Biasiswa Anak Yatim Yayasan Pahang RM7000 Setahun

Permohonan Biasiswa Anak Yatim Yayasan Pahang 2022 boleh dibuat sebelum tarikh tutup permohonan pada 05 Oktober 2022.

Kerajaan Negeri Pahang melalui Yayasan Pahang (YP) mempelawa calon-calon  yang berkelayakan untuk memohon BIASISWA ANAK YATIM YAYASAN PAHANG bagi melanjutkan pengajian di Institusi-institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) sahaja di dalam negara yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia dan yang DILULUSKAN OLEH YP.

Apa Itu Biasiswa Anak Yatim Yayasan Pahang

biasiswa anak yatim yayasan pahang 2022

Ini diwujudkan bagi memberi peluang akses pendidikan yang sama rata kepada pelajar-pelajar anak Pahang yang merupakan anak yatim piatu yang miskin bagi melanjutkan pengajian ke peringkat tertiari.  Melalui biasiswa ini, ianya dapat membantu memperbaiki taraf hidup anak yatim piatu yang miskin dalam meringankan masalah kewangan akibat kemiskinan dan tiada tempat bergantung.

Baca juga : Permohonan Biasiswa Pendidikan Yayasan Pahang

Syarat Kelayakan

  1. Anak Negeri Pahang Darul Makmur seperti takrif berikut: 
    • Pemohon, ibu dan bapa dilahirkan di Negeri Pahang;  
    • Pemohon merupakan anak yatim piatu yang telah kematian ibu dan bapa serta mempunyai ramai   adik beradik yang masih bersekolah.  
    • Pendapatan kasar isi rumah penjaga tergolong dalam kumpulan B40 iaitu berpendapatan   RM4,850/bulan dan kebawah.
  2. Pemohon mestilah memiliki kelulusan SPM atau STPM atau STAM Tahun 2021 seperti berikut:
NoPeperiksaan AwamKeputusan
1Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)Minimum lima (5) kepujian
2Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM)Minimum CGPA 2.50
3Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM)Minimum Jayyid Jiddan
  1. Pemohon mestilah telah menerima surat tawaran bagi mengikuti pengajian  di IPTA  sahaja dalam negara secara sepenuh masa.
  2. Mempunyai taraf kesihatan dan sahsiah yang baik.

Kadar Penajaan

  • Yuran Pengajian & sara hidup RM7000 setahun
  • Tajaan diberikan semasa diperingkat ijazah sarjana muda sahaja

Cara Permohonan Biasiswa Anak Yatim Yayasan Pahang

  • Permohonan boleh dibuat secara atas talian serta dokumen-dokumen yang berkaitan perlu dimuatnaik di laman sesawang Yayasan Pahang www.yp.org.my dengan memilih ikon biasisswa IPT
  • Borang permohonan WAJIB dicetak dan ditandatangani oleh pemohon serta mendapatkan pengesahan daripada wakil yang dilantik oleh YP sebelum diemailkan kepada [email protected]

Maklumat Lanjut

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai Biasiswa Anak Yatim Yayasan Pahang, anda boleh hubungi ;

YAYASAN PAHANG Kompleks Yayasan Pahang,

Tanjung Lumpur 26060 Kuantan, Pahang Darul Makmur

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!