Biodata Sissy Iman, Penyanyi dan Pelakon Berbakat Besar

Biodata Sissy Iman

Sissy Imann menjadi bualan netizen apabila video beliau dilontarkan dengan kritikan pedas oleh Mas Idayu dalam rancangan Famili Duo tular di media sosial.

Ketika itu, beliau menyanyikan lagu Jampi dengan gubahan Keroncong bersama sepupunya yang juga merupakan penyanyi popular, Naim Daniel.

Biodata Sissy Imann

Terkini, Sissy Imann telah melancarkan album terbaru yang telah dirakamkan di studio yang terletak di Abbey Road tahun lepas.

Disebabkan insiden kurang enak di pentas Famili Duo, ramai netizen membeli album solonya sebagai tanda sokongan sehingga dikatakan habis terjual dalam masa kurang 2 jam.

Walaupun persembahannya mendapat kritikan pedas, namun kecekalan Sissy untuk terus bertahan dalam bidang seni perlu dipuji.

Bapa Sissy, Kamil memaklumkan bahawa anak gadisnya mengambil masa 10 tahun dalam industri hiburan untuk menghasilkan album dengan wang hasil titik peluk sendiri.

Sokongan yang telah diberikan oleh orang ramai sedikit sebanyak telah memulihkan semangat Sissy untuk terus berkarya dan mewarnai arena muzik tanah air.

Tahukah anda yang Sissy Iman mempunyai kelulusan sebagai guru muzik? Pasti ramai yang belum mengenali gadis berusia 28 tahun ini.

Oleh itu, jom kita semak biodata Sissy Imann, penyanyi, pelakon serta pengacara jelita yang semakin mendapat perhatian warganet.

Baca Juga : Biodata Amelia Henderson, Pelakon Cantik Kacukan India-Scotland

Biodata Sissy Iman

Nama Penuh : Sissy Imann binti Mohammad Kamil

Tarikh Lahir : 24 Oktober 1995

Umur : 28 tahun (2023)

Asal : Kuala Lumpur

Pendidikan : Ijazah Sarjana Muzik Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam, lulusan jurusan Pendidikan Muzik di Institut Pendidikan Guru (IPG) Ilmu Khas, Cheras

Kerjaya : Penyanyi, Pengacara, Pelakon, Guru Muzik

Perjalanan Karier Sissy Imann

Bakat Sissy Imann mula dikesan oleh AG Coco menerusi platform Youtube.

Daripada situ, mereka berdua bekerjasama sehingga terhasilnya album pertama Sissy Imann.

Sissy juga pernah menjadi anak didik kepada penyanyi dan guru vokal popular, Dato Syafinaz Selamat.

Pernah bernaung di bawah syarikat rakaman FMC Music, antara lagu hits nyanyian Sissy Iman adalah Mungkin Kamu dan Pesanan Ayahanda.

Selain berbakat dalam bidang nyanyian, beliau juga aktif dalam bidang pengacaraan dan turut menjadi guru muzik bagi pelajar sekolah rendah.

Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa gadis cantik ini juga berbakat untuk memainkan pelbagai alat muzik seperti piano, gitar, bass dan biola.

Selain Famili Duo, beliau juga merupakan peserta bagi rancangan Big Stage 2019.

Pada musim tersebut, Sissy bertanding bersama penyanyi hebat lain seperti Baby Shima, Andi Bernadee, Sarah Suhairi dan Tajul.

Biodata Sissy Imann

Selain menyanyi, Sissy turut membintangi beberapa drama seperti Man Santan, Tolong Aku Doktor Cinta, Misi Penculikan Cinta dan Lagu Untuk Suri.

Di samping itu, Sissy Iman juga pernah mengacarakan beberapa rancangan televisyen seperti Idola Kecil di Rumah dan Muzik Muzik 36.

Untuk ketahui perkembangan terbaru serta aktiviti terkini Sissy Imann, sila ikuti laman Instagramnya, @sissyimann.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!