Biodata Amelia Henderson, Pelakon Cantik Kacukan India-Scotland

Biodata Amelia Henderson

Siapa tak kenal dengan Amelia Henderson? Walaupun ramai yang kenali gadis ini sebagai pelakon drama, namun Amelia telah lama berada melibatkan diri dalam bidang seni sebagai model, bintang iklan dan hos.

Pada Mac 2022, gadis kacukan India-Scotland ini menjadi bualan warganet apabila sebuah video menunjukkan Aedy Ashraf melamarnya tular di media sosial.

Meskipun wajahnya sering terpampang di kaca TV, namun pasti ada lagi yang belum kenali gadis cantik ini dengan lebih dekat.

Ayuh kita semak serba sedikit biodata Amelia Henderson.

Baca Juga : Biodata Anna Jobling, Aktres Melur Untuk Firdaus

Biodata Amelia Henderson

Biodata Amelia Henderson

Nama Penuh : Amelia Thripura Henderson

Nama Islam : Putri Noor Amelia Thripura Henderson binti Abdullah

Tarikh Lahir : 20 Oktober 1995

Umur : 27 tahun

Asal : Klang, Selangor

Agama : Islam

Ibu Bapa : Jaya Rudralingam (ibu) dan Graham L. Henderson (bapa)

Adik beradik : Alexander Rudrakeith Henderson (2 beradik, Amelia anak sulung)

Instagram : @ameliath

Perjalanan Karier Amelia Henderson

Amelia mula berjinak-jinak dalam industri seni apabila mendapat beberapa tawaran sebagai hos bagi program berbahasa Inggeris.

Ketika Amelia berusia 18 tahun, beliau dinobatkan sebagai naib juara ratu cantik Miss Asia Pacific.

Bakat beliau dalam bidang lakonan tidak perlu disangkal lagi. Antara drama yang dibintangi oleh gadis cantik ini adalah Keluarga Pontimau, Jangan Benci Cintaku, Pengantin 100 Hari, Cinta Non Grata, Rindu Yang Terindah, Pengantin Satu Malam, Romantika 4 Hari 3 Malam dan Kisah Cinta Kita.

Selain itu, beliau turut berlakon dalam beberapa filem popular seperti Talentime, J2 : J Retribusi dan Pisau Cukur.

Di samping berlakon, Amelia juga bekerja sebagai model dan bintang iklan.

Beliau juga rajin berkongsi aktiviti serta perkembangannya menerusi platform Youtube dan Instagram.

Beliau banyak menghabiskan masa lapangnya dengan melakukan aktiviti lasak serta melukis.

Amelia turut berkongsikan beberapa hasil seninya menerusi satu akaun Instagram khas iaitu @artmeliath .

Berdasarkan perkongsian daripada beberapa portal media, Amelia dikatakan telah memeluk agama Islam dan pernah berkahwin pada Ogos 2015 dengan Tunku Dato’ Harrunnarrassheed Putra namun telah bercerai pada tahun 2018.

Untuk ketahui perkembangan gadis cantik berdarah kacukan ini, jangan lupa untuk ikuti akaun Instagram Amelia Henderson.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!