Bantuan Program Fuqaha MAIDAM Pengajian Timur Tengah

Yayasan Pendidikan Maidam membuka permohonan bantuan program Fuqaha bagi pelajar cemerlang lepasan SPM 2021  yang mempunyai minat yang tinggi untuk menyambung pelajaran dalam bidang Pengajian Islam di Timur Tengah selain melahirkan seberapa ramai para ilmuan Islam yang memiliki sekurang-kurangnya Ijazah Sarjana Muda dalam bidang agama.

 

Tawaran ini dibuka kepada kepada pelajar rakyat negeri Terengganu yang menetap di negeri Terengganu sama ada lelaki atau perempuan yang beragama Islam.

 

 

Apa Itu Bantuan Program Fuqaha MAIDAM

Bantuan Program Fuqaha MAIDAM

Menyediakan peluang kepada pelajar cemerlang yang mempunyai minat yang tinggi untuk menyambung pengajian dalam bidang Pengajian Islam di Timur Tengah.

Melahirkan seberapa ramai para ilmuan Islam yang memiliki sekurang-kurangnya Ijazah Sarjana Muda serta mempunyai pengetahuan yang tinggi (Faqih) dalam bidang agama. Antara bidang dan universiti-universiti yang ditetapkan oleh MAIDAM seperti berikut :

 

  • Universiti Yarmouk -Tempoh tajaan dan pengajian 4 tahun
  • Universiti Al-alBayt-Tempoh tajaan dan pengajian 4 tahun
  • Universiti Mu’tah-Tempoh tajaan dan pengajian 4 tahun

 

Baca juga : Biasiswa Universiti Islamabad COMSTATS (CUI) 2022

Syarat-Syarat

  • Permohonan Program ini dibuka kepada pelajar rakyat negeri Terengganu yang menetap di negeri Terengganu sama ada lelaki atau perempuan yang beragama Islam.
  • Mempunyai minat yang tinggi untuk menyambung pengajian dalam bidang Pengajian Islam di universiti-universiti yang ditetapkan.
  • Memperolehi keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) terkini seperti berikut:
    • Bahasa Arab “A”
    • Pendidikan Al-Quran dan Al-Sunnah “A”
    • Pendidikan Syariah Islamiah “A”
    • Bahasa Melayu “A”
    • Matematik “A”
    • Lain-lain subjek “A” atau “B” sahaja.
  • Tidak mendapat apa-apa bantuan sama ada elaun, pinjaman, biasiswa, dermasiswa atau seumpamanya dari mana-mana sumber atau badanbadan pembiaya yang lain.
  • Perlu menyertai kursus persediaan melanjutkan pengajian ke luar Negara (jika perlu) Berpeluang menyambung pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda tajaan MAIDAM.
  • Kuota pemilihan pelajar tidak melebihi dua puluh (20) orang setahun yang akan dibuat melalui proses temuduga.
  • Pembiayaan pengajian berstatus “Dermasiswa Bersyarat” dan disediakan tiket penerbangan pergi dan balik.
  • Permohonan bantuan tidak boleh dipertimbangkan sekiranya terdapat mana-mana ibu dan bapa pemohon tidak menunaikan zakat kepada MAIDAM.
  • Keutamaan diberikan kepada para pelajar yang tergolong dalam kalangan anak-anak asnaf miskin.
  • Pendapatan kasar ibu dan bapa pelajar tidak melebihi RM20,000.00 sebulan bagi pengajian dalam dan luar negara.
  • Sebarang syarat dan urusan permohonan, tertakluk kepada persetujuan pengurusan Yayasan Pendidikan MAIDAM.

.

Dokumen Diperlukan

Pemohon perlu mengisi borang program yang ditetapkan serta menghantar dokumen-dokumen yang telah disahkan seperti berikut;

  • Salinan kad pengenalan pemohon, ibu dan bapa/ penjaga serta adik beradik dalam tanggungan.
  • Salinan terkini slip gaji ibu dan bapa/ penjaga atau akuan pendapatan bulanan bagi yang bekerja sendiri.
  • Salinan akaun bank pelajar yang jelas dan aktif (selainTabung Haji dan ASB). Sijil-sijil akademik dan lain-lain dokumen yang berkaitan

Cara Mohon Bantuan Program Fuqaha MAIDAM

  • Permohonan boleh dilakukan dengan memuat turun borang permohonan di pautan https://ypmaidam.my/2022/06/08/bantuan-program-fuqaha/
  • Borang permohonan dan salinan dokumen yang telah disahkan perlulah dihantar ke pejabat Yayasan Pendidikan MAIDAM.
  • Para pelajar perlulah membuat permohonan dengan Jabatan Pendidikan Tinggi (JPT) terlebih dahulu bagi mengikuti pengajian di timur tengah. Permohonan adalah secara dalam talian di laman e-timurtengah http://dohe.mohe.gov.my/timurtengah/ yang akan dibuka pada 1 JUN 2022 dan akan ditutup pada TUJUH (7) HARI SELEPAS KEPUTUSAN RASMI DIUMUMKAN

 

 

Maklumat Lanjut

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan dan soalan mengenai Bantuan Program Fuqaha MAIDAM  anda boleh dapatkan maklumat lanjut menerusi ;

https://linktr.ee/yayasanpendidikanmaidam

Lot 9 & 10 Tingkat 1,

Bazar MAIDAM, Jalan Masjid Abidin,

20100 Kuala Terengganu,

Terengganu Darul Iman.

Email : [email protected] / [email protected]

No. Tel : 09-6223500 / 096225600

 

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!