Namun disebabkan tidak mendapat restu daripada ibunya dalam bidang tersebut, beliau pun mengalah untuk tidak meneruskan niat beliau menceburi bidang veterinar.

Walaupun minat dalam bidang perubatan, namun beliau tidak gemar untuk bekerja dalam bidang yang beliau pelajari kerana tidak gemar untuk menghabiskan masa yang lama untuk membuat kajian di dalam makmal

Karier Sophia AlBarakbah, bermula dalam bidang glamor dan lakonan bermula atas desakan seorang rakannya yang meminta beliau untuk hadir bagi satu sesi uji bakat sebagai pelakon dalam filem bertajuk 18.

Walaupun Filem 18 telah lama disiapkan, namun menurut beliau, filem tersebut masih belum dikeluarkan sehingga sekarang.

Secara rasminya kerjaya Sophia AlBarakbah dalam bidang lakonan bermula secara lebih serius dalam drama Devoted yang merupakan drama bersiri terbitan Viu dengan memainkan watak sebagai Isabella.

Seterusnya beliau menerima tawaran berlakon dalam drama terbitan Astro Ria dalam siri drama Tercipta Satu Ikatan yang turut mengandingkan dengan barisan pelakon popular seperti Hannah Delisha, Aeril Zafrel, dan Izzue Islam.

Miimaland pula merupakan filem pertama Sophia AlBarakbah berlakon yang bertemakan filem seram. Dalam filem tersebut, Sophia AlBarakbah berlakon sebagai Elize isteri kepada Ariel yang dibintangi oleh Fattah Amin.

Dalam tahun yang sama juga, iaitu 2020, beliau juga turut menerima tawaran berlakon dalam filem bertajuk Pasal Kau arahan daripada penerbit dan pengarah filem aksi yang terkenal seperti PASKAL dan MALBATT: Misi Bakara iaitu Adrian Teh.

Filem Pasal Kau atau All Because of You, pada perancangan awal, akan ditayangkan di pawagam, tetapi kemudianya mendapat tawaran daripada pihak Netflix untuk di tayangkan di penstriman Netflix sebagai filem aslinya.

Nama Sophia AlBarakbah semakin lama, semakain mendapat perhatian, pihak pengarah filem dan drama tempatan. Beliau seterusnya menerima tawaran berlakon dalam drama TV3 Hadiah Dari Tuhan, Suamiku Lelaki Pendosa.

Suamiku Lelaki pendosa merupakan adaptasi dari novel popular Imamku Lelaki Pendosa

Antara drama yang turut dilakonkan oleh Sophia Albarakbah adalah seperti Air Mata Allisya gandingan bersama Keith Foo, Cinta Hilang Kata,Ku Akad Kau Dengan Bismillah, Obesi Dia dan yang terkini drama From Saga With Love disiarkan di Viu.

Untuk filem pula beliau juga merupakan salah seorang pelakon dalam filem seperti Ada Hantu, Jerangkung Dalam Almari dan Ada Hantu 2

Selain daripada drama dan filem, Sophia juga pernah muncul sebagai model untuk muzik video Danial Zaini, dalam lagu “Siti Bilang Cuti” dan juga muzik video Fareez Fauzi “Sedar”

Pencapaian

Pada tahun 2020 juga, nama beliau telah tercalon sebagai Artis Baharu Wanita Popular dalam Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-33 (ABPH33).

Walaupun masih baru dalam bidang lakonan, pada tahun 2021, nama Sophia Albarakbah telah mendapat pengiktirafan di peringkat antarabangsa apabila mendapat anugerah di World Film Carnival Singapore bagi pencalonan kategori Pelakon Wanita Terbaik dan Anugerah Pencapaian Luar Biasa.

Beliau mendapat pengiktirafan meluas menerusi watak Cahaya Malaikat lakonannya dalam drama Suamiku Lelaki Pendosa lakonan bersama Aaron Aziz.

Dan bagi tahun 2023, nama beliau sekali lagi tersenarai dalam pencalonan Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-35 (ABPH35) dalam kategori empat kategori, iaitu BBNU Wanita Popular, Aktres Filem Popular (menang), Aktres TV Popular dan Couple Drama Popular.

Menerusi pengiktirafan yang beliau terima, nama Sophia Albarakbah memang tidak dapat dinafikan lagi, sebagai seorang artis yang mempunyai rupa paras yang menarik, bijak dan berbakat dalam bidang lakonan.

begitulah sedikit sebanyak biodata Sophia Albarakbah yang dapat kami kongsikan. Untuk mengikuti perkembangan beliau, anda juga boleh layari laman sosial beliau di ;

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!