Diskaun Saman Kadar Khas RM50 Sempena Hari Raya

Tawaran Diskaun Saman Kadar Khas RM50 Sempena Hari Raya 2023 Untuk Semua Saman Trafik PDRM

Pengumuman yang di buat oleh YAB Dato Seri Anwar Ibrahim Perdana Menteri Malaysia petang tadi adalah untuk menggalakkan penyelesaian saman trafik tertunggak PDRM (kesalahan tahun 2022 dan sebelumnya). Setiap saman boleh dilunaskan dengan hanya RM50.

Promosi Kadar Khas Bayaran Saman boleh dibuat bermula 21 April jam 08:00 pagi sehingga 21 Mei 2023

Manakala untuk tujuan pembayaran pula boleh dibuat menerusi semua akses kemudahan pembayaran saman trafik seperti pembayaran secara online, melalui mesin atm atau kaunter bayaran trafik seluruh Malaysia (hari bekerja)

Tempoh Bayaran Diskaun Saman Kadar Khas RM50

diskaun saman kadar khas rm50

Bagi mereka yang mempunyai saman kesalahan trafik bagi tahun 2022 dan sebelumnya, tempoh tawaran ini berkuatkuasa selama sebulan bermula pada 21 April sehingga 21 Mei 2023

Cara Bayaran Saman Trafik PDRM Diskaun Kadar Khas RM50

diskaun saman kadar khas rm50 sempena hari raya

Pihak Polis Diraja Malaysia melalui Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), memaklumkan akan bersedia pembayaran saman untuk tempoh diskaun ini boleh di buat dengan pelbagai alternatif kaedah pembayaran yang telah disediakan.

Jesteru itu, bagi memudahakan pembayaran, orang ramai boleh membuat pembayaran diskaun saman trafik menerusi saluran berikut :

  • i) Aplikasi Mybayar Saman
  • ii) Semua kaunter bayaran trafik IPK dan IPD (hari bekerja)
  • iii) Mesin ATM Maybank seluruh negara
  • iv) Semua kaunter pejabat Pos Malaysia

Untuk mengelakkan orang ramai daripada beratur panjang juga, orang ramai di saranakan untuk mendaftar sebagai pengguna MyBayar Saman supaya anda tidak perlu beratur panjang di kaunter bayaran trafik.

Orang ramai boleh mendaftar sebagai pengguna MyBayar Saman melalui :

i) Portal – https://mybayar.rmp.gov.my

ii) Google playstore – https://play.google.com/store/apps/details…

iii) Apple store – https://apps.apple.com/my/app/mybayar-saman/id1552671016

iv) Huawei Appstore – https://appgallery.huawei.com/#/app/C104046205

Bagi mereka yang mempunyai saman tertunggak, di sarankan untuk tidak terlepas tawaran diskaun saman sempena hari raya adilifitri 2023 ini untuk mengambil kesempatan kemudahan pengurangan kadar bayaran saman daripada kadar diskaun khas RM50 sahaja untuk setiap kesalahan bagi menyelesaikan saman trafik tertunggak mereka. Program itu bukan sahaja membantu mengurangkan beban individu yang mempunyai saman trafik tertunggak tetapi juga membantu menjana pendapatan kepada kerajaan.

Semoga inisiatif yang dibuat oleh kerajaan Malaysia ini untuk menggalakkan individu menyelesaikan saman trafik tertunggak mereka. Ia bukan sahaja membantu mengurangkan beban kewangan kepada individu tetapi juga telah menggalakkan keselamatan jalan raya yang lebih besar dengan menggalakkan individu bertanggungjawab atas kesalahan lalu lintas mereka.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut berkaitan tawaran diskaun saman kadar khas rm50 ini, anda juga boleh merujuk kenyatan rasmi di media sosial Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik PDRM

Soalan Lazim F.A.Q

Sampai bilakah tempoh promosi diskaun saman kadar khas RM50 ini?

Tempoh tawaran ini berkuatkuasa selama sebulan bermula pada 21 April sehingga 21 Mei 2023

Apakah jenis saman atau kesalahan trafik yang sah untuk diskaun saman ini?

Semua saman trafik PDRM (kesalahan tahun 2022 dan sebelumnya). Setiap saman boleh dilunaskan dengan hanya RM50.

Bolehkah bayaran saman dibuat secara online?

Ya, untuk memudahkan orang ramai, bayaran juga boleh dibuat menerusi
i) Aplikasi Mybayar Saman
ii) Semua kaunter bayaran trafik IPK dan IPD (hari bekerja)
iii) Mesin ATM Maybank seluruh negara
iv) Semua kaunter pejabat Pos Malaysia

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!