MAIDAM | Bantuan Awal Pengajian IPT Dalam & Luar Negara Tahun 2022

MAIDAM | Bantuan Awal Pengajian IPT Dalam & Luar Negara Tahun 2022 ~ Sukacita dimaklumkan, permohonan Bantuan Zakat IPT Pengajian Dalam dan Luar Negara (MAIDAM) akan dibuka bermula pada Februari 2022 ini. 

MAIDAM: Bantuan Awal Pengajian Ipt Dalam Dan Luar Negara 

Bantuan Awal Pengajian IPT Dalam Dan Luar Negara MAIDAM adalah merupakan bantuan yang diberikan kepada pelajar-pelajar negeri Terengganu yang mendapat tawaran untuk belajar di peringkat Sijil, Matrikulasi, Asasi, Diploma, Ijazah, Ijazah Sarjana Muda, Sarjana (Master) dan juga Doktor Falsafah (PhD).

Bantuan ini akan diberikan secara one-off mengikut kadar bantuan setiap peringkat pengajian yang disediakan oleh MAIDAM melalui Yayasan Pendidikan MAIDAM.

MAIDAM

Syarat Permohonan

Sila baca dengan teliti syarat kelayakan permohonan sebelum anda membuat permohonan. 

  • Pemohon adalah Rakyat Terengganu yang menetap di negeri Terengganu atau pemastautin tetap di negeri Terengganu tidak kurang daripada tiga (3) tahun berturut-turut sebelum melanjutkan pelajaran.
  • Beragama Islam, baligh, berakal dan merdeka.
  • Surat pengesahan mastautin diperlukan bagi pelajar dan keluarga yang bukan rakyat Terengganu tetapi lama menetap /bermastautin di Terengganu yang disahkan oleh Amil Zakat/Ketua Kampung.
  • Pelajar yang baru mendapat tawaran melanjutkan pengajian dan disalurkan melalui fisabilillah dan miskin.
  • Tahap pengajian yang boleh dipertimbangkan ialah Sijil/Pra Diploma/Asasi, Diploma, Ijazah Pertama (B.A), Master dan PHD.
  • Telah diterima belajar di institusi pengajian tinggi atau institusi pengajian kemahiran dalam negara walaupun tidak diiktiraf oleh JPA.
  • Pemohon tidak mempunyai sebarang pendapatan sendiri atau tetap samaada bergaji penuh atau sebahagian.
  • Layak dipertimbangkan bantuan sekali sahaja untuk setiap satu tahap pengajian.
  • Keutamaan diberikan untuk pengajian sepenuh masa, walaubagaimanapun pengajian separuh masa boleh dipertimbangkan dan tempoh pengajian tidak kurang daripada enam (6) bulan.
  • Permohonan boleh dibuat tidak lebih 3 bulan dari tarikh pendaftaran dan dokumen hendaklah diserahkan dalam tempoh tersebut sahaja ke Pusat Urusan Zakat Daerah masing-masing.
  • Permohonan bantuan tidak boleh dipertimbangkan sekiranya terdapat mana-mana ibu dan bapa pemohon tidak menunaikan zakat kepada MAIDAM.

Anda boleh layari pautan berikut untuk mengetahui lebih lanjut mengenai syarat kelayakan permohonan: http://www.espmb.com/maidam_zakat/BA_Syarat.aspx

Cara Membuat Permohonan

Anda perlu mengisi borang permohonan online melalui pautan berikut: http://www.espmb.com/maidam_zakat/BA_Permohonan_Login.aspx

Kemudian, serahkan borang permohonan yang telah dicetak di alamat berikut :

1) Kaunter Pejabat Yayasan Pendidikan MAIDAM; ATAU

2) Melalui pos di alamat Yayasan Pendidikan MAIDAM, Lot 9 & 10, Tingkat 1, Bazar MAIDAM, Jalan Masjid Abidin, 20100 Kuala Terengganu

Maklumat Lanjut & Pertanyaan 

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila kemukakan kepada Pusat Urusan Zakat Daerah :

  • Kuala Terengganu: 09-630 30 30
  • Marang: 09-618 33 17
  • Hulu Terengganu:  09-681 78 09
  • Dungun: 09-845 28 10
  • Kemaman: 09-859 45 45
  • Setiu: 09-609 03 07
  • Besut: 09-697 53 23
  • Kerteh: 09-826 64 63
  • Kuala Nerus: 09-662 2910

Atau :

Yayasan Pendidikan MAIDAM, Lot 9 & 10, Tingkat 1, Bazar MAIDAM, Jalan Masjid Abidin, 20100 Kuala Terengganu, Terengganu.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!