Program Bangkit OKU | Bantu OKU Cara Menjana Pendapatan
Program Bangkit OKU | Bantu OKU Cara Menjana Pendapatan ~ Berita baik! Orang Kurang Upaya (OKU) di Negeri Johor kini berpeluang untuk menyertai kursus bagi menjana pendapatan khas melalui Program Bangkit OKU.
Program Bangkit OKU
Program Bangkit OKU ini adalah merupakan inisiatif Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Ta’zim (YPKDT) yang merupakan yayasan yang diluluskan penubuhannya oleh Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Johor pada 19 Mei 1997.
Tujuan progam ini dilaksanakan adalah untuk membantu golongan OKU untuk meluaskan peluang menjana pendapatan. Melalui program ini, para OKU berpeluang mempelajari kursus kemahiran yang ditawarkan oleh YPKDT untuk meningkatkan taraf kehidupan mereka.
Kepada sesiapa yang berminat, anda boleh membuat permohonan sebelum 23 Mac 2022.
Kursus Yang Ditawarkan
Terdapat 3 kursus yang ditawarkan iaitu:
- Pembuatan Sabun Cenderahati
- Pembuatan Sushi dan Kimbab
- Pembuatan Bouquet Bunga
Selain itu, terdapat juga kursus tambahan bagi OKU yang terpilih untuk program ini iaitu:
- Kursus Pembungkusan
- Pelabelan serta Kursus Pemasaran Digital
Cara Memohon
- Untuk memohon, sila layari pautan berikut: https://forms.gle/KNBzzLFJXUQ5D14a9
- Kemudian, klik “NEXT” . Pastikan anda membaca maklumat program terlebih dahulu.
- Isi borang permohonan dengan maklumat anda.
- Lengkapkan segala maklumat yang diperlukan dan klik butang “NEXT”.
- Akhir sekali, klik “SUBMIT”. Borang permohonan anda berjaya dihantar.
Maklumat Lanjut & Pertanyaan
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai program ini, sila hubungi Unit Pembangunan OKU YPKDT di talian: 07-2666526