Semakan Keputusan Rayuan SBP Tingkatan 1 & 4 2023

Semakan Keputusan Rayuan SBP 2023 boleh dibuat mulai 20 April 2023.

Tahniah diucapkan bagi pelajar yang berjaya dalam proses rayuan. KPM memaklumkan bahawa seramai 1,783 murid Tingkatan 1 dan 404 murid Tingkatan 4 telah ditawarkan ke SBP, manakala 1,886 murid Tingkatan 1 dan 971 murid Tingkatan 4 ditawarkan ke SMKA

Keputusan permohonan ke sekolah SBP / SMKA sesi 2023 telah dikeluarkan bulan Mac lalu dan telah melibatkan beberapa peringkat, termasuk peperiksaan kemasukan, temu duga, dan penilaian akademik. Selepas proses pemilihan awal, pemohon yang berjaya akan ditawarkan tempat di sekolah SBP.

Namun, bagi mereka yang tidak berjaya dalam proses permohonan awal, masih ada peluang untuk membuat rayuan atau “semakan rayuan” bagi mendapatkan tempat di sekolah SBP /SMKA.

Tarikh Rayuan SBP 2023

Permohonan rayuan kemasukan ke Sekolah Khusus Tahun 2023 Sekolah Berasrama Penuh (SBP) dan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) telah dibuka bermula 17 Mac 2023 iaitu tarikh yang sama Semakan Permohonan SBP /SMKA 2023 dikeluarkan

Semakan Keputusan Rayuan SBP 2023

semakan keputusan rayuan sbp 2023

Untuk menyemak status permohonan semakan rayuan anda, anda boleh melayari laman web rasmi Kementerian Pendidikan dengan melayari pautan berikut ;

Maklumat Lanjut Semakan Keputusan Rayuan SBP /SMKA Tingkatan 1 & 4 2023

Sekiranya ibu bapa penjaga mempunyai sebarang masalah atau pertanyaan mengenai semakan keputusan ini, ibu bapa penjaga boleh menghubungi ;

Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh KPM
Aras 3, Blok 2251, Jalan Usahawan 1,
63000 Cyberjaya Selangor.
Tel: 03-8321 7406 / 7408 / 7461 / 7467 / 7469 / 7471 / 7473/ 7542 / 7544 / 7546
(8.00 pagi – 5.00 petang)

Bahagian Pendidikan Islam KPM
Aras Bawah & 2, Blok 2251, Jalan Usahawan 1,
63000 Cyberjaya Selangor.
Tel: 03-8321 7327 / 7334 / 7371
(8.00 pagi – 5.00 petang)

Bahagian Pengurusan Maklumat KPM
Aras 3-4 Blok E11, Kompleks E,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62604 WP Putrajaya.
Tel: 03- 8884 3509 / 3684
(8.00 pagi – 5.00 petang)

Laman web rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) http://www.moe.gov.my/

Soalan Lazim F.A.Q

Bilakah tarikh keputusan rayuan SBP /SMKA ?

20 April 2023

Semakan Rayuan SBP /SMKA Tingakatan 1 2023?

Pautan untuk semakan SBP /SMKA Tingkatkan 1 https://spskt1.moe.gov.my 

Semakan Rayuan SBP /SMKA Tingkatan 4 2023?

Pautan Semakan SBP /SMKA Tingkatan 4 https://spskt4.moe.gov.my 

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!