Dion Cools Biodata Pemain Buriram United & Harimau Malaya
Kenali biodata Dion Cools pemain kelab buriram united dan harimau malaya yang menjadi perhatian TMJ untuk diserap masuk ke JDT.
Kelincahan Dion Cools sebagai pemain bola sepak nyata terbukit. Setelah membantu kelab Buriram United yang berpangkalan di Thailand menjulang keempat-empat Piala bolasepak Thailand bersama Buriram United sekaligus melayakkan Buriram United ke saingan Liga Juara-juara AFC 23\24 (ACL).
Selain daripada itu, beliau juga telah dipanggil oleh ketua juluratih Harimau Malaya Kim Pan Gon untuk memperkuatkan bahagian pertahanan kubu Harimau Malaya dalam Pesta Bola Merdeka baru-baru ini.
Biodata Dion Cools
Nama lengkap: Dion-Johan Chai Cools
Nama panggilan : Dion Cools
Isteri : Melissa Schelfhout
Anak : Liam-Zayn Cools
Bapa : Hans Cools
Ibu : Xylina Chai
Tempat lahir: Kuching, Sarawak
Bangsa : Kacukan Belgium, Cina Malaysia
Tarikh lahir : 4 Jun 1996
Umur : 27 tahun (2023)
Kewarganegaraan: Belgium & Malaysia
Tinggi : 1.85cm
Kaki terkuat: Kanan
Posisi utama: Bek kanan
Posisi lain: Bek tengah
Kerjaya
Dion Cools memulakan kerjayanya sebagai pemain bola sepak profesional sejak di usia remaja lagi. Pada peringkat remaja, beliau telah mewakili negara Belgium dengan 28 caps.
Walaupun begitu, beliau lebih memilih untuk bermain dengan pasukan bola sepak kebangsaan Malaysia di peringkat senior.
Cools pertama kali bermain untuk skuad Harimau Malaya pada 3 Jun 2021. Kemasukan beliau ke skuad kendalian Tan Cheng Hoe.
Dalam satu hantaranya di isntagram, beliau menyatakan terima kasih kepada TMJ orang di belakang tabir yang membantu memudahkan urusann proses kemasukan beliau ke skuad kebangsaan itu berjalan lancar
Pencapaian
OH Leuven
- Play-off Divisyen Kedua Belgium : 2015
Kelab Brugge
- Divisyen Pertama A Belgium : 2015–16 , 2017–18
- Piala Super Belgium : 2016 , 2018
Jutland Tengah
- Superliga Denmark : 2019–20
Buriram United
- Liga Thai 1 : 2022–23
- Piala Liga Thai : 2022–23
- Piala FA Thai : 2022–23
- Naib juara Piala Juara Thailand : 2023
Malaysia
- Naib Johan Piala Raja : 2022
- Naib Johan Partaibola Merdeka : 2023
Individu
- Impian Liga Thai ASEAN XI
Fakta Menarik Mengenai Dion Cools
- Selepas aksi persahabat antarabangsa Malaysia-China, seorang wartawan sukan di China, mendakwa bahawa Cools hampir ditandatangani kelab China, Jiangsu Suning FC sebagai pemain naturalisasi.
- Pada musim sejuk 2020, gergasi Liga Denmark FC Midtjylland melamar Dion Cools dari Club Brugge dengan yuran perpindahan sebanyak 1 juta euro.
- Dion Cools menjadi penyelamat utama pasukanya FC Midtjylland, apabila berjaya mengagalkan percubaan pasukan Liverpool di UEFA Champions League daripada menambah jaringan dengan pertahanan yang kemas. Seterusnya mengikat Liverpool dengan keputusan seri 1-1 yang ketika itu turut dibintangi pemain dunia seperti Mohamed Salah, Roberto Firmino dan Diogo Jota.
- Pemilik JDT Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim berminat untuk mengunakan khidmat beliau. Tetapi buat ketika ini melihat bahawa gaji yang dibayar oleh kelab Thailand Burriram United itu kepada beliau, terlalalu tinggi bagi JDT
- Harga untuk mendapatkan khidmat beliau pernah mencecah 3 juta euro
- Menurut laporan transfermarkt, nilai anggaran gaji bagi Dion Cools sekarang adalah sekitar 750 ribu euro
Begitulah sedikit sebanyak yang dapat kami kongsikan mengenai biodata Dion Cools. Untuk mengikuti perkembangan beliau, anda juga boleh follow akaun media sosial beliau di instagram @djcools21
Baca juga : Biodata Arif Aiman JDT Penyerang Johor Darul Ta’zim