Baddrol Bakhtiar – Biodata, Calon PN PRN 15 Kedah

Kenali biodata Baddrol Bakhtiar Kapten BB7, anak kelahiran Sarawak dari seorang pemain bola sepak profesional yang terjun ke bidang politik demi cintanya kepada Kedah Darul Aman dan kepimpinan Menteri Besar Dato’ Seri Haji Muhammad Sanusi bin Md Nor.

Baddrol Bakhtiar yang sebelum ini merupakan kapten Sabah FC sebelum meninggalkan pasukan itu pada Julai 2023 yang lalu, telah sah bakal bertanding di N.22 Gurun sebagai calon PAS mewakili PN.

Jika menang PRN 15 Kedah 2023 ini, beliau akan bergelar “YB BB” julukan yang ketika ini berlegar-legar dalam siri kempen beliau yang diberikan oleh pengundi anak-anak muda Kedah.

Biodata Baddrol Bakhtiar

biodata baddrol bakhtiar
  • Nama sebenar : Baddrol bin Bakhtiar
  • Gelaran : BB7, Captain Marvel
  • Tempat lahir: Kuching, Sarawak, Malaysia
  • Tarikh lahir: 1 Februari 1988
  • Umur: 35 (sehingga Julai 2023)
  • Pendidikan : Sekolah Menengah
  • Isteri : Nur Izyan Mustafa Khalid (m. 2015)
  • Gaji: RM80,000 (anggaran gaji akhir bersama Sabah FC)
  • Tinggi: 170 cm (5’7″)
  • Nilai Transfermarket: €300,000 (sehingga Julai 2023)
  • Ig Baddrol Bakhtiar : https://www.instagram.com/bakhtiarbaddrol/

Pencapaian Baddrol Bakhtiar Dalam Bola Sepak

baddrol bakhtiar

Berikut adalah beberapa pencapaian Baddrol Bakhtiar dalam arena bola sepak tempatan dan antarabangsa :

Sabah FC

  • Sabah Layak ke Piala AFC 2023


Kedah FA

  • Juara Liga Super Malaysia (2): 2006–2007, 2007–2008
  • Juara Piala FA Malaysia (4): 2007, 2008, 2017, 2019
  • Juara Piala Malaysia (4): 2007, 2008, 2016,2017
  • Liga Perdana Malaysia (2): 2005–06, 2015
  • Piala Sumbangsih : 2017

Peringkat Antarabangsa

  • Pemenang Sukan Asia Tenggara (2): 2009, 2011
  • Piala AFF Suzuki 2014: Naib Johan


Pencapaian Individu

  • Menjalani latihan bersama pasukan elit Liga Perdana Inggeris, Chelsea FC di Stamford Bridge : 2008
  • Pemain Terbaik FAM: Ogos 2016, Februari 2017, Jun 2019
  • Anugerah Pemain Tengah Terbaik Anugerah Bola Sepak FAM: 2010, 2017, 2021
  • Anugerah Pemain Paling Berharga FAM Football Awards: 2017
  • Penjaring Gol Tertinggi Tempatan Anugerah Bola Sepak FAM: 2021

Julukan / Gelaran

Selain daripada #BB7 dan juga Captain Marvel, beberapa julukan atau gelaran yang membabitkan Baddrol Bakhtiar dengan kecemerlanganya di atas padang bola adalah seperti ;

The Magician: Nama panggilan ini merujuk kepada kemahiran menggelecek dan keupayaan hantaran Baddrol Bakhtiar. Dia terkenal dengan kebolehannya mencipta peluang daripada ketiadaan dan membuka kunci pertahanan dengan hantarannya.

The General: Nama panggilan ini merujuk kepada kualiti kepimpinan Baddrol ketika bersama skuad kenari seterusnya diberi kepercayaan untuk memimpin pasukan kebangsaan Malaysia sehingga berjaya membawa Malaysia memenangi Pingat Emas dalam acara bolasepak Sukan Sea 2011 dengan menewaskan Indonesia

The Golden Boy: Nama panggilan ini merujuk kepada kejayaan Baddrol Bakhtiar di peringkat antarabangsa. Beliau merupakan ahli pasukan Malaysia yang memenangi pingat emas di Sukan Asia Tenggara 2011.

Kerjaya Dalam Bidang Politik

Baddrol tidak mempunyai latar belakang yang terkait dengan politik dan kepimpinan sebelum ini. Boleh dikatakan kemasukan beliau ke arena politik adalah atas dasar kecintaan beliau kepada negeri Kedah dan juga demi mempertahankan kepimpinan Datuk Seri Sanusi Md Nor, Menteri Besar Kedah.

Pada PRN 15 Kedah 2023 yang bakal berlangsung nanti, beliau dinamakan sebagai calon ADUN Gurun mewakili Parti Islam Malaysia (PAS) dan Perikatan Nasional.

Keperibadian dan pengaruh beliau dalam arena dunia bola sepak menjadi modal kempen beliau di angkat sebagai ikon anak muda Kedah yang juga dijangka bakal menarik minat pegundi-pengundi dari kalangan anak muda

Antara manifesto dalam ucapan kempen beliau baru-baru ini, adalah ingin mengangkat memajukan anak muda Kedah terutama dalam bidang sukan.

Walaupun orang baru dalam dunia politik, namun Baddrol Bakhtiar dalam satu siri kempen beliau di Gurun baru-baru ini, beliau menjelaskan bahawa dia juga sebenarnya telah di latih dan mempunyai perancangan tersendiri untuk semua kaum di Kedah terutamanya masyarakat Cina dan India

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!